Sunday, June 30, 2013

Ragam

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Masa kecik kecik dulu ingat lagi bila kena marah dengan mak atau ayah mesti kami adik beradik berkumpul kat satu tempat. Takut. Kena marah mestilah takut. Pastu masing-masing cari idea macam mana nak bagi mak ngan ayah tak marah lagi.

Hahaa serius bila teringat balik rasa comel pula perangai masa kecik kecik dulu.

Lain pula perangai masing-masing bila dah besar. Semua buat hal sendiri, semua ada komitmen sendiri. Sekali sekala bila adik aku balik rumah barulah duk sembang-sembang dengan dia. Abang aku pula sejak belayar ni rajin mesej aku. Mesej minta nombor kawan-kawan perempuan nak berkenalan katanya. Sorilah, permintaan yang tak boleh dilayan. -_-

Aku baru lepas hantar adik aku kat ktm. Dia kena balik Kuantan. Banyak kali juga dia mengeluh taknak balik sana. Katanya kat sana takde life. Bertahan je lah dik, setahun dua je lagi. Bukan selama-lamanya kat sana. Kalau mak ngan ayah ada kat sini mesti diorang hantar kau balik Kuantan.

Everytime aku ngan adik aku sembang mesti dia akan tanya soalan, "Angah bila kau nak kahwin?" Pastu dia akan membebel cakap nanti kalau lambat-lambat tak laku blablabla. Eleh bajet sweet la tu concern pasal aku. Padahal dia yang tak sabar nak dapat abang ipar. Kahkah.

I wonder adakah dia tanya soalan yang sama pada abang aku.


Semoga mak dan ayah sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Monday, June 10, 2013

Random

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Semester baru dah startttt.....! Excited? Nope, never. Just excited dan tak sabar nak tamatkan degree. Tu aje.

Cuti semester two weeks dan aku ambil keputusan untuk kerja daripada habiskan masa dekat rumah. Bukan tak suka duduk rumah cuma there's no one at home.

So, first class pagi tadi dah dapat assignment dan deadline untuk assignment tu, Next. Week.

Next week? Alaa, ada enam hari lagi, rileks dulu. Golek golek kat katil sambil peluk teddy bear dulu, duk update blog cerita benda takde pekdah dulu, ye dak? Hahaa.

Okay, cut it short. Sebenarnya banyak benda yang duk tengah serabut dalam kepala aku ni. Kadang tu rasa susah nak express all the thoughts into words. Kalau boleh share memang dah lama aku share kat sini. Mungkin sebab tu jugak aku jarang update blog.

Hahaa boleh pakai jugak alasan ni. ;p

Tapi betul, itulah apa yang aku rasa and I believe there's lot of people kongsi masalah yang sama dengan aku. Haihh, aku harap aku seorang yang talkative. Eh, macam takde kaitan.

Sometimes I look at people and wonder how they've made it this far. I mean how they choose their path of life and keep moving on.


At the end, aku sendiri tak tahu macam mana nak tamatkan entry ni. Maklumlah, otak tengah serabut. I'll just hold to something that I believe the most.

"And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him" [Qur'an 65:3]

Wednesday, May 29, 2013

Moment

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Badan seram sejuk macam orang nak demam. Hopefully tak demam. Tsk. Kalau demam makin malas la diri yang dah sememangnya malas ni.

So, macam yang aku cakap, aku nak cerita pasal beach aite? Ceh, bajet macam exclusive sangat je cerita tu. Hahaa. Taklah exclusive as you imagine.

Ceritanye camni, last two weeks classmate aku cakap dia pergi PD sejam je dari Shah Alam and I was like "seriously??!" Aku memang fanatik dengan pantai. Suka gila kalau nak lepak lepak kat pantai tapi membayangkan pantai pantai yang indah memang tersangatlah jauh, aku pendam je la.

Tapi bila classmate aku cakap camtu, aku terus teruja. Lepas kelas terus ajak geng geng aku pergi PD. Paling kelakar I kept buzzing their ears 'bout going to PD. Macamlah best sangat PD tu kannnn.

Eh, kisah plak aku? Dah aku suka pantai, suka hati akulah en en en? Hahaa yang emo tiba tiba ni kenapa pulak?

Plan ala kadar je. Kitorang decide nak pergi lepas exam. Final aku habis awal, hari selasa dah habis tapi kitorang gerak hari khamis since ada lagi yang tak habis exam. Petang jugaklah kitorang gerak dalam pukul 5 lebih sebab nak tunggu habis kerja segala bagai.


Nampak tak muka teruja aku? Chubbynye saya =_=* Celah mana diorang cakap aku dah kurus pun aku taktau.

Ok sambung cerita. Kitorang dengan taktau jalannya main redah je highway tiba tiba tank minyak menyala pastu jalan jam. Oh memang berdebar kot time tu tapi wat rilek je. Alhamdulillah kitorang sempat sampai RnR Seremban. Then we continue our journey. Dah taktau jalan guna la gps tapi salah jalan jugak. Biasalah, gps bukan boleh percaya sangat. Hahaa realitinya kau yang tak reti guna. Dushhh!~


Aku tak ingat kitorang sampai pukul berapa. Bila sampai je terus turun laju laju pergi pantai. And the best part is, tak ramai orang dan tak panas. Teheee~


Sempat la tengok matahari terbenam. Subhanallah, cantik sangat.








Gambar tak ikut turutan. Maklumlah, orang 'rajin'. Okeh, that's it. Hutang dah lunas. Till then, take care! :D

click, click, click ;p

Phew...

Bismillahirahhamanirrahim.
Assalamualaikum.


Semalam aku pergi servis persona setelah berkurun tangguh. Nasib baik persona tak pernah buat hal sebab asyik bertangguh bawa dia pergi servis.

Masa mekanik tu sibuk godek godek persona, aku tanya "Kereta ni banyak problem kan?". Mekanik tu terus sengih macam kerang busuk. Perempuan kalau kena lamar pastu dia sengih sengih tu tandanya dia setuju.

Tapi mekanik tu bukan perempuan dan dia bukan kena lamar pun. So sebenarnya kereta aku ni dah tahap nazak ke apa? Aku jadi confius sendiri.

Jawapannya, yes. Mekanik tu cakap kereta tu banyak problem. Ada dua benda yang dia cakap rosak tapi aku lupa apa dia. Well perempuan, kalau pandai isi minyak petrol pun dah kira hebatlah. Kalau cakap pasal part-part dalam kereta memang langsung tak tahu.

Ke aku je yang macam tu? Ok, cut it short. Conclusionnya, kereta tu memang kena buat major servis. Nantilah, kena kumpul duit dulu.


Lama juga aku tak update en? Sorry for the long pause. Aku busy gila short semester lepas, macam tak cukup tanah aku dibuatnya kehulu kehilir sampai ramai orang tegur yang aku dah kurus. Hahaa I don't know whether it's a good thing or what.

Sekarang aku tengah cuti sem, so bolehlah rileks sikit. Itu yang last week aku ajak kawan kawan aku pergi beach. Tenangkan fikiran la kononnya. But it works! Alhamdulillah, seronok tengok pantai, ambil udara segar sikit. Segar ke masalahnya? Hahaa.

Aku cerita lain entry la pasal beach ni. Soon. Kalau aku rajin. Teheheee ;P

Till then, take care u'olls!

click, click, click! ;)

Wednesday, May 1, 2013

bintang

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

dalam banyak2 bintang, satu je yang berjaya curi tumpuan saya :'D

sometimes life gets tougher, but I guess with you by my side I can always draw a smile at my face. somehow I wonder, can we make this forever? because my past has gave me a bad perception about relationship.