Saturday, February 18, 2012

Karut.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Heaven! Pagi-pagi lagi dah makan kek indulgence yang adik aku beli dari secret recipe. Semalam sembang dengan mak, mak cakap adik aku nak belanja makan kek sebab dia baru dapat gaji tapi dia tunggu aku balik. Nyehnyeh terharu makkk~

Muahaha.

Sebenarnya takde benda nak diupdate. Saja nak buang masa korang. HAHA.


That, happen everytime. Tak tahu dari mana nak cari kekuatan untuk ignore that person. Sekarang, aku tak layan dia sebab aku takde kredit. Aku rasa ianya idea yang bagus. Tak payah topup selama yang mungkin so aku tak payah layan dia kan?

Bijak tak idea aku? Ngeee :D


click, click, click! ;)

Tuesday, February 14, 2012

Jujurlah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Matahari sudah menunjukkan dirinya. Alhamdulillah, hari ni aku masih bernafas dan berpeluang jalani kehidupan hari ni. Susu yang siap dibancuh dibiarkan sejuk. Banyak kerja yang tertangguh.

Pun begitu, keinginan hati tak boleh dilawan. Menggeledah facebook dan berjalan di blog-blog orang lain menjadi kebiasaan. Heh, ni lah padahnya kalau salah gunakan kemudahan yang tersedia.


Oh oh! Apa yang aku nak share sebenarnya? Aku pun dah lupa. HAHA. Maaf, aku bab bagi intro merapu memang meleret-leret. Pastu main point yang nak disampaikan hilang ditelan masa.

Ececey, apsal ayat aku jiwang-jiwang je ni? Grr...

Anyway, final exam is just around the corner. Draft schedule untuk final ni pun dah keluar. Ngeee practical final exam lagi lah dah makin hampir. Tinggal dua minggu je lagi beb! Acane? Dah la recipe book pun tak buat satu hape pun lagi. Gulp! Aku memang suka cari masalah. Hikhik.


Ahhh aku rindu ibu! Dah setahun lebih kot tak jumpa ibu. Rindu sangat. Even mak aku pun aku rindu walaupun baru seminggu++ tak balik rumah.

Manja? Nak kata aku manja? Katalah, tak heran pun. Yes, aku memang manja! Cengeng, mengada-ngada, gedik, blablabla. Biarlah, at least aku tak menyusahkan orang.

Okey, mungkin aku ada menyusahkan orang yang dekat dengan aku tapi tapi tapi biarlah. Itu je la cara aku nak bagi diorang ingat kat aku. Kan? Hehe.


Aku tak kisah kalau orang tak suka aku sebab aku tak cantik, hodoh, tak ayu, etc. Tapi aku sangat kisah kalau orang benci aku sebab perangai buruk aku. So, please let me know perangai buruk aku yang korang tak suka. Yang korang benci sangat, yang buat korang rasa nak lempang aku lelaju sampai melekat kat dinding.

Deal?
Nice.
Till then, see ya!

"kenangi hari semalam, perbaiki hari ini, positif hari esok."

click, click, click! ;)

Sunday, February 12, 2012

Itulah gunanya sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Sabtu pagi. Seawal jam 7.00 pagi, aku dan kawan-kawan dah bangun siap-siap nak keluar rumah. Kami sepatutnya ada meeting dengan kak Ayu. Don't bother who kak Ayu is. Aku harap dia hanya iklan yang tak laku dalam hidup aku.

Kenapa iklan yang tak laku? Sebab iklan tak laku takkan ditayangkan berulang-ulang kali. Kan? Ke tak?
Okay, back to the topic!

Bila kitorang dah siap dan bergegas pergi ke tempat yang dijanjikan, kak Ayu boleh cancel pula meeting tu. At the moment, kitorang dah pun ada kat tempat yang dijanjikan tu. Macam apa je perangai kakak ni. Sabar je lah dengan manusia macam ni.

Hidup tak pernah mudah, malah makin lama hidup makin menghimpit dada membuatkan kita sukar nak bernafas. Syukurlah, aku tak keseorangan. Alhamdulillah, Allah gives me friends who always stick around and concerned about myself.


Memang tak dinafikan kadang-kadang kami berselisih faham, terasa hati, melukai satu sama lain dan seangkatan dengannya. Tapi hei, mana ada manusia yang sempurna!

Mungkin kadang-kadang apa yang mereka cakap tu betul tapi kita terlalu ego untuk menerima nasihat dari mereka yang membuatkan kita berkecil hati. Padahal apa yang mereka cakap itu sememangnya baik untuk kita.

Sebab itulah pentingnya english education kita belajar menerima. Kalau kita cuma mahu orang mendengar apa yang kita cakap tanpa mahu memberi peluang kepada orang lain untuk mengeluarkan idea mereka, fikirlah, sejauh mana kita akan pergi. Sikap macam ni boleh buat orang lari jauh dari kita.

Dan apa yang lebih teruk lagi bila diri dah dipulaukan, kita letakkan kesalahan atas bahu orang lain. Menuding jari menyalahkan orang lain. Membuat kesimpulan bahawa orang lain terlalu ego, berlagak bagus dan sebagainya. Kesian dengan orang macam ni.

Anyway, aku takde lagi kawan yang macam ni. Kawan-kawan aku semuanya jenis yang memahami dan suka memberi sokongan disamping menerima pendapat orang lain.

[dari kanan: amir, que, ella, hani]

Mereka di atas antara kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku. Aku dengan diorang dah macam adik beradik.

Oppss, jangan sedih kalau gambar kawan-kawan aku yang lain tak termasuk dalam ni. Aku tetap sayang dan hargai kehadiran korang dalam hidup aku. Terima kasih sebab masih jadi kawan aku walaupun aku tak ambil berat pasal korang.

Nasihat korang, sikap prihatin korang, kasih sayang korang sentiasa jadi penguat semangat untuk aku terus tabah jalani kehidupan yang entah bila penghujungnya ni.


Not to forget my family members who always support me in any situation, condition, circumstance and what not(it's all carry the same meaning anyway!) HAHA. Much love! 

click, click, click! ;)

Saturday, February 11, 2012

Aku semakin membosankan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hai! Maaflah lama tak update. Takde apa yang seronok untuk dikongsi. Mata masih pedih sebab menangis siang tadi.

Ada satu benda je aku nak share.

Jangan marah orang kalau diorang tak ikut peraturan. Tengok balik diri kita, adakah kita ni mengikut peraturan? Dan jangan mengharap orang akan balas kebaikan kita. Sedangkan kita pun tak membalas kebaikan orang lain.

Aku sayang semua orang. Boleh tak macam ni? Hehe.
Okay dah, bye!

click, click, click! ;)

Friday, February 3, 2012

February

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


3rd February.
Boleh cakap masa pantas berlari tak? Ke cliche sangat? Ah peduli pula aku cliche ke tak kan.

Aku suka bulan February. Eh, bukan sebab hari valentine. Tak. Tak langsung.

Entah, aku memang suka bulan February. Sejak aku di tingkatan empat. HAHA.


Opps. Okey, dah takde pape nak taip. K, bye!

click, click, click! ;)