Friday, February 22, 2013

Hectic life

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.

If you notice, aku ada post gambar kalendar dalam previous post aite? Kat kalendar tu ade macam-macam aktiviti yang aku kena attend. Day by day, kalendar tu akan di'update' dengan aktiviti yang aku tak boleh skip. In order for me not to forget the date and day, aku catatkan aktiiti-aktiviti tersebut dalam kalendar.

Dan kalau korang perasan juga, dalam kalendar tu bertarikh 16Feb aku ada family day. Eh? Kahwin pun tak lagi cane nak ada family? Kahkah, tak lucu Balqis, tak lucu.

Family day ni kira macam hari sukan la untuk fakulti aku.


And so... yeah, kalau kat sekolah kan ada rumah sukan ada nama hang tuah, hang jebat, hang segala hang dan warna rite? Kitaorang pun adaaaa~

Nama group kitorang Iguana dan warna hijau. Wehuuu. Walaupun Iguana tu tak comel, tapi team members sangat comel okey. Sila jeles.

Bukan je comel, tapi team members Iguana ni sangat hebat. Semangat kesukanan betul waktu games.


See, see. Makan boleh sebarang makan, cakap bukan sebarang cakap. Ini buktinye. If I'm not mistaken, group kami paling banyak dapat hamper. Walaupun banyak kali kena disqualified sebab kami langgar rules katanye.

Sebenarnya, arahan yang diberi tak jelas dan telus so kami pun bantai je la main cane pun sebab ingat takde rules yang tertentu. Tup tup masa tengah main kami dikata melanggar rules. Lol, ini lucu. Lain kali bagi arahan biar jelas, terang dan nyata.

Apapun, kami tetap berpuas hati dengan hadiah yang kami bawa pulang.

  • Second place in explorace,
  • Second place isi air dalam botol, and;
  • Award for the most supporting team.


Tataplah puas puas kecomelan kami.





Done with family day thingy, we continue our journey for the next day. Preparing for Malaysian Book of Record(MBR). "The Longest Murtabak Line: Cry for Gaza".


Alhamdulillah, we actually managed to complete the challenge given. Semuanya dengan izin Allah. Terus terang cakap aku rasa benda ni sangat mustahil untuk kami lakukan. Dengan tenaga pelajar yang kurang dan masa yang terhad, memang dugaan betul nak siapkan cabaran ni.

Sebenarnya, kami target murtabak sepanjang 2000m sahaja tapi Alhamdulillah, we did more than the targeted length. Sampai hari ni aku masih tak percaya yang aku terlibat dengan MBR ni. Bukan senang weyh, nak buat menda alah ni. Macam macam benda kena concern. Kena jaga food quality, hygiene, storage, ingredients, methods and etc.. Eh, macam aku ni committee pula. Aku cuma participant. Lol. But yeah, I do know how they work hard to achieved this and make the dream comes true.

Enjoy la gambar gambar disebalik tabir pembikinan murtabak terpanjang ni.








Murtabak berjaya dijual dengan harga RM 1 sekeping dan hasil jualan didermakan pada tabung Gaza MSU. Tahniah semua warga kulinari yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Again, thank Allah for the chance. ^__^

footnote: I do not own all of the photos here. Thanks to those who posted them in facebooks.

click, click, click! ;)

Thursday, February 14, 2013

Masa berdetik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Takde siapa suka dipaksa. Tapi atas keterpaksaan tu kita belajar sesuatu, kita timba pengalaman dan tanpa sedar tak ramai yang miliki peluang yang kita ada.

Kita suka merungut. Tak suka itu, tak suka ini. Banyak benda yang kita nak rungutkan. Cuba tengok orang sekeliling kita. Tengok apa beza orang yang suka merungut dan orang yang sentiasa bersyukur. Hidup orang yang suka merungut ni susah dan makin susah tapi hidup orang yang selalu bersyukur, Allah sentiasa permudahkan jalan mereka.

Sedarlah, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Walaupun sesuatu perkara yang berlaku atas kita itu adalah sesuatu yang buruk. Ambil iktibar dan pengajaran, bukan merungut.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

14th Feb 2013, we were busy at the kitchen having class with Papa Jo. sweet! (:

Papa Jo, he might be no one but his experiences are priceless. Thank God for the chance given learnt with him. And yes, fyi, kami dipaksa untuk pergi kelas ni. Hahaa, but again, keterpaksaan yang berbaloi. Such a sweet memory.

Perjalanan aku masih jauh and I really hope I can bear all the hard things coming along the way and appreciate such sweet experiences. InsyaAllah, my prayers goes to my precious friends too. Good luck guys!











Be good to yourself, take care all.

click, click, click! ;)

Tuesday, February 12, 2013

Merapu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Bosan ngadap assignment. Saja jenguk-jenguk blog. Bersihkan habuk habuk yang mula bertempek. Heh.

See the calendar? Yes, saya suka kesibukan saya sekarang. Kalau boleh nak sibuk hari-hari tapi tu lah, takut tak mampu pula nak tanggung penat. Heee~

"le quote"

Sem ni target pointer 3.75 and above. Ha! Apa gelak-gelak? Ingat aku tak boleh buat ke? Boleh punya*sedapkan hati*.

Memandangkan keputusan mid sem exam tak berapa memuaskan, untuk final ni aku harap sangat aku dapat buat yang terbaik.

Please, doakn saya. *Cane nak wat muka comel ni?*
>.<*
Sori, saya tak comel.

Next week ada MUET. Aaarghh nebes. Doakan saya ye. Pleaseee. >,<* Alaa saya tak comel tapi doakan juga k.
Macehh ^_^


click, click, click! ;)

Thursday, February 7, 2013

Love guide

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


To love someone, you don't need a reason.
To be someone to love, you don't have to be perfect.
To wait for love that is true, it's worth it.

I just want to make this clear. Jatuh cinta sebenarnya bukan pada paras rupa, bukan pada harta benda, bukan pada populariti. To be frank, I hate handsome guy. Hahaa.

Put the blame on me. I don't mind. Aku tahu tak semua lelaki kacak tu suka main kayu tiga. Tapi most of them ARE. Diorang gunakan wajah kacak yang diorang ada untuk pikat gadis-gadis dan mainkan perasaan gadis-gadis itu. Tak baik tau, u'olls.


Love is sweet when it's new.
But it is sweeter when it's true.

Kadang-kadang kesian dengan orang yang terlalu memilih pasangan. Tak dinafikan, kita memang kena pilih pasangan untuk dijadikan teman hidup. Tapi pilih dari segi apa pun kena tahu jugak. Kalau nak yang ada rupa, popular, hot and so on, pada aku tak patutlah kan dan juga tak adil.

Perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah agama dia. Second, sikap dia pada orang sekeliling dia. Third, cara dia layan family dia. Dan seterusnya, kalau dia ada rupa, ada harta, ada populariti, itu adalah bonus.

Tapi kalau takde pun takpe what. Apa yang penting adalah nombor satu sampai nombor tiga sahaja. Dan satu lagi yang paling penting, be with someone who take you seriously. Bukan someone yang nak main-main dengan kita, nak seronok-seronok dengan kita cause at the end of the day, kita sendiri yang akan terluka.


Be yourself, be happy, be beautiful. 

Tak perlu jadi orang lain untuk pikat someone. Because you yourself are unique in your own way. Allah cipta kita dengan kelebihan dan kekurangan. Appreciate them the most sebab tak semua orang ada apa yang kita ada and they might craving for it.

Till we meet again. May God bless us. Take care!

click, click, click! ;)

Saturday, February 2, 2013

Sesi menyahut cabaran

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


There's a lot to share! Kalau ikut hati memang banyak nak tulis. Tapi bila start menaip, semakin kurang ayat yang keluar. It's normal, aite?

Sebab situasi dalam hati tak sama macam dalam otak. Dalam hati macam-macam perasaan ada, tapi bila nak zahirkan dengan perkataan, otak kena fikir ayat yang sesuai untuk luahkan apa yang tersirat.

Pfftt intro je dah dua perenggan. Apa kes?
Here how the story begin. Hahaa drama je lebih.

Memandangkan aku amek course culinary, ramailah mak n pak2 sedara tanya kenapa aku tak join Master Chef. Dan jawapan saya haruslah membela diri sendiri.

"Ermm Master Chef tak amek peserta yang ada background culinary."

And they are like, "Oh yekee.." Hahaa. Dalam hati, lega gila sebab Master Chef tak amek culinary students as participant.

And today, disebabkan mereka nak sangat aku masuk competition, doa mereka termakbul.

ini la tempat aku dan kawan-kawan bermainnnn~

Early in the morning, takdelah early sangat pun. Dalam pukul 8 pagi camtu member call up suruh datang untuk competition MyChef dekat campus. Haaa cuak mak noks!

Can you imagine, they call you in the morning where the competition is about to begin one hour later? Aku dengan tak prepare zahir dan batin, redha je la cakap, OK.

Sepanjang bersiap tu aku try positifkan diri sebaik mungkin. Like, "I can do it, I can handle it, It's an easy task, Elehh, plating je pun," dan macam-macam lagi.

Macam mana gigih pun aku positif, tetap rasa macam tak leh bernafas. Al maklumlah, this is my first competition ever.

Bila sampai je kat campus, competition dah start! Mak aihh, kalau kau, kau tak gelabah ke? Kalau tanya aku, aku memang tak gelabah sebabnya aku masuk second round punya competition. Hahaa kalaka tak aku? -_-*


Competition MyChef ni ada dua bahagian. Satu cooking healthy dish; appetizer, main course ngan dessert. Dua plating jeee~ Untuk plating ada 17 contestants so diorang pecah pada 2 group. Dan, aku masuk plating, second group. Clear?

No? Let me explain a bit more.

Plating ni, kitorang tak payah masak sebab makanan tu dah pun siap. I assume you know about MyChef product already. MyChef ialah makanan sejuk beku yang dah siap masak dan hanya perlu dipanaskan menggunakan gelombang ketuhar macam yang di'display' kat atas.

Senang kerja househusband sekarang. Eh?

So kitorang cuma hias makanan tu atas pinggan cantik-cantik. Secantik muka judges. Ok, tak klaka.


That is how I garnished their product. Lame u'olls, IK. As a culinary student, aku rasa sangat tak patut aku bagi alasan, "kira okay la ni. hasil tangan last minute." Memang a big NO la nak bagi alasan camtu. Ehem, nanti aku practice banyakbanyakbanyak kali ok? Bab hias menghias ni memang jangan bagi kat aku la, tak reti cheq! Tapi practice makes perfect kannn...?

Lepas competition habis, kitorang xde keje nak buat. Sementara tunggu contestants yang buat cooking healthy dishes, kami merapu je lebih. Enjoy those pics.



ke'comel'an yang tak dapat ditidakkan. hahaa





winners for plating

winners for cooking healthy dishes

Congrats guys! Walaupun tak menang, tapi experience yang aku dapat sangat mahal. Dalam hati ada taman? Mestilah tak. Dalam hati berkobar-kobar nak masuk competition lagi lepas ni. Hahaa. Ayat orang kalah. Cliche sangat la, Balqis.

Tapi serious, best sangat dapat compete ngan orang-prang hebat sebab dari situ kita tahu kat mana kelemahan kita. It's something y'know. Tak sia-sia terima tawaran jadi bidan terjun. (:

I won't regret a thing. Alhamdulillah, thank you Allah for the chance.

click, click, click! ;)