Showing posts with label ayat-ayat cinta. Show all posts
Showing posts with label ayat-ayat cinta. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Pengisian

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Alamak aii jambunya mamat depan aku ni. Sepantas kilat lagu I knew I loved you yang dinyanyikan oleh Savage Garden berdendang dalam fikiran Alisya. Terbayang sekali scene dalam MV tu macam apa yang dia tengah lalui sekarang.

Jejaka di depannya di pandang dengan ekor mata. Pehh muka baby face habis! Putih, gaya memang maskulin. Cair babe, cair! Nak nak lagi kalau dia senyum, alahai rasa macam nak pitam.


Alisya perasan mamat tu senyum kat sorang pak cik yang duduk sebelah dia. Ada lesung pipit. Aduh, perfectnya mamat ni. Kalau la aku dapat. Alisya masih dengan angan-angan mat jeninnya.

Rasa tak puas pula tengok dengan ekor mata je, Alisya mengalihkan pandangannya menatap wajah tampan mamat tadi tapi tak lama. Zupp! Tersentah mak nyah, dia pandanglah pula. Aisehh kantoi sudah. Merona merah pipi gebu Alisya bila renungannya ditangkap oleh jejaka di hadapannya.


"Petaling Jaya" pengumuman yang dibuat dua kali itu melegakan hati Alisya. Masa untuk turun. Pantas Alisya bangun dari duduknya. Sempat dia mengerling lelaki yang menarik perhatiannya itu sambil berbisik, "Aduh, aku dah jatuh. Jatuh cinta pandang pertama." Tersungging senyum kambing di bibirnya.

**********

Pftt. Sadisnya definisi cinta yang kita bayangkan. Cinta pertama. Cinta pandang pertama. Cinta sekunder. Cinta monyet. Cinta tiga segi. Cinta dunia. Heh.


Aku bersyukur sebab dipilih untuk menonton video ni. Aku buat keputusan untuk kongsi dengan orang lain supaya tak nampak macam aku ni pentingkan diri. Orang kata barang baik patut dikongsikan dan orang putih cakap, "sharing is caring." Video ni agak panjang dan tiada sambungan tapi apa yang ditayangkan dalam video ni banyak isi yang boleh kita cedok dan jadikan teladan dalam hidup kita yang tak tahu berapa jauh lagi.

Kalau kita ada banyak masa untuk online facebook, tengok cerita korea, layan macam-macam video kat youtube, main game, layari blog dan laman web yang pelbagai, takkan kita takde masa untuk isi sedikit rohani kita dengan video macam ni, kan?

Kesian rohani kita, dah semakin kurus agaknya dia. Kita semua nak jadi baik dan aku tak terkecuali so, segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk tu aku minta maaf atas kelemahan diri ini.

Enjoy the video. InsyaAllah terisi rohani. ^_^



click, click, click! ;)

Thursday, August 16, 2012

Membebel

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Dah lama tak menapak kat sini. Bak kata kawan aku, duk sibuk baca blog orang lain, blog sendiri tak terupdate. Dari ayat tu, kita boleh nampak yang aku bukanlah takde masa untuk melayari internet, aku cuma takde idea nak update pasal apa.

Tapi idea tu banyak sebenarnya cuma nak mereka dan mengarang ayat tu yang buat aku malas nak update.

He never leave us

Hidup aku sekarang? Biasa. Sibuk? Semestinya. Macam mana pun, aku bersyukur sebab masih berkesempatan untuk berpuasa tahun ni. Pejam celik, pejam celik tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan al-Kareem akan meninggalkan kita. Tahun depan entah sempat ke tak nak sambut Ramdhan lagi.


Walaupun cara aku cakap bajet baik tapi aku tak la baik. Ramadhan tahun ni dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Ibarat nasi yang dah jadi bubur, kesal pun dah tak guna lagi.

kena btg hidung sendiri. padan muka!

Lagu raya dah berkumandang sejak 2nd week of Ramadhan lagi but now baru terasa kehilangan something. Err, don't know how to express my feeling through words. Pfftt~

Apa lagi nak cerita? Oh ya! Alhamdulillah, hati aku semakin pulih dari luka silam. Walaupun masih berparut tapi tetap bahagia. Hmm, dalam hati ada taman? Nope! Dalam hati ada cinta. Eww jiwang la pulak. Okay, skip this part since its not the time yet.

He always did

Study? Not so good. Kerja? Penat la, of course. Nak nak lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat ni. Kadang-kadang rasa geram tu datang sebab bila rasa penat, confirm malas nak terawih. Tskkk.

I hate myself for being lazy and tired all the time :'(

Arghh emo sudah. Nanti kalau ada masa aku update lagi. Please do well in your life, seek for Allah forgiveness and blessing. Hmm, note to myself.

click, click, click! ;)

Wednesday, March 21, 2012

Ayat-ayat cinta.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Orang yang mendapat penghargaan Allah.

"Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu/berjihad/berpuasa), yang ruku', yang sujud, orang-orang yang menyuruh ke arah ma'ruf dan mencegah mungkar dan orang-orang yang memelihara hukum-hukum Allah. Gembirakanlah orang-orang mukmin itu." ~ Surah At-Taubah ayat 112.

Subhanallah.
Sedangkan bila kita mendapat penghargaan manusia pun kita sudah rasa seronok dan berbesar hati.
Bayangkanlah jika kita mendapat penghargaan dari Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alangkah bahagianya.

click, click, click! ;)