Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Myself II

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Semalam badan rasa tak sedap. Kepala pusing macam karipap pusing. So satu hari suntuk terperap dalam bilik. Lepas mak ayah balik kerja barulah aku ke dapur. Tengok ada grapes! Ya Allah, my favorite okayyy. Tengok anggur yang banyak gugus tu, aku terus lupa yang aku allergic anggur. Tak kira apa jenis anggur pun, dari buah, jem atau air memang aku tak boleh makan/minum otherwise aku akan dapat ulser dekat mulut.

Dah semangkuk aku makan baru teringat aku allergic dengan my favorite fruit. Sobsob. But hey, I don't care. Pepatah melayu ada menyatakan "alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan". Lepas makan nasi, aku amek lagi semangkuk anggur dan nikmatinya dalam bilik.

So far, Alhamdulillah takde dapat ulser. Heheee :)

Cuti dah nak habis. I have no feeling about it. Till then, have a blissful day.

click, click, click! ;)

Saturday, April 2, 2011

Review novel Versus karya Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai u’olls.
Hari ni aku nak buat review pasal novel yang aku baru habis baca semalam; Versus karya Hlovate.
Versus is not just a novel. Pengisiannya penuh dan sangat menyentuh hati aku.

Basically, jalan ceritanya tentang penghijrahan. Semua orang tahu maksud hijrah right? Maksudnya berubah angin, beralih dari satu tempat ke tempat yang baru, berpindah dan sebagainya.
Dan ye, dalam novel ni memang ada penghijrahan yang seperti dinyatakan di atas.

[always feel the appreciation in your heart]

Tapi ia tak terhenti setakat tu, apa yang lebih menarik pada aku adalah jalan cerita mengenai penghijrahan hati.
Fulamak, hebat tak ayat aku? HAHA.
Okey, serius.
Penghijrahan hati which I mean, change for good.
Dari tak berapa nak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik as stated in this novel, “there’s always a room for perfectionist” – Versus.

Senang cerita, takde manusia yang sempurna dalam dunia ni sebab yang sempurna tu hanya Dia tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita lemah dan berputus asa.
Atau cepat berpuas hati dengan perubahan yang kita dah lakukan.

Bumi ni luas dan banyak lagi yang perlu kita belajar. Ibarat lautan yang luas, ilmu kita hanyalah seperti buih dipermukaan laut tu je. Terlalu sedikit.

[don't just lay back, make a move!]

Semua orang nak berubah ke arah yang lebih baik.
Siapa yang taknak? Jangan tipulah, aku siku nanti baru tahu. HAHA.
Okey, tak lawak.
Cuba tengok keadaan dan situasi keliling kita, yang miskin berusaha nak jadi kaya, bila dah kaya nak kaya lagi, mana cukup.
Barang pula naik harga, lepas beberapa bulan naik harga lagi. Taraf hidup semakin tinggi dan kita perlu sentiasa pertingkatkan skill-skill yang kita ada.

Same goes to ourself. Dunia ni sementara. Kita mesti sedar yang suatu hari nanti, mungkin tahun depan, mungkin sepuluh tahun lagi, mungkin seabad lagi, dunia akan menghadapi hari kehancuran derr.
So, taknak ke berubah untuk kebaikan? Dari segi jasmani, rohani, akhlak, peribadi and so on?

Tapi semua orang akan cakap (including myself), “gila, susah kot nak berubah!”
Now, ce cite sikit apa benda yang senang dalam dunia ni?
Nak makan pun susah. Sebelum makan kena masak dulu, sebelum masak kena prepare bahan-bahan masakan. Kalau takde bahan, kena pergi kedai, beli. Nak beli kena ada duit. Kalau kedai dekat, jalan kaki, selamat ah duit minyak tapi kalau kedai jauh? Duit minyak lagi. Balik rumah siap siap nak masak, eh tertinggal satu bahan. Ah sudah, kan dah kena patah balik ke kedai. Tak ke susah tu?

[don't waste your time. it's priceless]

See? To make it short, memang takde benda yang mudah dan senang dalam dunia ni.
Usaha tangga kejayaan. Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa berusaha. Kalau niat kita baik, pasti kita akan dapat pertolongan dari-Nya.

Eh panjang pula review ni ek. Aku ingat nak buat pendek je tadi cane ntah boleh jadi karangan pula.
Aku suggest sesiapa yang suka baca novel tu, mesti miliki Versus ni. Dan kepada sesiapa yang tergerak hati nak berubah tu, Versus bagi aku boleh jadi sumber inspirasi korang.
Honestly, it's inspire me a lot.

That's it. Thanks sebab gigih baca entry ni sampai habis. Harap aku tak buang masa korang. HAHA.
Enjoy your weekend buddy :)

click, click, click! ;)

Monday, June 21, 2010

Toy Story 3

Assalamualaikum n Hi!

Pheww, penat kaki aku berjalan satu Mid Valley (MV) hari ni dengan Eja. Tujuan utama kami ke MV ni adalah untuk menonton Toy Story 3.

toy story 3 really awesome!

Sampai je MV terus g ladies. Biasalah perempuan. Takkan nak masuk gents pulakan? Lepas tu baru beli tiket Toy Story 3. Masa nak beli tiket pun ambil masa beberapa minit untuk fikir nak tengok 3D ke biasa. Sempat lagi fikir, kalau tak best cam rugi pula beli tiket 3D. Then buat keputusan beli tiket biasa je.

MPH bookstore

Memandangkan movie start kul 2.00 p.m, kami round-round MV tetiba termasuk dalam kedai buku. Hahaha. Okey, bukan tiba-tiba tapi sengaja. Gila lama kitaorang kat sini. Sumpah lama. Tak silap aku ada la dalam sejam. Kesian Eja teman aku cari buku.


Pusing-pusing MPH tu mencari novel Hlovate; aA + bB. Uhuuuu, jumpa! Aku pun tak tahu nape aku excited sangat jumpa buku tu. Sebenarnya nak beli buku The Last Song by Nicholas Sparks tapi agaklah mahal. Tak jadi la.

Lepas zuhur kat surau kami pun bergegas ke cinema dan menikmati cerita yang dah bermula sambil makan popcorn dan minum air berkaronat sebagai alas perut. Haha ayat tak nak panjang-panjang.

Pendapat aku tentang cerita ni? Best ohh! Rasa rugi pula tak beli tiket 3D. T___T

Moral value:
Kesetiaan
Persahabatan
Kerjasama
Kepercayaan

Even pintu cinema tu dah buka pun sebab cerita tu dah habis tapi takde sorang pun yang bangun dari kerusi. Haha punya la nak tunggu sampai dah takde gambar lagi kat skrin tu.

Lepas tengok Toy Story 3, kami gerak ke bread papa's untuk cari cream puff! Alhamdulillah kali ni tak payah pusing-pusing untuk cari kedai tu. Turun escalator terus nampak kedai tu.

bread papa's

Sampai rumah lambat. Ayat pedas sampai kat telinga. Takdelah pedas sangat pun. Pastu aku terus hulur kotak yang mengandungi cream puff sambil berkata, "nah, cream puff". Muka innocent tak hengat. Mak pun balas, "haa, nak pujuk pandailah". Duh, terkena batang hidung. "eh, mana ada. Tunggu abanglong tadi lambat sangat". Huh, cover, jangan tak cover. Eh, memang abang aku sampai lambat pun. ;)

Cream puff tu hmmm, sama je rasa dia macam yang aku pernah buat. Takde beza. Cuma krim dia lagi fine n cold. Dan roti dia lembut dan rangup. Mak cakap yang aku buat lagi sedap. Ceh, ceh mak pun pandai ampu aku. Haha. Thanks mak. Ni sayang mak lebih ni.

Masa untuk tidur. Internet betul-betul menduga kesabaran. Selamat Malam.

Tunjukkan kasih sayang anda pada orang yang anda sayang takut nanti tak sempat nak tunjukkan. Tunjukkan pada orang yang selayaknya. Kalau nak tunjuk kat bf/gf forget it you moron! Eh, terkasar bahasa lagi. Sorry.