Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Saturday, August 25, 2012

Too good to be true. T__T

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

asus i5


htc one x

Setiap orang ada desire yang mahu dipenuhi. Desire yang semestinya tak mampu untuk dimiliki. Think about it deeply, having something that we desire for is not a bad thing.

Keinginan terhadap benda yang mahal-mahal ni buat kita nak berusaha dengan lebih gigih. It's a good thing, isn't it?

Ahh so mouth-watering stares at those items for some period of time. Grrr, study hard Balqis. Dean list, dean list marilah dekat denganku. Hoho.

Saja bakar semangat. Al-maklumlah cuti dah tinggal sehari. Naik cuti dah ada quiz yang perlu dijawab dan assignment yang perlu dihantar. Jadi, dua benda di atas boleh jadi pendorong dan pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Why? Entah, saja nak bakar semangat yang dah lama mati ni.

Got to go. Pada yang dah nak start kelas macam aku, carilah something yang boleh buat u'olls terbakar seluar eh semangat supaya korang tak hampakan harapan keluarga korang yang nak tengok korang berjaya.

Rasa termotivasi tak? Haha. Have a nice weekend u'olls. Moga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.

click, click, click! ;)

Thursday, September 30, 2010

bebel sajeee

Assalamualaikum n Hi!

Blablabla.

Hari ni aku takde hot story nak cerita. Cuma melawat blog'' yang aku dah follow dan menjadi stalker blog'' yang ramai pengikut. Tapi takdan pun nak baca banyak''. As always, internet di bawah tahap beku. Aku pun tak tahulah apa masalah internet ni. Mungkin upload video banyak sangat kottt.

Badan letih la. Rasa nak membuta je sekarang ni. Tapi mak ajak g somewhere pula. Haihh ni la masalah aku. Tak boleh berjalan banyak tempat sikit, balik je mesti lumpuh satu badan. Eh, tak la sampai lumpuh. Na’uzubillah. Haha, orang dah biasa duduk rumah macam tu la jadinya.

Sabtu ni aku harap sangat dapat ke rumah ibu dengan kawan-kawan yang terdekat ni. Tapi nampak gayanya macam tak tercapai je hasrat aku tu. Jangan cik Eka tu pun tak jadi ikut sudah la. Mereng aku sat g. Hahah! Okey, rasanya cukuplah aku merapu. Readers mesti kurang faham dengan apa yang aku bebelkan ni. So, daaa!~

Friday, August 20, 2010

Hari puasa saya

Assalamualaikum n Hi!

Salam puasa minggu kedua :)

Okey seperti yang kita semua ketahui, pabila tiba bulan ramadhan, maka tiba jugalah bulan bazaar dan dengan adanya bazaar yang penuh di atas jalan raya, maka terjadilah kesesakan lalu lintas. Ye, aku dah bersedia untuk itu.

Jadi petang semalam tepat pukul  1630 aku keluar dengan tergesa-gesa dari rumah untuk mengelakkan kejadian di atas. Aku ke bazaar yang berdekatan dengan rumah. Kereta banyak tapi masih boleh mencilok. Bila nampak parking kosong depan mata, aku terus bagi signal untuk masuk. Tapi malang berbau longkang, parking itu direbut oleh seorang lelaki kacak tapi tak bergaya. Maklumlah, suami orang. Okey, tersimpang. Haha. Aku buat muka bodoh terus nak masuk juga parking tu. Tapi dia tak nak mengalah, jadi aku pun dengan rasa tak paham akan isyarat dia tu terus blah dan cari parking lain.

Sudahnya, aku parking hampir  500m dari bazaar yang aku nak pergi tu. Dengan hati yang bengkek, aku jalan kaki sambil membebel dalam hati. Takpelah, puasa ni tak baik marah-marah. Lagipun boleh bersenam. Tengok, positif je aku kan? $#@*(*&*^$$@

Lepas balik dari bazaar aku ingat nak singgah kedai buku yang berdekatan dengan bazaar tu. Tapi takdelah dekat sangat. So, aku buat keputusan untuk memandu dan cari tempat parkir yang dekat sikit dengan kedai buku tu. Agak-agak aku jumpa tak tempat parkir yang kosong?

Ye, tepat sekali. Aku rasa nak ketuk je kepala aku dekat stereng kereta tu. Dah tahu waktu tu waktu orang balik kerja dan tambah pula dengan bazaar, comfirm takde tempat kosong. Jadi, aku batalkan niat untuk ke kedai buku tu. Aku ke pasar raya yang berhampiran. Dalam pasar raya tu ada kedai buku. Aku memang terdesak sangat nak buku tu.


Cantek, kat sini banyak kosong. Aku pun ambil parking yang dekat dengan lif. Lepas dapat buku, aku turun ke pasar raya untuk puaskan hati aku dengan makanan ringan. Pilih itu, pilih ini, dalam 15 minit aku terus ke kaunter bayaran. Elok je aku letak bakul aku atas kaunter tu, ada seorang wanita potong line aku dan terus letak barang-barang dia depan bakul aku. Aku pun macam…. Eh, mak cik ni. Aku ingat budak muda je yang tak pandai hormat orang tua, rupanya orang tua pun tak pandai hormat orang muda. Mana boleh macam tu. Kita kena saling hormat menghormati. Ish, rasa macam nak geget je mak cik tu. Nasib baik aku puasa.

Dalam perjalan pulang macam itik pulang petang, oh tak payah cerita pun mesti korang tahu punya macam mana keadaan jalan raya pada jam 1800. Dengan sikap pemandu yang tak sabar, dengan budak-budak balik sekolah. Tekanan melanda macam Tsunami, tapi aku stay cool dalam kereta sambil tersenyum dengan lawak kambing dari penyampai radio.

 Jadi pengalaman puasa anda bagaimana? Sudah ada yang tinggal puasa?

Monday, August 9, 2010

Simple update

Assalamualaikum n Hi!

Jumaat lepas aku dengan whole family pergi I-City. Woott, woott~ sangat excited okey! Sebab ianya hadiah birthday aku. :)

No pictures to share, FULLSTOP

Aku kan pemalu. Low profile. Hahaha. Okey, tipu.

Actually, gambar'' yang diambil semuanya tak menjadi. Maklumlah, guna camera phone je.

Oh ye, cakap pasal hadiah birthday teringat dekat one of my bestfriend, Azli. Thanx for the present. Nanti I pakai masa raya okey? :)

Oh cakap pasal raya pula, lusa dah puasa! Ni lagi buat aku excited. Tak sabar nak puasa tahun ni.


marhaban ya ramadhan

Selamat menyambut kedatangan bulan mulia ini. Semoga keberkatan bulan mulia ini kita gunakan sebaiknya. Okey skema.

Sebelum aku merepek sambil makan kerepek kat sini baik aku bawa diri dulu.

Ya Allah, semoga kami mendapat malam lailatulqadar. Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Dibuli

Assalamualaikum n Hi!

Tadi aku pergi HQ beli stok barang'' mak. Nampaknya aku kena ambil alih tugas abang aku sejak dia dah mula bekerja. It's a good thing. Really happy for him. Aku harap sangat dia kekal dengan kerja yang dia baru dapat tu. Dapat gaji jangan lupa belanja. Dah la tak bagi kek masa birthday orang T_T

Okey, stop menyimpang. Aku g beli barang'' dengan adik aku. Agak lambat sebab dia balik sekolah pun dah pukul 3.30 p.m. Dipendekkan cerita, masa on the way balik dari beli barang'' tu, jalan agaklah sesak sebab traffic light merah plus orang baru keluar office. Aku yang tengah khusyuk sembang dengan adik aku tetiba tersirap bila ada satu motor menyelit dekat kereta'' yang tengah beratur rapat'' tu.

Aku dok usha je motor tu dari side mirror. Aku bajet dia takkan lepas nak lalu sebelah aku sebab kereta sebelah kanan aku memang rapat. Aku ingat dia nak berhenti. Tup, tup, dia langgar side mirror aku. Macam hampeh! Pastu main blah camtu je.

Aku tahu la aku perempuan, so what? Kalau perempuan yang bawa kereta boleh suka'' hati je ke nak buli? Sabar je lah aku dengan pembuli jalanan ni. Nak, nak lagi kalau In--

Okey, tak payah sebut, nanti cakap aku racist pula.

Tu je untuk hari ni. Sebelum aku akhiri entry ni, aku nak bagi korang semua tengok gambar budak pemalu.

kuku panjang, kena sekolah dengan aku

Pemalu sungguh dia ni. Tapi bila part menge'pow' aku, hilang segala malu. Tapi aku relakan je. Sayang punya pasal. :D

Sunday, July 11, 2010

Waka-Waka = wakakaka

Assalamualaikum n Hi!

Mata berat gila. Specially baru lepas makan. Rasa macam nak membuta je tapi kang terlajak sesia je budak takde kelas. bertahan-bertahan.

zzZZ

Oh ye! Mak dengan ayah dah balik rumah. Hoyehhh! Erk? Tak tahu nape happy semacam. Rindu kot dengan "morning kiss" mak di awal pagi. Heh.

Dalam kelas tadi galak sungguh budak-budak ni nyanyi lagu Shakira-Waka-Waka. Sumpah annoying. Siap buat gaya lagi part chorus. Hampeh!

Nak tergelak juga aku tengok tapi tak boleh sebab masa tu tengah marah so, kena maintain muka serius. Konklusinya, telinga diorang jadi habuan sebab taknak stop nyanyi lagu tu. Selamba je aku sentuh diorang kan? Takpe-takpe, parents diorang dah bagi green light. : )

kucing'' aku tak secomel ni

Sekarang ni musim orang pelihara sugar glider. Aku pun nak! Hmm, kenapalah sugar glider takde yang kampung punya? Kalau kucing kampung tu free je kutip kat tengah jalan. Isk.

Alamak student dah datang, bye! ; )

Thursday, June 24, 2010

Kusut

Assalamualaikum n Hi!

Kepala disengetkan ke kiri kemudian ditegakkan balik. Lepas tu ke kanan. Hmm, apa kena dengan aku ni? Satu badan terasa panas dan menggigil. Rasa macam nak demam.

Tadi lepas makan aku duduk kat meja sementara menunggu mak habis mesej customer dia. Geez bosan betul sejak mak aku tak habis-habis bisnes ni. Harap mak tak baca ni. Huuu.

Tiba-tiba handphone dalam genggaman mak berbunyi. Aku buat dunno. Dah? Handphone mak, tak kan aku nak angkat. Lagipun handphone tu dalam tangan mak. Aku ingat customer mak. Tapi bila tengok mata mak duk lekat dekat aku, aku dah berdebar. Siapa pula yang call mak ni? Jangan-jangan...

Tepat jangkaan aku bila mak sebut nama dia. Oh my God! Rasa macam nak pecah dada aku. Bulat mata aku pandang mak. Humphh.

Bila mak letak call, aku dah tergelak-gelak. Tutup malu. Daus call mak. Kenapa?

Rindu. Aku rindu dia. Hmm, aku rindu Daus. Esok dia kelik Kelantan. Aku ingat dia kat Kelantan sekarang. Kalaulah...

Sorry Daus. This is the best for us. Jangan lupakan Qis.


Wednesday, June 23, 2010

if i could turn back the time

Assalamualaikum n Hi!

will you be my sunshine forever?

you're my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much i love you
please don't take my sunshine away


the other night dear
as i lay sleeping
i dreamed i held you
in my arms
when i awoke dear
i was mistaken
so i hung my head
and cried

"betul, senyuman aku sekarang adalah satu penipuan. but aren't you happy when you look at people around you with their smiling or laughter cause of your smile? hmm?"

"..." senyap tanpa jawapan. oh my... what am i doing? talking with a cockroach in a toilet??

gila! adakah aku sedang dalam proses untuk masuk hospital bahagia? geez.

off to bed.

footnote: gonna miss my nabila, zuhdi n hanif. they are my fav students. ;)

Wednesday, May 26, 2010

Bila Pagi Tiba

Asalamualaikum n hi.

Mimpi yang panjang berakhir bila aku tiba-tiba mencelikkan mata. Aku memandang siling bilik. Keadaan bilik agak suram tapi eyh dah pukul berapa ni? Macam dah terlepas subuh je ni. Ah sudah. Aku segara mencapai handphone yang kuletakkan di bawah katil. Oh my God, laju je jasad aku bangun dari pembaringan lepas tu kepala terus rasa berat. Heh. Padan muka kaw.

Untuk beberapa minit aku masih tercongok di atas katil. Cuba menstabilkan otak, mencerna segala mimpi yang membuai lena sebentar tadi. Alhamdulillah aku terjaga untuk solat subuh walaupun terlambat.

.pagi.

Dan walaupun dah terlambat, aku tetap nak ucapkan tahniah pada Shahir af-8 yang telah berjaya merebut tempat juara dalam konsert akhir akademi fantasia musim ke-8. Beriya-iya korang sedih sebab dia tersingkir pada minggu ke--- Dia tersingkir minggu ke berapa?

Tak kisahlah, past tense already. -_-

Rezeki dia kan. Agak-agak peminat-peminat dia marah tak aku taip 'rezeki dia kan'? Ke aku patut taip dia memang layak dapat tempat juara?

Eyh, nanti kejap. Why did I sound like someone who doesn't really care about the man who is really attractive and make every single lady going insane because of him?

tolong jangan tenung lama-lama. dosa weyh!

Nahh, sekarang aku bagi sebab-musabab kenapa ramai gadis-gadis di luar sana cair jiwa dan raga tengok Shahir ni. Antara sebab-sebabnya ialah:
  1. Latar belakang keluarga dia - jejaka yang berasal dari Ipoh Perak ini terdiri daripada keluarga yang alim
  2. Dilabel sebagai budak suci - bak kata Pak Nil, "kami pulak yang rasa bersalah, apa dah jadi dengan budak suci ni".
  3. Sopan santun - ini merujuk kepada cara pertuturan dia.
  4. Sejuk mata memandang -  senyuman senget dia tu memang menawan. kan girls?
Aku rasa empat dah cukup. Nanti menangis air mata darah pula jejaka-jejaka yang lain. Semua info-info ni aku analisis dari konsert akhir je. So, tak banyak yang aku tahu tentang jejaka tinggi lampai (ke?) berkulit cerah ni.

caption kat fb fanpage *sweet baby face*

Semua orang sibuk tergila-gilakan dia, aku baru terhegeh-hegeh suka lagu ni. Sebenarnya takde kaitan pun dengan Shahir. Cuma nak bagi tahu yang aku tak tergila-gilakan dia. Sekian.

Ye, ye aku tahu bunyi macam gelabah tapikan kalau korang nak tahu, suka hati aku la! HAHA.

peace, wink ;)