Thursday, January 26, 2012

Adab dan dapur. Ade kaitan ke?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hai guys. Semester ni banyak sangat cuti hari Isnin kan. So I guess takde la nak dengar rungutan Monday Blues lagi ye dak? Anyway, aku bukan nak cerita pasal cuti pun.


I am about to talk about kitchen. Aku ada satu tabiat kalau dekat dapur. Seboleh-bolehnya dekat dapur aku lebih suka menjaga adab.


Eh? Pelik ke? Dekat dapur pun ada adab tau. Haaa, jangan tak tahu.

Aku tak suka bila orang cakap benda-benda yang tak elok depan makanan. Macam mencarut ke, atau apa-apa perkataan yang tak elok. Seriously, I hate that yet if things like that happen, there's nothing I can do. Kadang-kadang aku pun terlepas juga. Pfttt~

Menjaga adab sangatlah penting tak kiralah kat mana sekalipun kita ada. Adab masa tengah masak tu sangat penting sebab nanti kita nak bagi orang makan. Makanan tu akan jadi darah daging. Kalau kita makan benda yang tak elok, perangai kita pun jadi tak elok.


Kenapa masakan ibu sangat sedap dan tak dapat dikalahkan oleh mana-mana chef sekalipun? Sebab masakan yang ibu kita masak dimasak dengan penuh kasih sayang dan pastinya ibu kita jaga adab dan mendoakan yang baik-baik masa tengah masak tu. So girls ladies, kalau nak bagi suami sayang lebih, sambil masak tu berselawat la banyak-banyak. Selain dapat pahala, dapat extra kasih sayang juga!


click, click, click! ;)

Thursday, January 19, 2012

ingin kau bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

entah, sampai bila harus aku tahan rasa yang berbuku di dada. sakitnya hanya tuhan je yang tahu. aku tak mampu nak jauhkan diri dari dia. aku tak mampu lepaskan dia. aku tak mampu membenci dia. walau sebanyak mana sekalipun aku ajar hati aku supaya lupakan dia, aku tetap gagal. kerasnya hati aku.


takde orang lain selain dia yang boleh buat aku rasa bahagia. nanti. aku memang bahagia. tapi bila dia hadir, kebahagiaan aku bertambah. bila dia takde, rindu tak pernah susut. kenapa? kenapa dia perlu sayang orang lain?


one of my friend said i am faithful. indeed and i am stupid too. mengharap dan menunggu dan kecewa. kemudian putus harapan. namun bila dia kembali, aku mula mengharap lagi, menunggu dan kecewa. ia selalu begitu. dan aku masih tak serik.

dia mengaku dia sayang aku dan dia sayang gadis tu juga. dia tak boleh buat pilihan. aku suruh dia pilih gadis tu dan jangan cari aku lagi. dia pandang aku dengan dahi berkerut seolah-olah begitu mudah aku buat keputusan.


dah terlalu lama hubungan kami terjalin. sejak kami di tingkatan empat. itulah alasan dia bila aku tanya kenapa dia sayang aku. but still, kalau jodoh kami takde kami tetap takkan bersama. this game is so hard and painful till i decide to end it up.



satu soalan. apa yang akan anda buat kalau orang yang anda sayang menyayangi anda TAPI dalam masa yang sama dia menyayangi gadis lain juga?

teruskan perhubungan?
berpisah kerana dia tak setia dan lenyapkan diri darinya?
atau berpisah namun teruskan persahabatan?


Monday, January 16, 2012

my 1st entry for this year.

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.


sorry for being lost for a while. life gets so busy till i get out of control. huh.

habis paper last friday rasa haeven giler. tapi rasa tu tak lama, mak bagitau berita sedih. ayah cik dah takde. rasa macam taknak percaya cakap mak. aku jadi kelu sekejap. tak tau nak cakap apa. rasanya baru je hari tu mak cerita diorang sekeluarga datang rumah.


life is so short. sometimes it seems like a dream on our way to death.

satu yang aku minta, kalau aku mati nanti tolonglah buang segala gambar-gambar aku yang boleh dikatakan sebagai maksiat. aku tak sanggup nak tanggung dosa berterusan walaupun aku dah takde kat atas muka bumi ni.

maaf kalau dalam entry ni aku ada terkasar bahasa. selamat tahun baru. orang kampung kata "better late than never".

off to class.

click, click, click! ;)

Tuesday, December 13, 2011

Better

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


I supposed to working on my assignments right now but my mind is not focus on those.
Why?
Entah, banyak benda yang aku perlu ambil berat tapi aku abaikan.
Aku ingat bila aku abaikan, aku boleh lepas dari benda-benda yang membebankan.
Tsk, betapa aku pentingkan diri sendiri.
Membiarkan orang lain memikirkan masalah aku dan sekali gus mencari jalan penyelesaian.



"Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita." Sumber.



Nangis.
Perjalanan hidup aku sekarang tak seindah yang aku lakonkan.
Senyuman dan gelak tawa yang aku lemparkan bukan ikhlas.
Maaf, aku tak berniat untuk menipu, tetapi aku tidak mahu menambah beban pada kalian.
Cukuplah kiranya aku memeningkan kepala kedua orang tuaku.
Cukuplah keprihatinan yang kalian berikan kepadaku.

Fahamilah bahawa bukan niatku ingin menjauh dari kalian.
Aku dah terlalu banyak bergantung pada kamu yang disekelilingku.
Sehingga terasa diri ini tak mampu untuk hidup sendirian.
Aku harap kalian mengerti bila aku memilih untuk bersendirian.


Aku harap hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.


click, click, click! ;)

Sunday, December 4, 2011

Life update.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Ehehe saja nak enterframe dekat blog sendiri. Boleh?

As usual, bila masuk semester baru confirmlah sibuk. Dengan ketiadaan internet dan kemudahan untuk online dengan selesa memang susah nak update blog. Itu salah satu sebab juga aku deactive facebook.


Semester ni aku ambil pastry n bakery yawww. Sangat excited sebab dalam kelas hanya ada sepuluh orang students. Pastu chef pun comel dan sangat baik. Heeee :D

[apple pie, blueberry cheese tarts, egg tarts, fruit tartlets]

Boleh dikatakan all the lectures for this semester sporting and happening! However, semester lepas lagi seronok la daripada semester ni sebab classmates tak best. HAHA. Jahat, busuk hati kau ni.


After all, I guess I have to apologize to my friends. I'm sorry for being so selfish cause deactivate my facebook. Aku tahu facebook adalah salah satu cara berhubung dengan semua orang secara percuma tapi aku perlu masa. Aku tak cukup kuat untuk lihat semua yang ada di facebook. Berjalan n berkeliaran di facebook orang dan tengok updates setiap manusia buat aku rasa tertekan.

Dan untuk mengelakkan rasa-rasa yang tak sepatutnya, I've decided to deactive it. No worries, I'll be back sometime in the future :)