Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Newborn

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

I am in the middle of setup another blog. Say whhhhaaatt?

Heh, it is wordpress to be specific. Why? Because my lecturer asked us to setup a blog that contain eight reviews of food and eight recipes to share. Dang!


Ada satu blog pun susah nak update. Ni kan pula dua blog. But hey, I guess my priority would be the new one la kan. Bukan sebab dia baru dan lagi best which I am not sure best ke tak tapi sebab it is part of my assignment u'olls. Grrr...

And 'us' here refer to all the students who taking FOOD CRITIQUE subject. So kalau nak buat review pasal food kena tangkap gambar makanan, aite? Mestilah! Takkan nak tangkap gambar diri sendiri (macam yang kat atas tu) pula kan? Well, my point here is, don't judge me as I'm having mental disorder okay? Pretty pleaseee. :P

Anyway, siapa yang buat article pasal orang yang tangkap gambar makanan ada masalah mental ni? Grrr... jeles lettew tak dapat makan best-best. Haha!

I'm  joking! Nanti kena saman tak pasal-pasal je.

Talking about my other blog, I am give-up on that for now. Sebab internet sangat tak membantu sekarang. Nanti blog dah siap setup cantik-cantik, aku share link kat sini kay!

Till then, have fun. Tatatititutu~


click, click, click! ;)

Thursday, October 3, 2013

Thanx

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Ngee, on the way nak exam ni lah aku demam. Dah lama tak demam tapi sekali kena naahh amekaww, tak boleh bangun lansung.

Alhamdulillah pagi esoknya tu dah sihat. Kalau tak, tak tau la gaya mana nak jawab paper pagi tu. Itupun jawab ntahpape sebab tak sempat baca notes. Wuuuuaaaa!~

Tak sempat pun sebab salah sendiri, ye dok Balqis? Eheh.

So semalam lepas habis jawab paper aku request nak g pantai. Againnn. Hikhik, I just love beaches, naturally. And yah, somebody willing to take me to the beach. Horayy!

PD again! 

Matahari tinggi lagi masa ni, taknak kena sunburn kitorang berteduh dulu belakang pokok kelapa. Hihii.  


sunset u'olls!

Sebelum balik Shah Alam pusing-pusing Seremban cari tempat menarik. Ermm Seremban is quite nice too.


And that, muka budak baru baik demam yang happy sebab dapat pergi pantai dan makan kek.

Till then, see ya! ;)

Monday, September 30, 2013

.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Heyya, miss me?

LOL it's a joke!

So starting this week and next week, I'm busy mending broken pieces of my life. Eh, macam tau je line tu. Wiwiwi.

Dua minggu ni adalah minggu exam sebenarnya. Oh well, student life kan? Kalau cakap pasal minggu exam, tak cukup tanah dibuatnya nak study. Konon... konon la..


In fact, aku sebagai student ni bukannya study pun. Duduk Shah Alam takdenye aku tatap nota nak exam. I was reading my all time fav author punya novel. Balik rumah last week pun, duk ngadap laptop. Konon tinggal novel kesayangan yang tak sempat habis baca lagi sebab nak revise subject yang nak exam minggu ni. Tapi... nan hadooo. Duk ngadap cerite korea adoooo. Hihii.

Spoiled kiddo, ey?

Sakit oii dapat penyakit M ni. Naknak subjek Research. Menangis! Satu ape pun tak paham as if aku x pernah belajar lansunglansung tup.. tup kena duduk jawab final! Sape tak nangis? Tapi masalahnya sekarang bukannya aku tak belajar lansung, aku tak paham lansung!

Nak kata tak masuk kelas, masuk je. Tak pernah skip kelas kot. Ngee. What on earth la kan boleh tak paham. Entah. I don't understand why is this happening. LOL.


Salahkan diri sendiri sebab tak jadi active learner. Okbai!

Oh by the way, wish me luck. I'm sooo nervous for this semester result. Fuhhhh~


click, click, click! 

Thursday, September 12, 2013

Opportunity

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


So this morning I was preparing myself went to college when I got that kind of information. Dengan pakai jeansnye, selamba badak je kan nak jumpa CEO while not wearing formal.

I was shocked for sure sampai aku confirm banyak kali ngan coursemate aku ni. Betul ke CEO nk jumpe kite? Yeke? Bio botoi? Macam dalam mimpi pun ade ni ha den ghaso. Hahaa idk why I used nogoghi punya loghat, btw.

It's a good opportunity for me to meet VVIP walaupun dari dapat berita sampailah time nak meeting tu aku balik balik tanya, "yeke CEO nak jumpe kite?" "nape kite? kite bukan senior pun" "eh nape dorg tak suruh budak lain je? yg slalu join competition ke, yg hebathebat tu?"

Hahaa giler annoyed kan aku ni. I didn't meant to be like that. I was just excited and dalam masa yang sama tak sangka diberi peluang untuk jumpa top management in our campus. Bukan semua orang dapat peluang camni.

There is something in that meeting makes me wonder. Something from Dato' Dr. Junainah which also our CEO said that, "how do you make urself discipline, have a good attitude, make urself as an active learner? dealing with the people with negative attitude? blablabla..."

And nobody can answer her. It's like everything she asked, she already answer it. Contohnya macam mana nak datang kelas on time? And the answer shud be, kena displinkan diri then baru la boleh datang awal. But tak sempat nak jawab dia sambung, macam mane nak berdisplin? (Kena ada good attitude). Macam mana nak dapat good attitude tu? (Kena semangat). Macam mane nak jadi student yang aktif? And it continues...

You know...? I mean, soalan dia in one sentence and sentence in bracket is actually some of my answer.

Eh, I don't know how to interpret it into something understandable.

But anyway, my major concern is how do I actually dealt with negative people? Hmmm... how? Still looking on it.


I kept thinking till I came to realized that, how excited I am to meet top person in my campus but when it's time to meet Allah, the excitement is nowhere. Tsk, I grieve for how bad and disgraceful I am.

Kalau nak jumpa orang penting, sebelum waktu yang dijanjikan tu dah terpacak depan office. Pakaian pun amek berat jugak. Tu belum bahasa lagi, lembut gigi dari lidah!

Ya Allah, betul sedih. Kalau time masuk waktu solat wat dek je, tangguh-tangguh. Dengar azan buat macam tak dengar. Kadang tak jawab pun azan. Doa lepas azan pun kalau teringat or kalau tak bersembang. Solat pun kadang-kadang tak kisah pun pakaian tu kotor ke tak, celah gigi ade cili ke tak. Pastu solat sekejap je, doa pulak something that I reallyreallyreally want. Takde pun ucap syukur atas apa yang Allah bagi.

Sedihnya. I want to change. I really want to change but it's not easy. That's why syurga tu indah, kerana perjuangan itu tak mudah.

I'm sharing this not to proudly show my bad attitude but this is what we should practice. I just realized that people are like that, selalu lebihkan manusia sampai kita lupa siapa sebenarnya yang menciptakan kita dan apa sebenarnya tujuan kita hidup kat dunia ni.

Mom always remind me, "dunia ni adalah jambatan untuk akhirat. Apa yang kita buat kat dunia menentukan apa yang akan kita dapat kat akhirat. The choice is in our hand. Kalau sekarang ni kita struggle untuk syurga, then Allah maha Adil, pasti Dia berikan syurga sebagai ganjaran. Tapi kalau kita hanya struggle untuk dunia semata-mata..., u fikir sendiri la."


And I'm not sharing this because I'm kind of pious. I'm not. I really am not. In fact, aku mungkin lagi teruk dari people outside. Aku cuma manusia biasa yang selalu hanyut dan aku perlukan orang yang sentiasa beri bimbingan sebab sifat manusia, mudah lupa. And I am begging for those yang baca my blog will tegur and advice me whenever I did wrong. Please....

Well I guess that all from me. Till then, see ya!

Thursday, August 15, 2013

Sandiwara cinta

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Currently listening to sandiwara cinta.

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

I've been waited for such a long time. When I was still young you are the only person who I trusted the most. The one I want to build my life together. Now I'm an adult and you still ask me to wait. I can't promise you that I will wait like before. Someone has treated me so well up till the level that I can be a happy girl, act like a typical girl, become talkative without you. I can't let him go just because of you. But the truth is bitter. We know that. My heart still want you. I don't know now. I feel sorry. For him, for me, and for you.


click, click, click! ;)

Wednesday, August 14, 2013

Edisi bumper

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Adoii sekarang ni aku tak tahu la nak gelak ke nak menangis ke nak berguling kat lantai ke nak ape. Hidup sekarang memang huru hara. Sangat la!

Bayangkan, petang tadi aku hantar kereta pergi car wash. Memandangkan car wash tu bawah rumah je, aku pun cakap kat orang yang ambil kunci tu aku ambil kereta bila kedai dah nak tutup.

Guess what? Dah dekat pukul 11 baru aku teringat yang aku pergi basuh kereta and the best part is, kedai tu tutup pukul 10! Memang orang tu dah cakap dengan aku kedai tutup pukul 10 tapi tapi tapiii dekat pukul 11 baru teringat ape cite ni? Ngeee geget jari la aku.

***
Anyway, Selamat hari raya AidilFitri. Sesiapa yang terbaca, membaca dan dibacakan blog aku yang tak seberapa ni, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki lah kalau ada salah silap, terasa hati dengan ayat-ayat aku, terindu dengan updates aku, mohon dimaafkan ye.

Banyak sebenarnya benda nak share cuma tak sempat nak ngadap blog.


Mulakan dengan citer exam la ek. Exam ni masa bulan Ramadhan. Best exam masa Ramadhan tak payah fikir nak lunch kat mana, nak makan apa. Dari pagi sampai petang belajar je la. Berhenti untuk solat fardhu pastu sambung balik. Lepas buka pun sambung revised sampai ke sahur. Ok, sampai sahur tu tipu je. Heee ;p

But yeah, study group kat luar. Mana-mana je lah port kitorang, paling best kat food court tesco tu pun boleh buat notes. Gigih tak gigih la kan. Orang shopping barang-barang nak raya kau dok study. Tak best langsung life kau ni. Huh.

Tempat paling best study kat tanah lapang ni. Ada meja bawah pokok, redup berangin, so far tak riuh dengan suara-suara sumbang, aman, tenang. Huii nyaman! Memang fav port la selain library dengan burger king.

Okay next!



Habis je exam aku request nak pergi shopping cari kasut. Kasut raya la kononnya but the truth is kasut yang aku selalu pakai tu dah haus sampai bocor dah. Well, nothing last forever. Ececey sebenarnya kau yang tak reti jaga. Lol.

Pastu dah pusing satu mall, lepas buka apa semua members ajak makan aiskrim. Aku pun laju je la suka. Apa benda je yang kau tak suka sebenarnye? Ngehngeh. Ceyyy rupanya ajak makan aiskrim tu satu pakatan je nak wat surprise kat aku. Masyehh, memang surprised dan saya terharu. Wuuuu~

Kasut tak jumpa jugak on that day. Sokay, tak dapat kasut, dapat kek. Hehee.


The next two days, dah sibuk dengan event. Iftar Nur Ramadhan dengan Asnaf and anak anak yatim D'Raudhah. Kami panggil ustaz Syukri Yusoff untuk taklimat ringkas sebelum berbuka dan artis jemputan Nubhan. Awww Nubhan sangat comel tahu? Dia panggil budak budak naik pentas nyanyi lagu raya dengan dia. Ngeee melting! But after all, event kami ni banyak sangat kurangnya. Hurmmm...


Lastly, rayaaaa! Wa dapat duit raya cakap lu. Untung ramai sepupu yang dah keje, untung masih belajar. Huahua barulah nak rasa untungnya masih belajar. Raya kat kampung tak lama sebab tiga hari sebelum raya dah gerak balik kampung. Nak elak jam punya pasal. Tapi raya kat kampung memang best. Dengan ketupat, rendang, sambal goreng jawa, sambal kacang, kuah lodeh. Aduiii tak boleh lupa nikmatnya.

Dan hari ni raya rumah ibu...


...naik basikal.

Hahaa tipu jeee. I love them all. So much. Moga ukhwah terus terjalin. <3

Pheww panjangkan episod kali ni. Ngee counter balik la, dah sepelaung tak update kan. Okay, jumpa lagi di episod akan datang. Bila? Tunguuuu...

Adios amigos!

click, click, click! ;)

Sunday, June 30, 2013

Ragam

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Masa kecik kecik dulu ingat lagi bila kena marah dengan mak atau ayah mesti kami adik beradik berkumpul kat satu tempat. Takut. Kena marah mestilah takut. Pastu masing-masing cari idea macam mana nak bagi mak ngan ayah tak marah lagi.

Hahaa serius bila teringat balik rasa comel pula perangai masa kecik kecik dulu.

Lain pula perangai masing-masing bila dah besar. Semua buat hal sendiri, semua ada komitmen sendiri. Sekali sekala bila adik aku balik rumah barulah duk sembang-sembang dengan dia. Abang aku pula sejak belayar ni rajin mesej aku. Mesej minta nombor kawan-kawan perempuan nak berkenalan katanya. Sorilah, permintaan yang tak boleh dilayan. -_-

Aku baru lepas hantar adik aku kat ktm. Dia kena balik Kuantan. Banyak kali juga dia mengeluh taknak balik sana. Katanya kat sana takde life. Bertahan je lah dik, setahun dua je lagi. Bukan selama-lamanya kat sana. Kalau mak ngan ayah ada kat sini mesti diorang hantar kau balik Kuantan.

Everytime aku ngan adik aku sembang mesti dia akan tanya soalan, "Angah bila kau nak kahwin?" Pastu dia akan membebel cakap nanti kalau lambat-lambat tak laku blablabla. Eleh bajet sweet la tu concern pasal aku. Padahal dia yang tak sabar nak dapat abang ipar. Kahkah.

I wonder adakah dia tanya soalan yang sama pada abang aku.


Semoga mak dan ayah sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Thursday, February 14, 2013

Masa berdetik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Takde siapa suka dipaksa. Tapi atas keterpaksaan tu kita belajar sesuatu, kita timba pengalaman dan tanpa sedar tak ramai yang miliki peluang yang kita ada.

Kita suka merungut. Tak suka itu, tak suka ini. Banyak benda yang kita nak rungutkan. Cuba tengok orang sekeliling kita. Tengok apa beza orang yang suka merungut dan orang yang sentiasa bersyukur. Hidup orang yang suka merungut ni susah dan makin susah tapi hidup orang yang selalu bersyukur, Allah sentiasa permudahkan jalan mereka.

Sedarlah, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Walaupun sesuatu perkara yang berlaku atas kita itu adalah sesuatu yang buruk. Ambil iktibar dan pengajaran, bukan merungut.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

14th Feb 2013, we were busy at the kitchen having class with Papa Jo. sweet! (:

Papa Jo, he might be no one but his experiences are priceless. Thank God for the chance given learnt with him. And yes, fyi, kami dipaksa untuk pergi kelas ni. Hahaa, but again, keterpaksaan yang berbaloi. Such a sweet memory.

Perjalanan aku masih jauh and I really hope I can bear all the hard things coming along the way and appreciate such sweet experiences. InsyaAllah, my prayers goes to my precious friends too. Good luck guys!











Be good to yourself, take care all.

click, click, click! ;)

Saturday, February 2, 2013

Sesi menyahut cabaran

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


There's a lot to share! Kalau ikut hati memang banyak nak tulis. Tapi bila start menaip, semakin kurang ayat yang keluar. It's normal, aite?

Sebab situasi dalam hati tak sama macam dalam otak. Dalam hati macam-macam perasaan ada, tapi bila nak zahirkan dengan perkataan, otak kena fikir ayat yang sesuai untuk luahkan apa yang tersirat.

Pfftt intro je dah dua perenggan. Apa kes?
Here how the story begin. Hahaa drama je lebih.

Memandangkan aku amek course culinary, ramailah mak n pak2 sedara tanya kenapa aku tak join Master Chef. Dan jawapan saya haruslah membela diri sendiri.

"Ermm Master Chef tak amek peserta yang ada background culinary."

And they are like, "Oh yekee.." Hahaa. Dalam hati, lega gila sebab Master Chef tak amek culinary students as participant.

And today, disebabkan mereka nak sangat aku masuk competition, doa mereka termakbul.

ini la tempat aku dan kawan-kawan bermainnnn~

Early in the morning, takdelah early sangat pun. Dalam pukul 8 pagi camtu member call up suruh datang untuk competition MyChef dekat campus. Haaa cuak mak noks!

Can you imagine, they call you in the morning where the competition is about to begin one hour later? Aku dengan tak prepare zahir dan batin, redha je la cakap, OK.

Sepanjang bersiap tu aku try positifkan diri sebaik mungkin. Like, "I can do it, I can handle it, It's an easy task, Elehh, plating je pun," dan macam-macam lagi.

Macam mana gigih pun aku positif, tetap rasa macam tak leh bernafas. Al maklumlah, this is my first competition ever.

Bila sampai je kat campus, competition dah start! Mak aihh, kalau kau, kau tak gelabah ke? Kalau tanya aku, aku memang tak gelabah sebabnya aku masuk second round punya competition. Hahaa kalaka tak aku? -_-*


Competition MyChef ni ada dua bahagian. Satu cooking healthy dish; appetizer, main course ngan dessert. Dua plating jeee~ Untuk plating ada 17 contestants so diorang pecah pada 2 group. Dan, aku masuk plating, second group. Clear?

No? Let me explain a bit more.

Plating ni, kitorang tak payah masak sebab makanan tu dah pun siap. I assume you know about MyChef product already. MyChef ialah makanan sejuk beku yang dah siap masak dan hanya perlu dipanaskan menggunakan gelombang ketuhar macam yang di'display' kat atas.

Senang kerja househusband sekarang. Eh?

So kitorang cuma hias makanan tu atas pinggan cantik-cantik. Secantik muka judges. Ok, tak klaka.


That is how I garnished their product. Lame u'olls, IK. As a culinary student, aku rasa sangat tak patut aku bagi alasan, "kira okay la ni. hasil tangan last minute." Memang a big NO la nak bagi alasan camtu. Ehem, nanti aku practice banyakbanyakbanyak kali ok? Bab hias menghias ni memang jangan bagi kat aku la, tak reti cheq! Tapi practice makes perfect kannn...?

Lepas competition habis, kitorang xde keje nak buat. Sementara tunggu contestants yang buat cooking healthy dishes, kami merapu je lebih. Enjoy those pics.



ke'comel'an yang tak dapat ditidakkan. hahaa





winners for plating

winners for cooking healthy dishes

Congrats guys! Walaupun tak menang, tapi experience yang aku dapat sangat mahal. Dalam hati ada taman? Mestilah tak. Dalam hati berkobar-kobar nak masuk competition lagi lepas ni. Hahaa. Ayat orang kalah. Cliche sangat la, Balqis.

Tapi serious, best sangat dapat compete ngan orang-prang hebat sebab dari situ kita tahu kat mana kelemahan kita. It's something y'know. Tak sia-sia terima tawaran jadi bidan terjun. (:

I won't regret a thing. Alhamdulillah, thank you Allah for the chance.

click, click, click! ;)