Monday, February 28, 2011

"Walau bukannya cinta, kita bukan sengketa.."

Assalamualaikum.
Sedang syok syok aku jalan kat satu blog ni, aku ternampak tajuk yang eye-catching juga ah. Tajuk yang berbunyi seperti ini, gadis melayu korea-amalia alias woot dari blog milimilo.
Baiklah sebenarnya takdelah dengar pun bunyinya kan?


[kalau nak dengar bunyi sila tekan butang play]

"Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi"
-Amalia Alias; Sampai di sini saja

Lagu ni sebenarnya adalah lagu korea (kot) which aku tak pernah dengar pun sebelum ni. But then aku cari kat youtube quite interesting juga ah. Lagu asal tajuknya Today I broke up by Younha.

Tapi suara Amalia ni pun best gak. Kira boleh layan la. I loike! Kalau nak tahu lebih pasal si gadis ni boleh la g kat blog dia here.

[being alone doesn't always mean pathetic]

Dan kepada awak. Ehem, ye awak.
Kalau awak bacalah, saya minta maaf. Saya tak sepatutnya menagis malam tu. Saya patut ketawa gembira memandangkan awak gembira tapi entahlah. Saya susah nak lepaskan awak.
Maaf dan terima kasih untuk malam tu. Saya hargai masa yang awak luangkan dengan saya.

Mendengar gelak tawa awak, ia seperti.. saya dapat awak balik dalam hidup saya. Tapi saya perlu berhenti dan buang semua pemikiran tu kan? Saya tahu.
Beri saya masa. Saya akan okey.
Saya harap awak akan baik baik saja.

Wednesday, February 23, 2011

I am sorry.

[wish i could be free]

Assalamualaikum.
Aku pentingkan diri. Seorang kawan merajuk dengan aku sebab aku terlalu berahsia.
I really am sorry. Entahlah, pada aku itu cuma perkara kecik tapi mungkin tak pada dia.

I don't bother others problem. I just care for myself and for someone I love. Not saying that I didn't love someone that I didn't bother its just I've so many things to care about.
Who knows I am lonely? Who knows I've a problem? Who ever care if I sick? Who ever give a damn when I'm crying real tears? Nobody. Not even my family.

Cause I choose to keep it silent. I don't like people care so much bout me. I rather keep it to myself than to let others know.
Cause I know if I tell people, I will burden them. I hate burden people as much as I hate people talking bad bout me. Well, who doesn't?

Anyway about being so self-centered, for those who think I am, you know, I really wanna say I'm sorry. I do. I'm so sorry. Jangan suruh aku naik lori. I mean it.
This is serious. Tell me if you think I am annoying and perasan bagus and berlagak nak mampos and hey,-boleh-jalanlah-kau-ingat-kau-hot?-aku-lagi-hot- and what so ever. Don't just walk away from my life without saying anything. At least, let me know. Promise?

I need my friends. Like.. so much. I like you and I really want to care bout all of you but.. I don't know. I don't want to be alone even I am very secretive.

[sometimes we need to spend time with our own self]

Sunday, February 20, 2011

Cerita disebalik lagu.

[walau ia sakit sekalipun, esok perlu diteruskan]

Assalamualaikum. Cerita kita mungkin sama atau hampir sama tapi cara kita atasinya pasti berbeza. Atau.. tak. Heh.

Baiklah, terus kepada isi penting.
I used to listen to Miley's song; Goodbye cause the lyrics was related to the story of my life back then though it isn't the entire lyrics but still. As you can observed, I bold the words back then cause the story was really like years and years ago. Aiceh, tiba-tiba rasa cool plak speaking. Layannn~

Oh oh sebelum tu.. lyrics . girl . boy . Orait, zasss~


I can honestly say
You've been on my mind
Since I woke up today

"Saya mimpikan awak lagi." Celik mata itu perkara pertama yang terlintas difikiran. Keluhan terluah.

[100% terkena batang hidung]

I looked at your photograph
All the time
These memories come back to life
And I don't mind

"Dah banyak kali aku nak bagitahu kau,"
"Bagitahu apa?"
"Aku suka kau." Darah naik ke mukaku. Malu! Walaupun itu bukanlah kali pertama dia mengaku cuma aku yang asyik menafikan perasaan dia. Sejujurnya aku tak berani bercinta.
"Err, terima kasih." Aku juga punya perasaan yang sama dan memandangkan dia terus berusaha, aku terpikat.

I remember when we kissed
I still feel it on my lips
The time that you dance with me
With no music playing

[saya tak pandai menari, jadi jangan biarkan saya jatuh. janji?]

I remember those simple things
I remember till I cry
But the memory I wish I'd forget
The memory I wanna forget
Is goodbye

"Awak dah berubah"
"Tak la"
"Ye, awak dah banyak berubah. Kenapa?"
"Sibuk. Banyak benda nak settle."
"Saya takde dalam senarai?"
"Mestilah ada."
"Tapi yang paling bawah."
"Jadi awak tak suka? Kalau tak suka kita berpisah."
"Fine!" Minda menurut kata hati yang membara. Walaupun itu bukan apa yang aku mahukan.

[bukan perpisahan yang saya mahukan]

I woke up this morning
And played our song
And throwing my tears I sang along
I picked up the phone
And then put it down
Cause I know I'm wasting my time
And I don't mind

Handphone dicapai untuk entah kali yang keberapa. Ah, tiada mesej dari dia. Jadi aku ke yang perlu 'say hi'? Duhhh apa nak buat ni. Buntu.

I remember when we kissed
I still feel it on my lips
The time that you dance with me
With no music playing
I remember those simple things
I remember till I cry
But the memory I wish I'd forget
The memory I wanna forget
Is goodbye

Suddenly my cellphone blowing up
With your ringtone
I hesitate but answer it anyway
You sound so alone
And I'm surprise to hear you say

"Saya masih cintakan awak"

[ros merah seringkali dikaitkan dengan cinta]

You remember when we kissed
You still feel it on your lips
The time that you dance with me
With no music playing
You remember those simple things
We talked till we cried
You said that your biggest regret
The one thing you wish I'd forget
Is saying goodbye
Saying goodbye

"Percayalah, saya juga."


Cinta seperti kehidupan. Ia bukan tentang kegembiraan semata-mata. Adakalanya banyak dugaan yang mendatang sehingga kita putus asa. Dan ia tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan walaupun pada dasarnya begitu.

Sebenarnya ia adalah permulaan bagi sebuah kisah yang baru pada level yang sedikit tinggi. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? Ah, malas nak terang panjang-panjang. Ambil masa untuk fikirkan. Sekian.

Wednesday, February 16, 2011

Belajarlah menghargai kehidupan.

Assalamualaikum. What's up doc? bak kat Bugs Bunny. Kau kenal Bugs Bunny? Tak? Takpelah.

Dulu masa aku kecil kecil, aku tak suka mak ayah pilihkan apa-apa untuk aku. Aku nak pilih barang sendiri. Aku nak hidup ikut cara aku. Aku nak segalanya biar aku yang tentukan.

Sebab pada aku, mereka tak tahu apa-apa tentang diri aku. Mereka tak berada di tempat aku. Mereka tak faham apa yang aku rasa atau alami. Mereka tak tahu citarasa aku.

[I know which path should I go]

Sengih sinis. Aku selalu berharap masa akan berlari pantas supaya aku cepat meningkat dewasa. Yelahkan, orang dewasa boleh buat keputusan sendiri. Budak kecil sering saja dianggap budak mentah dan belum kenal dunia sebenar. Eleh, cliche.


Lucu. Kini aku dah besar. Dah pandai beza yang mana baik, yang mana tak. Dah boleh buat keputusan sendiri. Sepatutnya. Ye, sepatutnya.

Tapi aku selalu harap aku berpeluang kembali ke zaman kanak-kanak. Ketawa semahunya. Menangis sebab tak dapat apa yang diinginkan. Berlari tanpa fikir masalah atau pilihan yang perlu dibuat dalam menjalani kehidupan yang bersisa.

Namanya pun manusia. Tak pernah cukup dengan apa yang ada. Bak kata pepatah, orang bagi betis dia nak peha.

["I think I left my shoes." Oh let's get real, you're lost]

Sekarang, aku tak lagi menolak sebarang cadagan atau usul(eceh, macam dalam meeting pulak) atau idea tentang masa depan aku. Semua benda aku akan rujuk pada mak dan ayah. Mostly mak la. Heee. Keputusan yang aku buat sentiasa dengan sokongan dan dorongan mereka. Syukurlah mereka tak jemu jadi ibubapa aku.

Have a nice day people :)

Saturday, February 12, 2011

Snow White dan epal beracun.

Assalamualaikum,
[i want the highest apple, please]

Martabat seorang wanita ibarat sebiji epal. Semakin tinggi kedudukan epal itu, semakin sukar untuk sesiapa juga mencapainya. Ia menjadikan epal itu cuak kerana bimbang akan membusuk di takhtanya lalu si epal menjatuhkan dirinya ke atas tanah bagi memudahkan sesiapa untuk mengutipnya. Namun, akan adakah sesiapa yang sudi untuk mengutip epal yang telah jatuh ke tanah itu? Kerana hakikatnya, apabila si epal sudah jatuh ke tanah ia sebenarnya telah pun menjadi busuk. Malangnya nasib si epal. Sedangkan tadi ia berada di tempat yang tinggi namun ia menjatuhkan martabatnya demi kerana mahu dicapai oleh seseorang.

Aku separa yakin ramai yang pernah terbaca ayat-ayat cinta kat atas. Aku tak pasti kenapa mesti buah.  Kenapa bukan bunga? Bukan ke wanita sinonim dengan bunga. Pastu buah epal lak tu. Kenapa tak limau, oren ke, belimbing ke, durian ke. Perghhh sedapnya kalau dapat pulut durian. Eh kelaut, sorry der.

[blossom apple]

Aku sentiasa ingatkan dan tanam dalam diri aku perumpamaan kat atas. Memanglah wanita tak boleh disamakan dengan epal tapi namapun perumpamaan. So faham-fahamlah. Bagi aku perumpamaan ni memudahkan kita memahami sesuatau maksud tertentu.

Contohnya, bagi perumpamaan yang kat atas ni, seorang gadis yang rasa dirinya tak laku akan merendahkan martabat dirinya hanya kerana mahu mendapat perhatian dari para jejaka hampeh. Padahal dia tak sedar yang sebenarnya Allah dah ciptakan seseorang dari kaum Adam yang sama atau mungkin lebih tinggi martabatnya dari gadis tadi untuk mendampinginya. Kau faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni?

[mula-mula aku ingat ni epal busuk, rupanya ni epal ala-ala bumi]

Pendek kata, percayalah bahawa Allah dah ciptakan seorang insan yang sesuai, sepadan dan segala ‘se’ untuk setiap umatNYA. Namun jika kau rasa takde pasangan yang diciptakan untuk kau kat dunia ni yakinlah bahawa DIA menyediakan yang lebih baik untuk kau di akhirat kelak sesungguhnya. Bukan ke sesungguhnya tu patutnya kat depan ayat? Apsal aku buat kat hujung? Eh, suketi akulah, ayat aku. Ape de hal? Nak gaduh? Jom ah! HAHA.

Siput je perangai. Okeylah, semoga entry kali ni boleh bagi manfaat kat kau dan juga aku. Selalu buat entry merapu, sesekali nak jugak buat entry ilmiah. Kononnya la kannn. Kau jangan jeles. Okey aku berhenti sekarang. Selamat malam.

Friday, February 11, 2011

Eh, ada entry baru. HAHA

“jauh minda ku melayang, terkenangkn dirimu sayang
kau pergi ku tersendiri, kini kau kembali . .”
-twinkle away by brainstewz


Loser gila rasanya bila sepanjang hari duduk depan laptop berjalan dari blog ke blog tanpa rasa nak komen sepatah pun sebab internet cam siput lembabnya sambil makan kerepek kentang dengan muka berminyak dan rambut serabai macam orang yang tak mandi setahun. Phewww, semput tak baca tanpa noktah? HAHA.

Eh, lupa nak bagi salam, assalamualaikum. Tengahari tadi aku naik atas penimbang berat badan. Macam nak tersembul keluar berguling-guling bebola mata aku. Currently, berat aku hampir 50kg. Oo oow ni tak bagus, tak bagus langsung. Tskkk cane nak kurus ni? Okey, start berazam sekarang.

Pertama àMinum air mineral sebanyak yang boleh tapi bukan pada waktu yang sama. Minum air bila terasa badan kekurangan air atau sekurang-kurangnya setiap jam dan hentikan tabiat minum air sambil makan ke makan sambil minum air? Okey, apa-apa je lah. Ini penting supaya lemak tak tepu. HAHA. Aku main reka je so, sila jangan percaya.

Kedua àKurangkan makan makanan yang berkanji. Nasi, roti, mee dan seangkatan dengannya. Tapi ni lah makanan ruji aku. Mana boleh tinggal. So cane?

Ketiga àMakan malam? NO!~ Dah tiga hari aku tak makan malam. Makan tengahari je lepas tu malam minum RxLite. Kalau perut berkriokkk juga masuk tidur cepat-cepat but so far, boleh tahan lagi. Tidur jam 2 pagi setiap malam. Terasa hebat pula masuk tidur lambat(sengal). Oh tapi semalam memang tak tahan la. Lepas bakar pizza untuk family yang masih lapar walaupun lepas makan keuw teuw goreng, aku pun jadi terliur tengok cheese yang mencair atas pizza. Apalagi, aku bedal dua slices okey dengan cheese yang jadi fav. Grrr.


Cheese, aku suka cheese. Suka gila kecuali cheese cake atau cheese yang sekeping-sekeping yang makan dengan roti tu. Ha, yang tu aku tak suka. Aku suka cheese yang cair. Bila tengok cheese yang cair tu air liur aku terus merembes keluar tanpa dapat ditahan-tahan hinggakan aku terpaksa “gulp!”. Teka apa? Kerepek kentang yang aku makan ni pun perisa cheesy cheese. I told ya! HAHA.


Poyo je la azam-azam semua tu. Entah jalan entah tak la kejadah azam-azam ni semua. Hey wait, sekurang-kurangnya, aku dah laksanakan ketiga-tiganya. Sekarang ni cuma perlu konsisten je. Jadi sila sokong aku untuk turunkan lima(5) kilo ye. HAHA. Sudah, aku nak tidur.

Thursday, February 3, 2011

Ambil masa terlalu lama untuk letakkan tajuk jadi nak buat entry tanpa tajuk boleh?

[tahun ni tahun arnabkan? aku tak pasti kenapa ada salji-salji tu]

Assalamualaikum. Sekejap, aku nak tarik nafas panjang dulu. Okey dah.

Hari ni Chinese New Year(CNY) so mak aku cuti sampai hari Ahad. Aku rasa semua orang pun macam tu kan? Bila mak aku cuti aku mesti akan ada program dengan mak. Hari ni kami pergi ambil barang di Shah Alam dan kemudian kami shopping di pasar raya berhampiran rumah kami. Mula-mula aku agak teruja juga dengar mak ajak pergi shopping sebab aku ingat mak nak shopping baju ke kasut ke kannn. Ghopenye mak nak shopping groceries je, tak dapatlah aku nak ngendeng apa-apa. HAHA. Tapi bolehlah juga ngendeng bahan-bahan nak buat pizza. Dah lama tak buat pizza.

Esok ada dua undangan dari satu rumah yang sama. Tengahari ada majlis khatam student aku dan malam akad nikah kakak dia. Mesti banyak makanan yang akan dihidangkan en. Cuti ni memang makan je lah kerjanya. Actually, hari-hari pun aku cuti. Kwang, kwang, kwang.

Oh, cakap pasal groceries, pizza dan makan-makanan ni risau aku dibuatnya. Berat badan makin naik hokeyyy. Boleh bayangkan tak berat dah naik pun orang still cakap aku kurus. Tapi bila orang cakap gemuk kang aku sentap pula. So cane? HAHA.

[cik tembam]

Baru semalam mak tegur aku dah gemuk. Masa tu aku baru lepas makan nasi dah tu sapu pula planta atas roti tambah gula. 2 keping kot aku buat. Tsk tsk. Makluman untuk sesiapa yang tak tahu, roti putih biasa yang kita ambil sama dengan nasi sepinggan yang kita makan. Jadi kalau nak diet tak makan nasi tapi bantai roti sebantal memang tak jalan ahh diet tu. Kalau nak diet makan roti gandum yang warna coklat.

Pagi tadi masa tengah brunch berlakulah perbualan seperti di bawah;

mak . adikku . aku
Amboihh lajunya kau makan Amad(adikku).
Tengok angah(aku), lagi la, licin dah pinggan dia.
Angah kau tengah belajar nak naikkan berat badan sekarang.
. . . (sentap)
(angguk-angguk) Memang patut la. Kalau kurus nanti takde laki yang suka kat kau(pandang aku dengan wajah kerek).
. . . (makin sentap)

I was like haaa?? Aku buat muka pelik minta penjelasan tapi adik aku buat-buat tak faham so aku pun malas nak panjangkan cerita. Tapi . . tapi curious okeyyy. Yeke kurus takde orang nak? Tapi . . tapi again, ada aku kesah ke? HAHA. Takpe, lepas ni boleh jogging(dalam mimpi). -__-''

[adik aku. susah nak snap gambar budak ni. yang ni pun snap sorok-sorok]

Aku suka tengok gambar ni. Masa ni je lah aku boleh nampak ketekunan dia nak belajar. Risau juga dengan dia sebab tahun ni dia ambil SPM. Adik aku ni sengal sikit. Dia suka suruh aku tolong dia buatkan kerja sekolah dia. Subjek teras semua dia suruh aku ajarkan. Paling teruk Math la. Aduhhh memang lambat pick up. Aku juga yang pancit nak ngajar.

Enough pasal adik aku. Sekarang ni kena fikir pasal masa depan. Mak pun tak boleh nak decide apa-apa untuk aku sebab yelah, masa depan aku kan. Akulah yang kena fikir sendiri. Parents aku cuma bagi advices je, yang buat keputusan aku. Jalan hidup aku, akulah yang bertanggungjawab mencorakkannya. Ecehhh ayat nak sastera je! HAHA.

Okey dah, dah, aku ni banyak merapu en. So happy Chinese New Year to all Malaysian and . .

[happy holiday]

Wednesday, February 2, 2011

Untitle

Assalamualaikum. Sebenarnya takde benda pun yang aku nak update sangat. Geram. Ye, itu saja. Geram pada orang yang berpura-pura.


Tak boleh ke berterus-terang je? Susah sangat ke nak berterus-terang? Walaupun terus-terang kadang-kadang membawa malapetaka seperti disakiti atau menyakiti tapi bukankah itu lebih baik daripada ianya terbongkar keluar dari mulut orang lain? Bukankah itu lebih dasyat sakitnya?


Aku tak faham. Kenapa perlu bersembunyi disebalik wajah tenang sedangkan hati sangat pedih. Rahsia hati biarlah aku pendam. Sakit biarlah aku seorang yang tahu. Kecewa biarlah aku seorang yang tanggung. Benci tak mungkin aku membenci. Suatu saat aku yakin semuanya akan okey.


Aku tak tahulah apa yang aku merapu ni. Maaflah aku memang begini. Keliru dengan perasaan sendiri. Benda kecil yang diperbesar-besarkan. Aku hanya wanita lemah yang cuba mencari kekuatan dengan kehadiran keluarga dan teman-teman. Syukurlah aku masih ada mereka. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan mereka padaku.

Footnote: Aku perasan entry aku sejak tahun 2011 ni emo. Nampak gayanya 2011 aku tak bermula dengan baik. Kena teruskan usaha gigih untuk menjadikan hidup lebih baik.