Tak sempat nak bernafas lepas habis mid sem exam dah kena get ready untuk final. Banyak lagi tugasan-tugasan yang tertangguh. Hmm, bertangguh itu memang saya! Eheee.
Nak merungut memang tak boleh sebab bila fikir-fikir, bertuahnya dapat sambung belajar. Tak semua orang berpeluang dapat apa yang aku dapat. So, aku kena bersyukur dan jalankan tanggungjawab sebagai pelajar. It's nice to have someone that makes you always keep on track.
Actually tengah geram dengan orang yang tak faham bahasa. When I said, don't look for me, then I mean it. Experience taught me a lot. Now it's time to grow up. Masa untuk serius! Grr~ Saya dah tak suka awak laaaa, buat apa awak cari saya lagi?!~
Bye!
Eheh emo. Nite. Esok kelas jam 8 pagi. Need rest.
Semalam badan rasa tak sedap. Kepala pusing macam karipap pusing. So satu hari suntuk terperap dalam bilik. Lepas mak ayah balik kerja barulah aku ke dapur. Tengok ada grapes! Ya Allah, my favorite okayyy. Tengok anggur yang banyak gugus tu, aku terus lupa yang aku allergic anggur. Tak kira apa jenis anggur pun, dari buah, jem atau air memang aku tak boleh makan/minum otherwise aku akan dapat ulser dekat mulut.
Dah semangkuk aku makan baru teringat aku allergic dengan my favorite fruit. Sobsob. But hey, I don't care. Pepatah melayu ada menyatakan "alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Lepas makan nasi, aku amek lagi semangkuk anggur dan nikmatinya dalam bilik.
So far, Alhamdulillah takde dapat ulser. Heheee :)
Cuti dah nak habis. I have no feeling about it. Till then, have a blissful day.
Alamak aii jambunya mamat depan aku ni. Sepantas kilat lagu I knew I loved you yang dinyanyikan oleh Savage Garden berdendang dalam fikiran Alisya. Terbayang sekali scene dalam MV tu macam apa yang dia tengah lalui sekarang.
Jejaka di depannya di pandang dengan ekor mata. Pehh muka baby face habis! Putih, gaya memang maskulin. Cair babe, cair! Nak nak lagi kalau dia senyum, alahai rasa macam nak pitam.
Alisya perasan mamat tu senyum kat sorang pak cik yang duduk sebelah dia. Ada lesung pipit. Aduh, perfectnya mamat ni. Kalau la aku dapat. Alisya masih dengan angan-angan mat jeninnya.
Rasa tak puas pula tengok dengan ekor mata je, Alisya mengalihkan pandangannya menatap wajah tampan mamat tadi tapi tak lama. Zupp! Tersentah mak nyah, dia pandanglah pula. Aisehh kantoi sudah. Merona merah pipi gebu Alisya bila renungannya ditangkap oleh jejaka di hadapannya.
"Petaling Jaya" pengumuman yang dibuat dua kali itu melegakan hati Alisya. Masa untuk turun. Pantas Alisya bangun dari duduknya. Sempat dia mengerling lelaki yang menarik perhatiannya itu sambil berbisik, "Aduh, aku dah jatuh. Jatuh cinta pandang pertama." Tersungging senyum kambing di bibirnya.
**********
Pftt. Sadisnya definisi cinta yang kita bayangkan. Cinta pertama. Cinta pandang pertama. Cinta sekunder. Cinta monyet. Cinta tiga segi. Cinta dunia. Heh.
Aku bersyukur sebab dipilih untuk menonton video ni. Aku buat keputusan untuk kongsi dengan orang lain supaya tak nampak macam aku ni pentingkan diri. Orang kata barang baik patut dikongsikan dan orang putih cakap, "sharing is caring." Video ni agak panjang dan tiada sambungan tapi apa yang ditayangkan dalam video ni banyak isi yang boleh kita cedok dan jadikan teladan dalam hidup kita yang tak tahu berapa jauh lagi.
Kalau kita ada banyak masa untuk online facebook, tengok cerita korea, layan macam-macam video kat youtube, main game, layari blog dan laman web yang pelbagai, takkan kita takde masa untuk isi sedikit rohani kita dengan video macam ni, kan?
Kesian rohani kita, dah semakin kurus agaknya dia. Kita semua nak jadi baik dan aku tak terkecuali so, segala yang baik tu datang dari Allah dan segala yang buruk tu aku minta maaf atas kelemahan diri ini.