Thursday, August 23, 2012

Random update

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hai u'olls! Salam AidilFitri, maaf zahir dan batin. Jangan tanya banyak mana aku dapat duit raya, memang takde la sampai RM 10 pun sebabnya, orang beraya, aku bekerja.

raya @ kfc sec 15

Nasib baik aku kerja petang, dapatlah juga feel hari raya masa pagi pagi raya tu. Sampai sampai kfc, lengang takde orang. Staff je ramai customer sorang je yang dok melepak kat situ. Itu yang kitorang camwhoring bagai nak rak tu. Huuu, haru.


Raya kedua dah start ramai orang. Pelik jugak aku, tak beraya ke diorang ni? Raya ketiga ngan keempat punnn sama jugak. Order besar besar, nak buat open house makan kfc, ermm tak feeling laaa raya makan kfc. Kan? Kan?


Aikk, macam bukan gambar raya je ni. Haha. Memang bukan pun. This is our assignment. We're assigned to  set the table in English style. Mahu menggelupur kitorang bila diberitahu yang kami kena keluarkan kos sendiri untuk asignment ni. Luckily, kitorang dibantu oleh salah seorang lecturer yang sudi meminjamkan pinggan dan cutleries. Kalau tak, memang kena keluar modal besar la.

please have a seat n eat the bun, only the bun :P

Wait, apsal aku boleh lari topik ni. Ahh, aku bukan nak cerita pasal raya pun. Its random. Lama dah aku tak update blog ni. Banyak cerita yang tergendala.

yes, only the bun :)
Next project, will be tricky & troublesome too. Haizz, not sure wether we can do our best or not. There is not enough time to get things done. Arghh so many work need to be done. It's okay, one step at a time and it will be good. Hopefully.

krisis rumah tangga. eh?

have a break, have a kitkat
coo cuwitt
"When your past calls, don't answer. It has nothing new to say." That,s right. I'm start a new life and I can see the light through it. I'm now a happy person. Thank God.

Till then see ya! Jemputlah datang beraya kat rumah. Have a wonderful Raya u'olls!

click, click, click! ;)

Thursday, August 16, 2012

Membebel

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Dah lama tak menapak kat sini. Bak kata kawan aku, duk sibuk baca blog orang lain, blog sendiri tak terupdate. Dari ayat tu, kita boleh nampak yang aku bukanlah takde masa untuk melayari internet, aku cuma takde idea nak update pasal apa.

Tapi idea tu banyak sebenarnya cuma nak mereka dan mengarang ayat tu yang buat aku malas nak update.

He never leave us

Hidup aku sekarang? Biasa. Sibuk? Semestinya. Macam mana pun, aku bersyukur sebab masih berkesempatan untuk berpuasa tahun ni. Pejam celik, pejam celik tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan al-Kareem akan meninggalkan kita. Tahun depan entah sempat ke tak nak sambut Ramdhan lagi.


Walaupun cara aku cakap bajet baik tapi aku tak la baik. Ramadhan tahun ni dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Ibarat nasi yang dah jadi bubur, kesal pun dah tak guna lagi.

kena btg hidung sendiri. padan muka!

Lagu raya dah berkumandang sejak 2nd week of Ramadhan lagi but now baru terasa kehilangan something. Err, don't know how to express my feeling through words. Pfftt~

Apa lagi nak cerita? Oh ya! Alhamdulillah, hati aku semakin pulih dari luka silam. Walaupun masih berparut tapi tetap bahagia. Hmm, dalam hati ada taman? Nope! Dalam hati ada cinta. Eww jiwang la pulak. Okay, skip this part since its not the time yet.

He always did

Study? Not so good. Kerja? Penat la, of course. Nak nak lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni. Kadang-kadang rasa geram tu datang sebab bila rasa penat, confirm malas nak terawih. Tskkk.

I hate myself for being lazy and tired all the time :'(

Arghh emo sudah. Nanti kalau ada masa aku update lagi. Please do well in your life, seek for Allah forgiveness and blessing. Hmm, note to myself.

click, click, click! ;)

Saturday, June 30, 2012

Harapan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

cute. so aku letak. problem?

Aku kembali pada habit yang lama, memerhati orang. Sebenarnya aku tak pernah tinggalkan habit ni. Heee.
Setiap orang ada harapan yang tersembunyi dalam hati mereka. Mungkin apa yang terlukis pada wajah mereka sama dengan apa yang ada dalam hati atau mungkin sebaliknya.

Harapan sangat berkait rapat dengan penantian. Am I right?
Let see, bila kita menunggu seseorang mesti ada terselit harapan dalam hati kita like berharap orang yang lalu lalang tu adalah orang yang kita tunggu. Kan?

Most of the time kita selalu berharap penantian kita takkan jadi sia-sia. Tapi most of the time juga, penantian kita selalu berakhir dengan kekecewaan, kegelisahan, kemarahan, kebencian dan seumpama dengannya.


Why? Pernah tak kita fikir kenapa jadi macam tu? Pernah tak kita letak diri kita dalam situasi menjadi orang yang ditunggu? Pernah tak kita cuba faham apa yang berlaku sebenarnya?

Frankly speaking, I hate waiting. It takes a lot of time. Tapi bila fikir balik, benda yang kita benci tu la yang kita kena buat. Jadi untuk tak membazirkan masa menunggu, aku buat benda yang boleh bunuh masa tu. Know what I'm saying?


For example, sambil menunggu bas, kita boleh membaca, boleh bersembang, boleh main basikal. Okey, joke. Nak lagi best boleh bersabar. Relax, Allah sentiasa dengan orang yang bersabar. Kalau semua pun kita tak boleh buat, jangan naik bas, cari teksi. See, there always a way to solve problem. Ngehngeh.

Ini cuma contoh. Tak semestinya masa tunggu bas je boleh apply benda-benda kat atas tu. Sementara tunggu dapat kerja pun boleh cari alternatif lain juga. Come on, takkan semua aku nak kena bagi contoh. Korang kan dah besar, boleh fikir sendiri kan?

Apa yang aku nak highlightkan kat sini ialah penantian dengan harapan semata-mata memang tak kemana la kawan. Untuk pastikan harapan tu tak menjadi sia-sia kita kena lakukan sesuatu. Sesuatu yang aku maksudkan tu ialah sesuatu yang berfaedah. Tolonglah jangan cari sesuatu yang merosakkan diri sendiri dan orang awam. Tahulah korang tak belajar sivik!


chill


Okey, maaf, aku ter'emo'. Kata-kata akhir dari aku, jangan suka exaggerate. Kalau kantoi kan malu.
Have a nice weekend. Till then, see ya! :D

click, click, click! ;)

Friday, June 15, 2012

Semester 3!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"When you lost something you can't replace.
When you love someone but it goes to waste.
Could it be worst?"

Semester 3 dah mula sejak seminggu yang lepas. Phewww, sekarang baru dapat update. Walaupun semester lepas cuma semester pendek tapi dia punya sibuk mengalahkan semester panjang.


Semester ni setiap hari ada kelas pagi. Well, bangun pagi? It's not a big problem. Ngehngeh.

Anyway, there are so many things had happened to me recently. Lost someone that I used to called best friend. It never ever happened before and I really hope that it will never happen again. Such a tragic experience. Pftt.

Working while studying. Whoaa! I really appreciate all the experiences I collected from there. Sweet memories. Working experiences really taught me valued the time I have. No me time, no lepaking, I could said, no life at all. Balik kelas, mandi, siap pula pergi kerja. Hari minggu langsung tak boleh balik rumah. kerja dari pagi sampai peatang kadang-kadang bawa ke malam. Masa nak buat assignment sangat terhad. Balik dari kerja ada lagi kerja lain menunggu. Tidur berapa jam je. Lepas tu jadual rotate macam biasa.

Penat? Tak terasa langsung bila awal bulan gaji masyukkk. HAHA.


This semester I decided to focus more on study and that's the reason why I quit from my work. It's cliche. I know. Hehe. Deep inside my heart there's something that make me quit but I'm not going to tell others. Please allow me to keep it to myself. *No one ever wondered, by the way.*

That's all for now. Have a nice weekend! XOXO :)

click, click, click! ;)

Thursday, May 17, 2012

Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Aku dah penat jadi bodoh. Aku harap lepas aku langsaikan hutang aku dengan dia, aku boleh hilangkan diri dari dia. Aku terlalu sayang dia sampai aku jadi bodoh. Susah untuk aku lepaskan dia. Aku tak tahu apa lagi yang aku kena buat untuk lari dari dia.

Duhai hati, bertahanlah.


Aku taknak jadi bodoh lagi. :'(

click, click, click! ;)