Friday, December 31, 2010

Mari buka buku yang baru.

Assalamualaikum n Hi!

Eheheh. Eheh. Hehe. Wait! Kejadah apa start je entry sengih-sengih macam kerang busuk?

Tak, sebenarnya aku teruja tengok kebanyakkan blogger sibuk cerita tentang kejayaan Malaysia. Dan yang paling panas sekali bila mereka memuji goal keeper(GK) Malaysia. Kacak ke GK tu? Entahlah. Hebat ke GK tu? Well, aku tak layan bola la. Hehe. Tapi, untuk makluman para gadis yang dah cair dekat GK tu, maaflah, dia sudah berpunya. Ternganga je la ye?

[jahat macam Candace tak aku?]

Okey, orang semua sibuk cerita pasal bola la, GK la, GF GK la, apa semua la kan? Aku taknak dah la cerita pasal tu. Dah basi kot. Eheh.

Kelmarin waktu dalam kelas, aku suruh budak-budak tu buat latihan. Macam biasa, mereka akan tulis tarikh sebelum buat latihan. Tiba-tiba seorang murid aku cakap, “Eh, tinggal lagi dua hari je lagi.” Oh well, biasalah budak-budak kan? Memang suka cakap ulang-ulang. Maksud dia ialah tinggal dua hari je lagi nak menjelang tahun baru. Aku angguk je dengar dia cakap macam tu dan buat muka macam ha-tahu-pun-habis-tu-taknak-ubah-perangai-ke? Pastu dia sengih-sengih. Macam faham je mimik muka aku tu. Heh.

So apa yang korang nak buat hari ni? Malam tahun baru? Hari tahun baru? Minggu tahun baru? Macam mana dengan azam tahun ni? Dah termakbul? Eh, banyak betul soalan kau eh? Sekeh kang!

Hari ni, tak tahu lagi aku akan buat apa tapi yang pastinya Sabtu dan Ahad aku ada kelas. Jadual dah kembali seperti biasa. Kelas akan diadakan pada hari minggu. Arghh hari minggu kesayanganku. Haha. Apa punya cikgu la aku ni(tampar muka sendiri). Oh aduh, terkena jerawat! Ciskek.

[new hope]

Lately ni aku macam dah hilang semangat nak mengajar. Aku rasa aku adalah seorang cikgu yang tak berwibawa. Aku tak boleh nak buat students aku ingat apa yang mereka belajar. Mereka sekadar faham dan kemudian lupa. Pftt memang penat. Hilang keyakinan diri aku nak jadi cikgu. Mungkin aku tak layak jadi cikgu. Jadi memikirkan hal ini aku buat keputusan untuk further study dalam bidang yang berbeza dari pendidikan. Ermm agak sedih tapi aku nak cuba sesuatu yang baru.

Semalam sebelum habis kelas, berlaku perbualan seperti di bawah.

aku.hanif.nabila.ramai-ramai

Teacher kenapa teacher ada jerawat?
Eee kau ni, selamba je tanya macam tu.
Sebab teacher gatal.
Eh?
*********

Ada orang cakap dengan aku, kalau jerawat tumbuh kat dahi kamu, maknanya kamu gatal. Betul ke?

Takpe, kalau gatal boleh garu. Kehkeh! Okey, ni je untuk entry merapu kali ni. Bye!

Eh nanti kejap, pasal aku jawab “sebab teacher gatal” tu, main-main je sebenarnya. Takdenya aku nak jawab macam tu kat students. Agak-agaklahkan? Lagipun aku budak baik dan bersih so, takdenya nak gatal-gatal ni. Hehe. Selamat tahun baru :)


Footnote: Malam tadi tidur lewat, leka meg'upgrade' blog. Aishh(shiteru)~ Dah lama tak bangun lewat. Huks!

Tuesday, December 28, 2010

Berangan

Assalamualaikum n Hi!

Syukurlah aku masih bernafas hari ni. Masih bangun dari katil sendiri. Masih berjalan menggunakan dua kaki. Masih boleh melihat muka sendiri yang tak berparut kesan-kesan luka. Masih tersenyum dengan bibir yang cantik(sekurang-kurangnya).

[perasan muka camni. takpe, sekali sekala]

Oh apakah yang mak cik ni sedang kepohkan? Entahlah, aku tak tahu apa yang aku fikir semasa aku memandu. Aku ingat tumpuan aku hanya pada jalan raya dan kereta di sekitarnya. Rupanya, aku silap. Mungkin aku sebenarnya hanya fikirkan tentang kelajuan.

Trust me, semalam je aku hampir bertembung dengan tiga buah kereta.

Pertama, ketika keluar dari simpang yang agak sibuk berdekatan kawasan rumah aku. Ketika ni jalan nampak clear. Tapi, tapi, at the time aku nak keluar simpang, entah dari mana datangnya teksi. Aku terkejut, teksi tu hilang kawalan. Nasib baik kami selamat.

Kedua, juga nak keluar simpang. Sebuah kereta beri laluan pada aku supaya aku jalan dulu. Aku ingat jalan tu takde kereta dah so aku nak keluar la en, tapi tiba-tiba ada kereta horn. Oh darn! Stupid. Aku terpaksa angkat tangan minta maaf.

Ketiga dan yang paling gila. Ketika mahu memotong. Depan kereta aku ada sebuah van. Sesungguhnya ketahuilah anda, aku sangat benci lori, van atau apa-apa je kenderaan yang tinggi di hadapan aku. Ianya menghalang penglihatan aku. Sangat tak suka. Dah la slow. Then aku pun bajet lah nak potong. Tengok cermin sisi dan cermin pandang belakang clear! Okey, nak masuk lane kanan. Pastu tiba-tiba nampak muncung kereta mercedes. Perghh memang masyuklah kalau aku langgar. Botak babe, botak kepala aku! Kereta tu brek mengejut sebab dia dah terhimpit ke tepi. Masa ni aku rasa cuak gila. Tak jadi aku nak memotong. Kereta tu pula tak gerak-gerak dari tempat dia brek tadi. Aku takut juga jadi pape kat pemandu tu. Manalah tahu dia ada heart attack ke. Tak ke naya guwa.

[cause you're dead meat. haha]

Aku dok usha je kereta tu dari cermin pandang belakang kereta aku. Bila kereta tu dah mula gerak, aku pun legalah sikit. Aku biar dia potong aku. Yelah, mana tahu dia nak block aku ke minta ganti rugi kan. Aiceh macam ada duit je kalau dia minta ganti rugi. Takdelah, aku rasa bersalah gila kot. Rasa macam nak turun minta maaf je tahu? Haha, fine, fine, mentang-mentang dia bawa kereta yang bergaya. Cam siot pula aku rasa.

Masa nak tidur malam tadi aku duk fikir-fikir.
Ya Allah, tiga kali weyh dan aku masih bernyawa. Aku macam tak percaya.
Ini semua ketentuan Allah. Aku tahu itu. Tapi bila aku duk merenung apa yang terjadi siang tu aku rasa bersyukur sangat. Aku taknak mati katak.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.

[masih dapat lalui hari yang indah]

Sekarang aku dah tak berani lagi nak bawa laju-laju. Memotong ikut suka, atau apa-apa jelah yang berkaitan. Kalau ada lori hantu sekali pun depan kereta aku, aku taknak potong dah. Tolong jangan tanya kenapa. Trauma kot.
At least for this time being. Heheheh.

Saturday, December 25, 2010

Pengakuan berani mati.

Assalamualaikum n Hi!

Saya jatuh cinta dengan awak sebab apa awak nak tahu? Sebab awak kacak bergaya, mutu dan keunggulan. Eh terbuat iklan dashing pula. Tapi awak, betul ni saya jatuh cinta kat awak sebab tu lah.


Awak tahu, emak saya cakap biar papa asal bergaya. Wahh, awak memang ada ciri-ciri lelaki idaman emak saya. Kalau emak saya nampak awak mesti dia nak rampas awak dari saya. Sebab tu lah saya tak nak bawa awak jumpa dia.

Walaupun awak miskin tapi saya suka sebab sekurang-kurangnya awak tak selekeh dan hina. Awak pandai bergaya. Bila saya jalan dengan awak saya rasa bangga sangat. Kembang hidung, punggung dan segala-galanya kembang, rasa macam nak terapung je sebab saya tahu semua mata memandang ke arah awak dan saya pasti dalam hati mereka berbisik untungnya saya sebab ada pakwe macam awak.

Orang ibaratkan kita macam merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua, beauty and the beast. Eh, tak beauty and the beast tu memang tak ah kan. Kita kan sama-sama padan macam enggang dengan enggang. Orang yang cakap kita macam beauty and the beast tu memang cemburu dengan kita awak tahu.


Tapi satu hari tu awak kemalangan. Awak bawa motor laju dan awak berlanggar dengan kereta yang datang dari simpang depan. Awak cedera teruk. Muka awak dah tak macam awak lagi. Teruk sangat. Patah riuk. Saya sedih sangat.

Awak call saya lepas awak keluar dari wad. Awak tanya kenapa saya tak datang lawat awak masa awak kat wad. Awak tanya kenapa saya dah lama tak contact awak. Awak tanya kenapa saya berubah. Saya tak sampai hati awak, saya tak sampai hati nak bagitahu awak perkara yang sebenar.

Selepas awak baca ni, saya harap awak dapat jawapannya. Saya tak sanggup nak bagitahu awak. Saya minta maaf.

Friday, December 17, 2010

Amalkan gaya hidup sihat.


Assalamualaikum n Hi!

How are you doing guys? I'm great. I hope you guys are doing great too. I would like to share some tips on living healthily. What do you think? Eheh, tak payah nak omputih sangatlah kalau English kau terabur.

Baiklah, kita sambung.

Bila sebut pasal amalan gaya hidup sihat aku pasti ramai yang fikir tentang senaman, pemakanan yang seimbang, riadah dan sebagainya. Tapi mungkin ada yang terlepas pandang beberapa perkara penting selain yang disenaraikan kat atas. Apa dia? Ha, tu yang kita nak tahu. Let’s check it out.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

@ think positive

[hebatnya aku]

àSetiap perkara yang kita lakukan atau apa saja yang berlaku kat kita, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita kena percaya bahawa setiap benda yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah tak pernah ciptakan sesuatu tanpa sebab.

@ ikhlas
à Jalankan tugas yang diberi dengan seikhlas hati. Sentiasa niatkan dalam hati bahawa pekerjaan atau tugas yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta’ala. Dengan itu, kita bukan je dapat ganjaran pahala malah kita akan rasa puas sangat dengan hasil kerja kita. Tak caya, cuba try(dah cuba, try pula. Ahaaa sengal punya orang)!

[baliklah kat saya / jap-jap nak minta petunjuk]

@ sabar
à Sabar kan sebahagian daripada iman. Sebahagian ye, bukan separuh. Kita dah laksanakan tugas dengan baik. Hasil kerja kita memang fuhhh, mantap! Tapi lepas tu ada pula yang condemn. Duhh, memang panas betul! Apa dia ingat senang ke nak dapat prestasi cemerlang macam tu? Sh**! Tettt tolak markah iman. Look, kalau ada yang condemn kerja kita itu maknanya kerja kita belum cukup bagus. Inilah masanya kita perbaiki kesilapan kita. Lepas tu kita akan jadi lebih baik.

[friendship award]


à Kalau rasa macam kita dah buat semuanya dengan baik dan sangat geram dengan apa yang di’condemn’ yang takde kaitan langsung dengan apa yang kita kerjakan, please jangan terus semburkan kemarahan. Sebaliknya, cakap dengan cara yang berhemah. Buat orang yang condemn kita tu malu dengan diri kita. Contoh? Let see, kalau si A kata kita buruk gila ah sampai tak lalu nak makan kalau kita lalu depan dia. Huishh ni memang betul nak buat gaduh ni. Kerek gile! Rileks dulu. Senyum je pastu balas,

[“Yeke? Tapi hati saya cantik.”]

Gerenti si A akan mencebik atau muka merona merah atau apa sajalah. Yang penting mulut busuk dia tu tersenyap. Haha. Contoh yang ntah pape. Nexttt!

@ think big

[I wish I were a catwoman]

à Jangan mudah berpuas hati dengan kerja yang telah kita laksanakan. Setiap hari cuba tingkatkan prestasi. Di sinilah pentingnya orang yang kuat meng’condemn’ tadi sebab kalau takde orang yang duk huha huha kerja kau tak bagus, takdenya kau nak baiki diri kau. Balik-balik kat takuk yang sama je. Nanti bintang kau mesti tak menyerlah. Jadi, kau patut berterima kasih pada makhluk yang ‘hon’ kau tadi. Eh! kau pula, kita la, kita. Haha.

@ senyum
à Malas nak taip panjang-panjang. Aku cadangkan korang dengar lagu ni. Senyum ( Smile). Pertama kali aku dengar lagu ni kat corong radio terus tersengih kemudian mula bermonolog dalaman, “Kreatif betul penulis lirik ni.”

Cukup. Sebenarnya aku rasa macam aku bagi tips untuk jadi pekerja terbaik sepanjang tahun. Kwang kwang kwang.


Tapi boleh juga guna untuk dapatkan hidup yang sihat kan, kan? Haha. Oh well, sempena tahun baru ni, kita kenalah berhijrah. Tak kan nak duduk kat takuk yang sama je. Tak fun la macam tu. Korang boleh cuba try tips yang aku senaraikan tu untuk hidup dengan sihat okey. Disamping tu, aku juga tengah memperbaiki lagi diri aku sendiri.

Till then, take care buddy. Nice to know that you read till the end. Thanks!

Sunday, December 12, 2010

Hari ni hari Ahad.

Assalamualaikum n Hi!

Bangun pagi gosok gigi, cuci muka terus mandi, pakai baju minum susu . . err okey cukup untuk intro. So, macam mana dengan hujung minggu korang? Fun? Good. Tak best? Takpe, meh aku bestkan hujung minggu korang. Haha.

Okey, berhenti gelak takde yang kelakar.

Hari ni aku nak cerita tentang hujung minggu aku yang tak seberapa. Tak seperti hujung minggu yang biasa, hujung minggu kali ni aku takde kelas. So, dengan hati yang lapangnya aku melewatkan bangun pagi.


Namun impian untuk tidur lepas subuh terhalang bila mak mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Beliau mengarahkan aku untuk memberi makan kepada anak-anak aku kucing aku. "Ughh susah betul kalau banyak komitmen ni," bisikku dalam hati(ececeh, dah macam nak buat cerpen!). Nak tak nak aku bergegas mandi dan menyetelkan tugas sebagai ibu angkat kucing-kucing aku tu.

Selesai tugas, aku pula yang mengisi perut aku dengan sarapan yang mak sediakan.

[tahukah anda apakah itu?]

[masih blur?]

Perghh yummy kot. Itulah ubi kayu dengan gula melaka. Memang mantap ahh. Tiba-tiba teringat adik aku yang sedang bekerja. Kalau dia dapat ni memang mengadap sehingga menjilat piring.

[confirm!]

Lepas sarap, bereskan dapur and get ready untuk makan tengah hari. Menu untuk tengah hari ni;

[nasi lemak]

Nampak sedap? Jangan terpedaya(memang sedap pun, saje taknak bagi korang terliur) weyh. Haha. Well tu je untuk entry kali ni. Wa cau sin cin cau dulu~


Have a happy period! Salah, have a happy weekend!

Thursday, December 9, 2010

Aku sudah kehilangannya

Assalamualaikum n Hi!

Sejak aku pakai contact lens jenama acuvue mata aku jadi sangat tak selesa. Mata berair dan kedudukan lens tu dalam mata memang tak tetap. Siput sedut betul. So, sejak kejadian tu aku terfikir untuk memakai kaca mata. Walaupun tudung akan kembang kiri kanan tapi tak kisahlah. Janji rock. Tak, maksud aku janji selesa.

Nak dijadikan isu(kalau tak jadi isu, takde idea pula nak update blog), aku akan pakai kaca mata hanya ketika aku memandu dan sebaik sahaja keluar dari kenderaan aku akan tanggalkan ia dan sangkut di beg. Aku memang budak yang ‘rajin’, dan disebabkan sikap ‘rajin’ nak bawa kotak kaca mata tu ke mana saja aku pergi tu lah yang membuatkan aku sangkut je kaca mata tu dekat beg.

Malam kelmarin kaca mata tu tercicir entah dekat mana semasa aku leka ke hulu ke hilir memindahkan barang-barang ke dalam kereta. Sekarang aku dah kehilangannya. Ia hilang bukan sebab cuai tapi sebab malas. Boo me! I've already boo myself.




[somehow I miss the spectacle]

Footnote: Memandu tanpa lesen salah di sisi undang-undang tapi kalau memandu tanpa kaca mata/kanta lekap tak kena saman kan?

Hujan Subuh.

Assalamualaikum n Hi!

Sayup kedengaran azan subuh berkumandang dari surau yang berhampiran dengan rumah. Selimut di hujung kaki ditarik sampai ke dada. Nyamannya cuaca pagi ni. Syok betul tidur time hujan.

Setengah jam selepas azan berkumandang jam loceng di sisi meja memekak. Hujan semakin lebat. Tap! Button off di tekan. Zzzz


Lima minit kemudian. Tok, tok! Pintu bilik di ketuk “subuh, subuh,” suara ayah kedengaran. Segera badan ditegakkan tangan pantas menghidupkan suis lampu. Terang benderang bilik yang dingin itu. Kipas dimatikan. Kalau panas nanti senang nak bangun. Kemudian baring semula. Tidur sekejap je lagi. Sekejap je.

Badan dikalih dari kiri ke kanan. Kepala terasa berat. Celikkan mata, jeling jam di meja belajar "9.00 a.m.?" bingkas bangun. Tepuk dahi, “Ya Allah, subuh aku!”

Footnote: Betapa lemahnya manusia bila diuji. Sedangkan dia diberi keselesaan. Namun dalam keselesaan itu dia menjadi terlalu selesa sehingga terleka dan terbabas.

Monday, December 6, 2010

Gila kentang

[mesti update, mesti update]

Assalamualaikum n Hi!

Haha tak agak-agak taknak update sampai tahun depan kan? Melawak je. Tak lawak? Fine, do I look like I care?

[talk to the hand]

Takde update menarik pun btw. Cermin kereta yang pecah tu Alhamdulillah dengan izin Allah dah dibaiki tapi macam tak puas hati dengan cara pemasangan cermin tu. Well kita bayar, wajiblah demand kan?

Baik, cukup pasal kereta. It’s bout me now. Setelah dikira-kira, ditimbang-timbang, Unisel bukan satu pilihan yang teruk sangat. Jadi, aku buat keputusan untuk terus mengaji di sana.

Mengaji? Apakah? Hei, tu bahasa orang dulu-dulu lah. Mengaji maksudnya belajar. Faham sekarang? Bagus. Ye kawan-kawan, aku akan sambung pengajian degree in Tesl kat Unisel tanah tumpah darahku.

[rindu nak grad. ahakhak]

[oh comel tak kami?]

Tolonglah jangan cakap, “Alah, Unisel je pun. Tu pun nak kecoh.” Kalau ada yang cakap macam ni memang aku . . aku . . tak tahu nak buat apa. Lantak koranglah.

Hmm apa lagi yang menarik ye? Oh ye, esok cuti! Yeay, yeay! Sibuk je nak excited juga, macam selama ni aku kerja je.

Salam Maalhijrah semua.


Mari berhijrah demi kebaikan diri sendiri di masa-masa yang akan datang okey kawan?

See ya, bye!