Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

The End

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Lisa mencapai novel penulis  kegemarannya; Hlovate. Walaupun telah lama membeli novel itu tapi ini adalah pertama kali dia berhajat memulakan pembacaan. Bukan jemu tetapi tiada kesempatan untuknya meluangkan masa melakukan hobinya yang satu itu.

Dia menyelak kulit buku itu kemudian muka surat satu demi satu dibaca sepintas lalu. Matanya mula memfokus pada tulisan yang bersusun di dalam novel tersebut sebelum telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru masuk.

Biarlah, takde apa yang penting pun, monolog Lisa pada diri sendiri. Dia meneruskan bacaan. Sepuluh minit berlalu telefon bimbitnya kembali berbunyi tetapi kali ini bunyi itu menandakan ada panggilan masuk. Lisa pantas mencari telefonnya yang terletak di atas sofa. Nama yang tertera membuatkan dia terpana seketika. Akhirnya dia menyambut panggilan tersebut.

“Helo,”
“Kenapa tak reply mesej?” walaupun suara pemanggil jelas dipendengaran tetapi Lisa dapat rasa kesayuan dari nada si pemanggil.
“Tak perasan ada mesej,” Lisa berdalih. Hatinya sebal tiba-tiba.
“Sibuk ke? Kalau sibuk takpelah.” Si  pemanggil cuba memancing minat Lisa untuk berbual. Taktik yang Lisa sendiri sudah muak. Mulalah tu nak main tarik tali, Lisa mengetap gigi.
“Tak sibuk pun.”
Senyap menghuni ruang antara mereka.
“Kalau awak takde apa-apa nak cakap saya letaklah.” Lisa mula rimas dengan kebisuan si pemanggil.
“Sombong,” Lisa tersentak dituduh sebegitu.

“Awak yang sombong. Selalu buat tak tahu dengan saya, saya mesej tak reply, saya call tak dapat, saya tegur buat tak tahu. Macam saya ni halimunan pulak pada awak. Saya rasa macam orang bodoh tau bila awak buat saya macam ni. Awak ingat saya ni patung ke, yang takde perasaan? Awak ingat saya ni budak-budak ke, yang awak layan sesuka hati awak? Bodoh macam lembu yang kena cucuk hidung? Ikut aje cara awak, cuba paham keadaan awak, kena layan awak bila awak cari saya? Awak ingat…”

“Lisa.” Kata-kata Lisa terhenti. Pedih hatinya mendengar luahan Lisa. Dia tahu memang dia salah dan dia tak marahkan Lisa yang akhirnya menghamburkan kemarahan pada dirinya. Lisa juga manusia biasa yang ada perasaan. Tetapi bukan niat dia untuk mengabaikan perasaan Lisa. Kalaulah Lisa tahu setiap hari dia ingin menemani gadis itu. Apa jua yang dihadapi oleh gadis itu setiap hari, dia ingin Lisa kongsikan dengan dirinya. Dia tahu Lisa sudah lama bersabar, tak pernah merungut, tak pernah meminta, sentiasa memahami dan dia sendiri kasihan pada Lisa. Tetapi  apalah dayanya untuk sentiasa berada di sisi Lisa, meminta dan merayu agar Lisa faham dan terus bersabar atas kesibukan yang dia sendiri tak tahu dimana kesudahannya. Terdengar tangisan Lisa disebelah sana membuatkan dia tersentak.

“Saya minta maaf. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu janji taknak buat awak sedih lagi tapi saya sendiri yang mungkir dengan janji saya. Lisa, saya nak awak bahagia. Lisa, please jangan menangis. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf.”
“Untuk apa? Lepas tu awak akan ulang perkara yang sama. Saya dah bosan tau tak?! Awak pernah tak cuba paham keadaan saya? Bila saya sakit, bila saya ada masalah, apa yang saya nak, macam mana hari-hari yang saya lalui TANPA awak? Awak pernah pikir tak semua tu? Tak! Awak takkan pernah pikir sebab pada awak saya ni bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan awak yang awak takkan kongsi masalah awak, berlagak hero macam awak takkan tersakiti oleh sesiapapun. Saya benci awak!”

Sebak dadanya, terasa mahu meletup mendengar kemarahan Lisa. Dia tahu satu hari pasti Lisa akan melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Dia sudah agak hari ini akan berlaku cuma dia tak tahu bila dan dia tak sangka Lisa senbenarnya sangat terluka. Selama ini, gadis itu amat memahami, menyayangi dirinya tanpa sebab. Menerima dirinya seadanya, tidak pernah meminta lebih dari apa yang dia boleh bagi tetapi hari ini Lisa berubah 360 darjah. Dan dia tiada hak untuk memarahi Lisa dengan apa yang berlaku kini. Malah dirinyalah yang harus dipersalahkan. 150 percent!

“Lisa, saya tahu awak kecewa. Saya paham. Saya…” Dia terdiam, tidak mampu baginya untuk meneruskan kata-kata. Esakan Lisa masih jelas kedengaran.
“Lisa, saya tak mampu buat awak bahagia. Mulai hari ni saya akan lepaskan awak dan biarkan awak mencari kebahagiaan awak sendiri. Saya minta maaf dengan..”
“Semudah tu? Semudah tu je awak lepaskan saya? Awak ingat baik-baik, ini bukan kali pertama awak buat macam ni. Lepas ni tak mungkin saya kembali pada awak lagi. Dan saya mminta supaya awak tak cari saya lagi. Itu pun yang awak nak kan? Puas hati awak bila saya dah takde apa-apa dengan awak! Awak lelaki paling pengecut pernah saya jumpa. Pengecut!”

Dia menelan kata-kata Lisa. Walaupun pahit, dia akur. Dia memang pengecut. “Saya takkan cari awak lagi.” Perlahan suaranya menusuk ke dalam hati Lisa. Peritnya tak tertanggung.
“Bagus, sebab saya dah lama ada pengganti awak. Lelaki pengecut macam awak tak layak dan takkan pernah layak untuk saya!” Lisa segera memutuskan talian telefon. Dia menggenggam kuat telefon bimbit di tangannya. Ikutkan hati mahu dihempas telefon kesayangannya itu. Esakan Lisa masih berbaki, menyesal, geram, sedih, terkilan segala perasaan bercampur baur menyesakkan ruang di dadanya. Benar dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia tidak mampu menarik kembali apa yang telah diucapkan.

Lisa, you have to be strong! You’ve been there, done that before. You can still do it now. Lisa bermonolog sendiri. Malam ini dia tidur bertemankan air mata.

The End

Teheee this is something I did when my house tiba-tiba blackout. Bosan, so I end-up typing this so-called 'cerpen'.

Thursday, January 31, 2013

Fikir balik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Suatu tengah malam dua jiran bersembang-sembang dari rumah masing-masing.

Shahrul Maizam: Jiran sebelah tu, rumah hang ada lampu dak?

Zulpadli: Ade je. Apesal?

Sharul Maizam: Rumah aku gelap gelita ni. Tarik lampu dari rumah hang boleh?

Zulpadli: Aku try ye.

Sharul Maizam: Cepat sket boleh dak?

Zupadli: Sabaq naa... ish aku dah try, tak bolehlah. Dinding rumah hang ni tebal pelik je

Sharul Maizam: Pullak. Alamak, ada tetamu datang la... sat... sat...

"PANG PANG PANG!!"

Zulpadli: Oit jiran sebelah, hang terlanggaq apa yang bising sangat tu..?

Sayup-sayup bunyi dikejauhan. Halus je suara orang kesakitan. Zulpadli digamit bimbang. Seketika kemudian, jirannya tu menyahut panggilan Zulpadli.

Shahrul Maizam: Adoi... aku kena tibai dengan tetamu aku tadi dalam gelap. Terperosok jauh aku tadi. Aku rasa semua tulang rusuk aku dah patah (menangis kesakitan)

Zulpadli: Hang okey ka? Risau aku. Aku datang tempat hang boleh?

Sharul Maizam: Logikla sikit, mana boleh. Hang mana boleh masuk kubur aku dari kubur hang.

Zulpadli: Eh ye tak ye gak. Rumah aku selesa sangat. Aku tak rasa macam duk dalam kubur plak. Hehehee sori, sori.

Sharul Maizam: Aku menyesal hang tau tak. Aku ni takdakla jahat sangat, aku malas solat je kat dunia. Tapi ni lah natijahnya yang aku dapat. Aku nak kembali ke dunia. Aku nak kembali!!

Zulpadli: Sabar, al-sobru minal iimaan. Sabar itu sebahagian dari iman. Bawak bertenang. Mengucap, ingat kat Allah.

Shahrul Maizam: Wei!! Aku tak tahan lagi. Kat kaki aku penuh ular, lipan, kala jengking, hari-hari belit aku, sengat aku, patuk aku. Tiap-tiap hari aku 'mati' dan 'mati' over and over again. Padahal aku memang dah mati! Aku nak kembali!! Tolonglah aku!!

Zulpadli tiba-tiba rasa sebak, teringat kata-kata Allah dalam al-Quran surah al-Zumar ayat 58 yang bermaksud:

"... kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

Nadanya hampir sama dengan jeritan dan keluhan jiran kubur sebelahnya itu.

Seingat Zulpadli, apa yang beliau amalkan di dunia adalah konsisten solat berjemaah di masjid. Derma juga pada tabung masjid walaupun dirinya miskin hina. Tidak membantah kata parents dan guru. Ikut landasan al-Quran dan hadith.

Timbul rasa syukur dalam sebak rasa.

**
Shahrul Maizam: Tak boleh ke hang try sekali lagi tarik lampu dari rumah hang? Please~~~

cerita oleh: Muhammad Rusydi

**
Footnote: kalau ada yang rasa nak cakap kubur lain-lain lepas ni, fikir balik ye.

click, click, click! ;)

Friday, October 19, 2012

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Pintu bilik dikuak luas. Wajah sugul Siti muncul sejurus selepas itu.

"Muncung sedepa nampak, ape cite?"

"Penat." Siti meletakkan beg sandangnya di atas kerusi lalu badannya direbahkan di atas katil berdekatan dengan meja belajarnya. Zarina, teman sebiliknya setia  menjadi pemerhati.

"Penat?" Sunyi. Takde balasan dari Siti. Zarina tahu pasti ada yang tak kena dengan rakannya itu. "Hey, kenapa ni? Would you like my shoulder to lean on?" Bahu Siti diusap lembut, rupanya dia sudah beralih ke katil Siti.

"I don't understand people! How could they being so selfish? I'm sick of it, I couldn't bear it any longer. I think I'm going to explode!" sedikit tinggi suara Siti memeranjatkan Zarina.

"Wowowo, chill girl. What's the matter?" tangan Zarina masih lagi mengusap bahu temannya yang sudah bangun dari pembaringan.


"They didn't came to the discussion. They didn't showed up during the project, they didn't even care about it at all. Seriously what is wrong with them?" Kini Zarina faham kenapa Siti jadi macam orang tak tentu arah.

Of course! Deadline untuk project tu tinggal 2 hari dan takde sorang pun yang bagi full commitment untuk siapkan project tu. Hanya Siti dan Zaquan yang berhempas pulas mencari idea untuk menjayakan project berkenaan. Siti pernah cerita padanya tentang masalah itu. Zarina tahu, Siti bukan jenis orang yang suka buat kerja last minute. Dia faham perasaan Siti.

Ruang bilik sunyi. Takde siapa antara mereka yang bersuara. Zarina mencari ayat yang sesuai untuk menyejukkan jiwa temannya yang sedang hangat membara. Mata Siti yang berkaca memandang tepat ke arahnya. Meminta jawapan, mungkin.

"Ahh, I'm sorry. Aku tak patut marah kau." Siti menggeleng-gelengkan kepalanya sambil belakang tangannya mengesat mata yang berair.

"No, I get it. Tapi kau tak boleh ikutkan perasaan kau. Banyakkan istighfar, keep calm."


"What should I do? How should I act? Aku rasa aku dah tak boleh berhadapan dengan diorang lagi. Sakit hati aku tengok muka diorang. Silap haribulan aku cekik sorang sorang sampai..." Siti melepaskan keluhan berat. Terasa tahap kesabarannya dah sampai ke kemuncak.

Zarina bingkas bangun dari katil Siti. Kelakuannya membuatkan Siti tersentap. " Kau tau apa? Kau cuma ada dua pilihan je." Zarina menegakkan dua jemarinya di depan muka Siti menyebabkan Siti sedikit terundur kebelakang. Siti mengangkat kening. Jelas dia tidak sabar mahu mendengar apa yang Zarina mahu tuturkan seterusnya.

"Nak tahu?" Aii, boleh tanya lagi ke? Aku gigit juga awek ni karang, Siti menggumam rendah. Zarina memusingkan badannya dari menghadap Siti lantas dia tersengih. Lawak betul muka kawan aku sorang ni kalau sifat curiosity dia tahap petala kelapan.

Zarina mundar mandir di dalam bilik mereka, walaupun kawasan bilik itu tidaklah seluas mana. "Yang pertama..." Zarina kembali menatap wajah Siti dengan badan yang sedikit menunduk dan satu jari ditegakkan, dia menyambung. "...kau dengan Zaquan siapkan projek tu, just two of you. Lepas dah siap semua hantar je dekat Prof. Adlin. Dekat muka depan, kau letak nama kau dengan Zaquan je. Kalau Prof. tanya kenapa, kau ceritalah perkara sebenar."


Siti ternganga. Betul juga, benda simple macam tu pun dia tak boleh fikir? Nampak sangat stress nak siapkan projek sampai otak tak boleh fikir perkara se'simple' tu. Tapi... "What about the second choice?"

Zarina membulatkan matanya memandang Siti. "I thought my first opinion is enough for you." Dia menarik kerusinya dan duduk berhadapan dengan Siti.

"Indeed but since you said I had two choices, y'know." Siti buat muka comel. Seolah-olah beban yang dia tanggung semakin ringan. Zarina angkat bahu.

"Well then, your second choice is, let them be." Erkk, dahi Siti berkerut. Cuba mentafsir maksud sebenar sepotong ayat yang diluahkan oleh Zarina tapi dia gagal merungkainya.

"Huh? And what's that mean?"


"It means, kau buat je kerja tu sampai siap. Ikhlaskan hati kau sebab kalau kau nak minta diorang bagi komitmen pun dah tak sempat. Bila dah siap kau suruh diorang hantar. Maybe they will learn a lesson, maybe they not. Bila kau buat dengan hati yang ikhlas, minda yang terbuka dan berfikir secara positif, kau tak rasa terbeban. Lagipun pada aku, siapa yang buat lebih, dia akan dapat lebih. Kalau tak kat sini, kat akhirat nanti. Yang penting niat dalam hati kau." terkebil-kebil mata Siti memandang Zarina yang memberi penerangan panjang lebar. Seketika kemudian terukir senyuman di bibirnya.

"I think I'm going to proceed with the second choice." Zarina turut tersenyum mendengar keputusan Siti. Dia tahu Siti pandai buat keputusan. Tanpa sedar Siti memeluk Zarina dengan ucapan terima kasih yang dibisikkan ke telinga teman sebiliknya.


click, click, click! ;)

Friday, March 30, 2012

Ironi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Hah, baru nak nampak batang hidung kau! Ingatkan dah sesat, tak ingat jalan nak balik rumah." Shahir tersentak dengan sergahan dari Encik Hairi, bapanya. Tetapi dia berlagak biasa, menonong masuk ke dalam biliknya tanpa beri respon pada Encik Hairi.

"Ish awak ni, dia kan baru balik tu. Cakap la elok-elok sikit." Puan Salmah menegur suaminya.

"Huh tu la awak, manjakan sangat dia tu. Kita cakap dengan dia, dia boleh buat tak reti je. Rumah ni dah macam hotel! Dia balik untuk tidur semata-mata, yang kita ni dah macam tunggul."

"Aik, saya pula yang kena? Habis awak tu--" belum sempat Puan Salmah menghabiskan ayat, dilihat anak lelaki tunggalnya itu keluar dari bilik menuju ke pintu utama. "Eh, Shahir nak pergi mana ni?"

Teguran ibu mematikan langkah Shahir. "Keluar, ada group discussion. Pergi dulu ibu."

"Kan baru balik? Makan la dulu." ucap Puan Salmah.

Shahir menggeleng. "Ada member tunggu dalam kereta." Ringkas jawapan Shahir. Puan Salmah membontoti langkah Shahir ke muka pintu. Terkejut dia melihat seorang gadis di sebalik dinding di muka pintu tersebut.


"Assalamualaikum aunty," Lembut suara yang menyapa diiringi dengan huluran tangan si gadis.

"Wa'alaikumsalam," huluran disambut. Kaget. Malu.

Encik Hairi yang tidak tahu apa yang berlaku di luar masih memarahi Shahir, "Tengok la tu, balik ambil barang lepas tu keluar. Haa elok sangat lah tu."

"Ibu, Shahir pergi dulu ye." Puan Salmah hanya mengangguk. Pandangannya berselang-seli antara Shahir dengan gadis tadi. Tidak lekang senyuman di bibir gadis itu. Dia masih tercegat di muka pintu sehingga kereta anaknya hilang dari pandangan.

"Awak ni kenapa? Budak tu buat salah awak marah, dia pergi study pun awak bising. Awak nak dia duduk bawah ketiak awak je ke?" Puan Salmah jadi sebal. Dia menarik grill dan daun pintu kemudian meninggalkan suaminya di ruang tamu.



"Sorry 'bout that," ujur Shahir mematikan runag sepi antara mereka di dalam kereta.

"No worries," balas Shafiqa sambil tersenyum. Sungguh otaknya ligat berputar mencari ayat yang sesuai untuk meminta maaf kerana keluar dari kereta tadi.

"You shouldn't get out from this car, ain't you?"

"Yeah, sorry 'bout that. I thought it's just not nice to sit in here without meeting your parents and greet 'em."

"Y'know, you don't have to do that to my parents. They never care with whom I'm going out with." Terbeliak mata Shafiqa mendengar kata-kata Shahir.

"Kenapa awak cakap macam tu? They are your parents and of course they care 'bout you. If not, takkan la diorang risaukan awak." Shahir gelak sinis.

"Risaukan saya?" Shahir menggeleng. "Entah bila masa diorang risaukan saya. Yang diorang tahu, lepaskan geram pada saya dan marahkan saya. Itu saja." Shafiqa memusing badannya menghadap Shahir yang fokus pada pemanduannya.

"Marah tu tandanya sayang. Awak tak pernah dengar ke?" Shafiqa mengetap giginya melihat gelagat Shahir yang tiada riak menyesal dengan kata-katanya. "Sekurang-kurangnya awak ada ibubapa." rendah suara Shafiqa. Badannya kembali ditegakkan memandang ke jalan raya yang masih banyak dengan kenderaan.


Shahir memandang gadis itu sekilas. Dia memang tak pernah rapat dengan Shafiqa tapi yang dia tahu gadis itu dibesarkan di rumah anak-anak yatim piatu.

"I prefer your part." serius suara Shahir sekali lagi membeliakkan mata Shafiqa.

"What do you mean? For you it's better to be like me? No parents at all?"

"Yeah." Shafiqa beristighfar perlahan mendengar jawapan Shahir.

"Jangan bercakap ikut perasaan. Awak tengah marah, tengah sakit hati sebab tu awak cakap macam tu." Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. "Awak tahu tak betapa orang macam saya inginkan ibubapa? Someone who cares, gives advice, corrects when you gets wrong and what not."

"Awak tak kenal ibubapa saya. Diorang bukan macam ibubapa orang lain." Shahir masih kuat berpegang pada pendapatnya.

"Setiap orang ada cara yang tersendiri nak didik anak-anak mereka." Bidas Shafiqa.

"Still, I prefer your part." Shafiqa diam. Bukan kelu, tapi dia terfikirkan sesuatu. Shahir yang memandangnya sekilas perasan senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

"Kenapa awak senyum? Setuju dengan pendapat saya?" Shahir senyum bangga.

"How ironic people are, right? Bila Allah bagi hujan, kita mahukan matahari. Tapi bila Allah dah bagi matahari, kita nak hujan pula." Senyuman masih melekat di wajah Shafiqa dan Shahir hanya diam terkelu.



click, click, click! :)

Sunday, March 11, 2012

Lain.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Babe," tumpuan Aisyah beralih pada Azreen yang menegurnya.

"Hmm?" buku teksnya ditutup.

"Babe, kau kenal tak siapa ni?" naskah yang dipegang Azreen dihulurkan pada Aisyah. Gambar seorang lelaki yang agak kacak memenuhi satu ruangan muka surat. Aisyah menggeleng.

"Entah, tak kenal pun. Siapa dia ni?" soal Aisyah menghulurkan kembali naskah itu pada sahabatnya.

"Kau tak kenal dia ni? Seriously, babe?" Azreen menggeleng. "Rugilah kau. Famous kot dia ni," Azreen menyambung lagi.

"Yeke?" Aisyah mengerut kening. Dilihatnya Azreen mengangguk. "Kalau betul dia famous, kenapa aku tak kenal dia?" duga Aisyah.

"Entah, mana aku tau kau tu. Agaknya, kau ni tinggal bawah tempurung sebab tu ketinggalan." Usai berkata-kata, Azreen ketawa. Begitu juga dengan Aisyah.


"Maybe makna 'famous' pada kau lain dengan 'famous' aku." Aisyah bersuara setelah tawanya reda.

Azreen berhenti ketawa. "Pun boleh." Kedua sahabat itu akhirnya tersenyum.

click, click, click! ;)

Friday, February 24, 2012

Makan berdiri.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Assalamualaikum," sejurus memberi salam, Razif pantas menuju ke arah peti ais. Dicapainya kotak minuman fresh orange dan diteguk selamba. Telinganya dapat menangkap suara ibunya yang menyahut salam.

"Razif, minum duduk nak." Puan Fatimah bersuara lembut namun jelas dipendengaran Razif dan Rafidah, satu-satunya kakak Razif. Rafidah memandang Razif yang sudah tersengih umpama kerang busuk. Razif akhirnya menarik kerusi bersebelahan dengan kakaknya. Rafidah bangun dan mengambilkan cawan untuk Razif.

"Thank you kak." Razif sengih lagi. "Kenapa tak boleh minum berdiri ibu?" Razif memandang ibunya yang sedang berdiri di sinki menyiang ikan.

"Tak elok la. Kita kan orang melayu, kena la jaga adab." laju Rafidah menjawab seperti tangannya yang laju menyiang sayur kangkung.


"Adab tu kita letak nombor dua Ida, Ajib." Puan Fatimah bersuara tanpa memandang kedua anaknya. "Apa yang penting, kita ikut apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan pada kita."

"Apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ibu?" Razif bertanya dungu.

"Rasulullah s.a.w. mengajar kita untuk makan dan minum dengan tertib. Dalam riwayat Muslim, daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. melarang seseorang itu minum sambil berdiri." Puan Fatimah telah selesai menyiang ikan. Kini, ikan-ikan itu dibilas dengan air bersih.

"Habis tu kalau makan takpe la, ye ibu?" Razif bertanya lagi penuh minat.

"Kalau makan lagi la teruk." Rafidah mengagak. Dia memandang Puan Fatimah dengan kerutan di dahi. "Kan bu?"

"Betul sayang. Sahabat Nabi s.a.w. bertanya seperti Ajib juga. Kemudian Baginda berkata, 'Demikian itu lebih jelik dan buruk.'" Puan Fatimah sudah beralih ke meja tempat anak-anaknya duduk. Dia tersenyum melihat mulut Razif berbentuk 'O' dan kepala anak bongsunya itu mengangguk-angguk tanda faham dengan apa yang diterangkan sebentar tadi.


"Tapi mesti ada sebab kan ibu, kenapa Allah melarang kita makan dan minum berdiri?" Kali ini giliran Rafidah pula menyoal. Puan Fatimah mengambil bekas sayur kangkung yang telah siap disiang oleh Rafidah. Kemudian dia kembali ke sinki.

"Setiap apa yang Allah larang pasti ada hikmahnya. Sebab tu kita wajib jauhi laranganNya. Dari segi kesihatan, sebenarnya, makanan dan minuman yang masuk apabila berdiri akan menghentam dengan keras dinding usus kita dan menyebabkan luka pada perut." Memandangkan Rafidah sudah merendam dan membasuh sayur itu sebelum disiang, Puan Fatimah hanya membilas sekali lalu sahaja. "Dari apa yang ibu pernah baca, kajian perubatan mendapati 95% luka pada perut berlaku pada tempat biasa berlakunya pelanggaran antara makanan dan dinding perut."


"Uuu seramnya Ida dengar. Kiranya macam gastrik la, ye ibu?" Rafidah sudah sibuk dengan kacang bendi di tangan. Ibu kata nak masak asam pedas tengah hari ni.

"Ermm lebih kurang la. Bezanya, gastrik berlaku disebabkan asid yang bertindak balas dalam perut kalau tak silap ibu. Wallahuaklam."

"Oh baru Ajib tau. Selama ni Ajib ingat tak boleh makan or minum berdiri sebab nak jaga adab je." Razif yang tadinya duduk goyang kaki sudah mengambil tempat ibunya di sinki. Ringan sahaja tangannya mahu membantu.

Puan Fatimah tersenyum membiarkan anak bujangnya membasuh pinggan kotor di dalam sinki. Sekejap lagi mereka akan makan tengah hari bersama. Sememangnya, itulah yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

click, click, click! ;)

Monday, November 14, 2011

Terima kasih, cikgu!

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Siapa yang nak masuk syurga?" suara cikgu Zamri lantang bertanya. Penghuni kelas 5 Melor kesemuanya mengangkat tangan. Muka semua berseri. Ada yang berbisik sesama sendiri membuatkan kelas sedikit riuh.

"Siapa yang takut mati?" soalan cikgu Zamri masih belum habis. Cikgu Zamri yang mengajar matapelajaran Sains itu entah macam mana boleh menukar topik setelah murid-muridnya menyiapkan tugasan yang diberi.

Kali ini semuanya senyap. Tiada bayang lambaian tangan di udara yang kelihatan seperti tadi. Terkesima kot. "Siapa yang takut mati?" Kali ini suaranya naik lagi tinggi.

Satu.
Dua.
Tiga, dan seterusnya ramai lagi yang mengangkat tangan. Cikgu Zamri menggeleng kepala. Muka yang sokmo serius itu mengukir senyum.


"Macam mana awak semua nak masuk syurga kalau awak tak mati?" muka murid-muridnya dipandang silih berganti. Ada yang mengangguk dengan soalan dia. Ada yang buat muka tak faham. Ada yang tak ambil peduli pun.
"Kan? kalau awak semua takut mati, macam mana awak semua nak masuk syurga?"

Riuh kembali kelas dengan soalan cepumas dari cikgu Zamri. "Jadi, tak perlu takut dengan mati. Semua orang akan mati. Buatlah persediaan dari sekarang." Cikgu Zamri mengemas peralatan mengajarnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran sudah tamat.

"Saya tanya lagi sekali, siapa yang takut mati?" soalan mengharap, mungkin. Berharap tiada lagi muridnya yang mengangkat tangan. Namun, jangkaannya meleset apabila ada seorang muridnya mengangkat tangan.


"Nak masuk syurga tak?" soalnya dengan pembaris panjang a.k.a 'roti john' dihalakan ke arah aku.

Angguk.

"Habis nak takut apa? Kalau nak masuk syurga, kena mati dulu. Bersedia je la." cikgu Zamri melangkah ke pintu.

Ketua kelas mula bangun, "Bangun semua, terima kasih cikgu!" tanpa menunggu murid-murid lain bangun, ketua kelas cepat bersuara. Bayang cikgu Zamri sudah hilang namun murid-murid masih berlagu mengucap 'terima kasih'.


Entah kenapa aku teringat memori zaman kanak-kanak. Seronok jadi budak-budak. Tak banyak yang kita kena fikir.

Dan bila dah besar macam ni aku tahu, memikul tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah mudah. Kerana seorang guru bukan hanya perlu mengajar tetapi mereka juga ditugaskan untuk mendidik anak bangsa.

Aku pernah pikul tanggungjwab tu. Ye, pernah. Aku ingat aku tak boleh jalankan tanggungjawab tu dengan baik jadi aku berhenti jadi seorang guru. Sekarang aku rindu murid-murid aku. Rindu nak mengajar dan mendidik mereka.

Semoga Allah berikan kekuatan pada guru-guru untuk terus mendidik anak bangsa.

click, click, click! ;)