Wednesday, October 19, 2011

Love life :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


click, click, click! ;)

Alhijab: horror, yes. but slow.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Seperti yang telah dirancang, aku, Jan ngan Eka jumpa di Mid Valley untuk tengok filem Alhijab. Bila dengar alhijab ni filem seram, aku terus terfikir "what kind of film is that ? mungkin ke citer pasal a girl yang buka tudung lepas tu terus kena kacau sebab dia dah buka tudung or what ?"

Ye, ternyata tekaan aku salah. HAHA. Nah, tengok la trailer filem ni.


Cerita ni berkenaan seorang lelaki yang sentiasa mendapat watak sampingan dalam drama sahaja tiba-tiba mendapat tawaran untuk menjadi hero filem seram. Namun, masalah timbul bila dia tak reti takut dengan hantu sebab pada dia hantu ni tak wujud. Lepas tu girlfriend dia cakap maybe sebab hijab dia kuat. Apekemendenye hijab tu? Dia pun tanyalah awek dia. Pastu awek dia tanya mak dia pasal hijab. Dipendekkan cerita, lelaki ni jumpa sorang mak cik yang boleh bukakan hijab dia. Bila dah buka hijab, dia selalu kena kacau. Dan apa yang terjadi seterusnya?

Korang tengok la sendiri. Kalau aku cerita sampai habis, x syok la pula en. Dah la aku tak pandai nak bercerita. Keseluruhannya, cerita ni seram. Tapi jalan cerita dia meleret sangatlah. Part seram tu sikit je.

Lagi satu yang aku tak faham, apa kaitan permulaan cerita ni dengan cerita ni? Macam takde kaitan je. Pfffttt, ni yang malas tengok cerita melayu ni. T^T

Okay, enough reviewing. I need to finish two novels by Hlovate. Oh yeah!

.:us:.

Thanx for reading. Have a nice week u'olls :D

click, click, click! ;)

Sunday, October 16, 2011

Tiada siapa yang ingin bersendirian.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Jam dilaptop menunjukkan pukul 10:46 PM. Masih awal tapi seisi keluarga aku dah pun tidur. Mungkin sebab esok dah hari Isnin. Hari yang dilabelkan sebagai hari yang paling blues. Nasib baik aku dah start cuti semester.
Eleh, kalau tak cuti pun, confirm aku masih berjaga lagi sekarang.
Teenage, biasalah.

Teringat cerita masa lunch tadi. Mak cakap ada kenduri kahwin kat kampung belakang. Lately ni, aku tak tahulah kenapa aku asyik fikir tentang serious relationship. Maksud aku, perkahwinan.


Dan memang masa lunch tadi aku berbual dengan mak pasal nikah and sort of. Mak tanya "kenapa ? kau nak kahwin ke ?" "A'ah , semua orang nak kahwin" aku jawab. Then mak senyum je. Oh well, siapa yang taknak kahwin kan? Pastu aku tetiba rasa macam diri ni sangat gatal. So, I changed the topic. Muahaha.

But yes, aku lebih suka fikir tentang perkahwinan dari couple. Or senang cerita, aku lebih kepada mencari suami dari mencari teman lelaki. HAHA takutkan dengan perempuan macam aku? No worries, I'm open with friendship :)

click, click, click! ;)

Friday, October 14, 2011

Definisi Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

There's something I want to share with my readers (tu pun kalau ada la. hewhew). Aku jumpa ni dalam facebook.


7 KEBAHAGIAAN DUNIA

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu;

1. Qalbun syakirun atau HATI yang selalu berSYUKUR,

2. Al azwaju shalihah iaitu PASANGAN hidup yang SOLEH,

3. Al auladun abrar iaitu ANAK yang SOLEH,

4. Albiatu sholihah iaitu suasana yang KONDUSIF (baik) untuk IMAN kita,

5. Al malul halal atau HARTA yang HALAL,

6. Tafakur fi dien atau SEMANGAT untuk memahami AGAMA, dan

7. UMUR yang BARAKAH ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

+++++++++++


Nahh terbukti bahawa wang ringgit dan harta kekayaan yang banyak bukanlah kebahagiaan sebenar. Kan? :D

click, click, click! ;)

Sunday, October 9, 2011

Mungkin bukan sekarang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Kondisi aku sekarang? Hancur. Hati aku macam kaca yang dibaling ke batu yang tajam. Pecah berderai. Habis. Takde harapan untuk dicantum kembali. Yang tinggal hanya serpihan yang halus-halus.



Satu persatu telah kuhapus
Cerita lalu di antara engkau dan aku
Dua hati ini pernah percaya
Seribu mimpi tanpa ragu tanpa curiga

Reff:
Ku tak ingin lagi
Menunggu, menanti
Harapan tuk hidupkan cinta yang telah mati
Ku tak ingin coba
Hanya tuk kecewa (Ku telah kecewa)
Lelah ku bersenyum lelah ku bersandiwara
Aku ingin pergi
Dan berganti hati

Satu persatu telah kuhapus
Nada dan lagu yang dulu kucipta untukmu
Rasa yang dulu pernah ada
Kini berdebu terbelenggu dusta dan noda

Back to Reff:

Kini ku sadari diri ini
Ingin berganti hati
Cinta yang tlah pergi
Harus berganti hati

Harus ku ganti hatiku kini
Ini harus ku ganti
Tak perlu ini lagi harus berganti


Bahagia untuk aku?
Mungkin bukan sekarang.

click, click, click! ;)