Thursday, May 17, 2012

Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Aku dah penat jadi bodoh. Aku harap lepas aku langsaikan hutang aku dengan dia, aku boleh hilangkan diri dari dia. Aku terlalu sayang dia sampai aku jadi bodoh. Susah untuk aku lepaskan dia. Aku tak tahu apa lagi yang aku kena buat untuk lari dari dia.

Duhai hati, bertahanlah.


Aku taknak jadi bodoh lagi. :'(

click, click, click! ;)

Tuesday, April 24, 2012

Mendungkah selamanya?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Bila diberi ujian olehNYA aku tak mampu menanggung sehinggakan aku meletup. Apa yang aku nampak, salah dia dan tiada sedikit pun salah aku. Memang aku masih belum cukup bersabar dalam menghadapi dugaan yang datang. Buntu memikirkan cara dan jalan untuk berdepan dengan hari-hari yang mendatang. Terasa lelah untuk bernafas, putus asa untuk terus bertahan. Semoga Allah mengampuni aku sekiranya aku tidak bertegur sapa dengannya. Aku terpaksa akur dengan kehendaknya.

click, click, click! ;)

Thursday, April 19, 2012

Biasa saja.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Teheeee. Hai u'olls! Rindu nak meluahi perasaan kat sini nye pun tapi seperti biasa bila dah depan lappy terus blank tak tahu nak update pasal apa.

Itu salah satu sebab la selain dari kesibukan yang melandai diriku ini nye pun. HAHA. Annoyed. I know. :p

Anyway, ramai sangat dah kawan-kawan aku yang dengar-dengarnya nak bertunang pertengahan bulan ni dan melansungkan kenduri hujung tahun ni. Alhamdulillah, aku happy dengar berita-berita gembira macam ni. Kadang-kadang rasa macam aku pula yang terlebih excited.


Oh, next week dah start mid semester examination! Grrr, aku tak ready apa pun lagi. Assignments pun banyak tak settle lagi. Tsk, aku dah tak pandai bahagi masa. Sedihnya.

Satu hari ada dua paper then finish! Tak tahulah boleh buat ke tak semester ni. Aku rasa hidup aku macam huru hara je semester ni. Padahal bukan banyak subjek pun aku ambil. Pfttt.

Takde mood dah nak update. Huu.
Till we meet again. Daaa~


click, click, click! ;)

Sunday, April 1, 2012

Why blogging?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


First week of lecture had finished. Alhamdulillah, everything went smoothly even it's a bit dull and gloomy without a complete group members. Sigh.

Kelas tak pack sangat. Paling teruk pun dua hari je balik pukul 6.00 p.m. Semester ni aku cuma ambil tiga subjek. Lecturer pun hmm not bad, seronok nak masuk kelas. So far. Hopefully sampai hujung semester la macam tu. Teheee.

Oh back to the topic aite?


Kenapa aku buat blog? Blog is one way to speak my heart out. Aku seorang yang sangat pendiam kalau takde someone or something yang approach me to speak. So kebanyakkan masa aku habis kan dengan bemonolog sendiri.

Pernah nampak orang yang bercakap sorang-sorang? Pernah tengok kadang-kadang mereka tersenyum sendiri tanpa ada handphone di tangan? Well, kalau senyum depan handphone tu lain cerita. Ini, dia cakap sorang-sorang, senyum sorang-sorang sampai kadang-kadang dahi kerut seribu sebab tak faham dengan keadaan sekeliling. Yeah, that's me(oh what a shame).

Aku suka diam dan berfikir. Dan bila apa yang aku fikir tu aku rasa aku patut dikongsikan, aku akan luahkan dekat blog. Kadang-kadang ada lah jugak aku cakap kat kawan-kawan tapi kadang-kadang lagi senang kalau menulis. Sebab aku jenis yang lambat menyusun ayat kalau nak luahkan dari segi percakapan. Aku lebih selesa menulis kerana aku ada masa untuk fikir dan edit balik penulisan aku.

Seperti pepatah ada menyatakan, " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. "


Tapi aku tahu, kadang-kadang melalui penulisan juga orang boleh tersinggung. Jadi, aku minta maaf pada siapa-siapa yang tersinggung dengan apa yang aku luahkan di blog. Bukan niat aku untuk menyinggung perasaan sesiapa. Sebolehnya, aku ingin berkongsi ilmu dan kebaikan yang aku tahu dengan readers semua.

Satu hari kalau aku mati dan blog ni terbiar macam tu saja, sekurang-kurangnya aku tak terkilan sebab share benda yang mengarut. Itu je hajat aku. Kalau ada terkurang maafkan aku k? Heee.

Till then, see ya!
Enjoy your weekend (^_^)v

click, click, click! ;)

Friday, March 30, 2012

Ironi.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Hah, baru nak nampak batang hidung kau! Ingatkan dah sesat, tak ingat jalan nak balik rumah." Shahir tersentak dengan sergahan dari Encik Hairi, bapanya. Tetapi dia berlagak biasa, menonong masuk ke dalam biliknya tanpa beri respon pada Encik Hairi.

"Ish awak ni, dia kan baru balik tu. Cakap la elok-elok sikit." Puan Salmah menegur suaminya.

"Huh tu la awak, manjakan sangat dia tu. Kita cakap dengan dia, dia boleh buat tak reti je. Rumah ni dah macam hotel! Dia balik untuk tidur semata-mata, yang kita ni dah macam tunggul."

"Aik, saya pula yang kena? Habis awak tu--" belum sempat Puan Salmah menghabiskan ayat, dilihat anak lelaki tunggalnya itu keluar dari bilik menuju ke pintu utama. "Eh, Shahir nak pergi mana ni?"

Teguran ibu mematikan langkah Shahir. "Keluar, ada group discussion. Pergi dulu ibu."

"Kan baru balik? Makan la dulu." ucap Puan Salmah.

Shahir menggeleng. "Ada member tunggu dalam kereta." Ringkas jawapan Shahir. Puan Salmah membontoti langkah Shahir ke muka pintu. Terkejut dia melihat seorang gadis di sebalik dinding di muka pintu tersebut.


"Assalamualaikum aunty," Lembut suara yang menyapa diiringi dengan huluran tangan si gadis.

"Wa'alaikumsalam," huluran disambut. Kaget. Malu.

Encik Hairi yang tidak tahu apa yang berlaku di luar masih memarahi Shahir, "Tengok la tu, balik ambil barang lepas tu keluar. Haa elok sangat lah tu."

"Ibu, Shahir pergi dulu ye." Puan Salmah hanya mengangguk. Pandangannya berselang-seli antara Shahir dengan gadis tadi. Tidak lekang senyuman di bibir gadis itu. Dia masih tercegat di muka pintu sehingga kereta anaknya hilang dari pandangan.

"Awak ni kenapa? Budak tu buat salah awak marah, dia pergi study pun awak bising. Awak nak dia duduk bawah ketiak awak je ke?" Puan Salmah jadi sebal. Dia menarik grill dan daun pintu kemudian meninggalkan suaminya di ruang tamu.



"Sorry 'bout that," ujur Shahir mematikan runag sepi antara mereka di dalam kereta.

"No worries," balas Shafiqa sambil tersenyum. Sungguh otaknya ligat berputar mencari ayat yang sesuai untuk meminta maaf kerana keluar dari kereta tadi.

"You shouldn't get out from this car, ain't you?"

"Yeah, sorry 'bout that. I thought it's just not nice to sit in here without meeting your parents and greet 'em."

"Y'know, you don't have to do that to my parents. They never care with whom I'm going out with." Terbeliak mata Shafiqa mendengar kata-kata Shahir.

"Kenapa awak cakap macam tu? They are your parents and of course they care 'bout you. If not, takkan la diorang risaukan awak." Shahir gelak sinis.

"Risaukan saya?" Shahir menggeleng. "Entah bila masa diorang risaukan saya. Yang diorang tahu, lepaskan geram pada saya dan marahkan saya. Itu saja." Shafiqa memusing badannya menghadap Shahir yang fokus pada pemanduannya.

"Marah tu tandanya sayang. Awak tak pernah dengar ke?" Shafiqa mengetap giginya melihat gelagat Shahir yang tiada riak menyesal dengan kata-katanya. "Sekurang-kurangnya awak ada ibubapa." rendah suara Shafiqa. Badannya kembali ditegakkan memandang ke jalan raya yang masih banyak dengan kenderaan.


Shahir memandang gadis itu sekilas. Dia memang tak pernah rapat dengan Shafiqa tapi yang dia tahu gadis itu dibesarkan di rumah anak-anak yatim piatu.

"I prefer your part." serius suara Shahir sekali lagi membeliakkan mata Shafiqa.

"What do you mean? For you it's better to be like me? No parents at all?"

"Yeah." Shafiqa beristighfar perlahan mendengar jawapan Shahir.

"Jangan bercakap ikut perasaan. Awak tengah marah, tengah sakit hati sebab tu awak cakap macam tu." Gadis itu menarik nafas dalam-dalam. "Awak tahu tak betapa orang macam saya inginkan ibubapa? Someone who cares, gives advice, corrects when you gets wrong and what not."

"Awak tak kenal ibubapa saya. Diorang bukan macam ibubapa orang lain." Shahir masih kuat berpegang pada pendapatnya.

"Setiap orang ada cara yang tersendiri nak didik anak-anak mereka." Bidas Shafiqa.

"Still, I prefer your part." Shafiqa diam. Bukan kelu, tapi dia terfikirkan sesuatu. Shahir yang memandangnya sekilas perasan senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

"Kenapa awak senyum? Setuju dengan pendapat saya?" Shahir senyum bangga.

"How ironic people are, right? Bila Allah bagi hujan, kita mahukan matahari. Tapi bila Allah dah bagi matahari, kita nak hujan pula." Senyuman masih melekat di wajah Shafiqa dan Shahir hanya diam terkelu.



click, click, click! :)