Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, December 17, 2010

Amalkan gaya hidup sihat.


Assalamualaikum n Hi!

How are you doing guys? I'm great. I hope you guys are doing great too. I would like to share some tips on living healthily. What do you think? Eheh, tak payah nak omputih sangatlah kalau English kau terabur.

Baiklah, kita sambung.

Bila sebut pasal amalan gaya hidup sihat aku pasti ramai yang fikir tentang senaman, pemakanan yang seimbang, riadah dan sebagainya. Tapi mungkin ada yang terlepas pandang beberapa perkara penting selain yang disenaraikan kat atas. Apa dia? Ha, tu yang kita nak tahu. Let’s check it out.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

@ think positive

[hebatnya aku]

àSetiap perkara yang kita lakukan atau apa saja yang berlaku kat kita, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Kita kena percaya bahawa setiap benda yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Allah tak pernah ciptakan sesuatu tanpa sebab.

@ ikhlas
à Jalankan tugas yang diberi dengan seikhlas hati. Sentiasa niatkan dalam hati bahawa pekerjaan atau tugas yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah Ta’ala. Dengan itu, kita bukan je dapat ganjaran pahala malah kita akan rasa puas sangat dengan hasil kerja kita. Tak caya, cuba try(dah cuba, try pula. Ahaaa sengal punya orang)!

[baliklah kat saya / jap-jap nak minta petunjuk]

@ sabar
à Sabar kan sebahagian daripada iman. Sebahagian ye, bukan separuh. Kita dah laksanakan tugas dengan baik. Hasil kerja kita memang fuhhh, mantap! Tapi lepas tu ada pula yang condemn. Duhh, memang panas betul! Apa dia ingat senang ke nak dapat prestasi cemerlang macam tu? Sh**! Tettt tolak markah iman. Look, kalau ada yang condemn kerja kita itu maknanya kerja kita belum cukup bagus. Inilah masanya kita perbaiki kesilapan kita. Lepas tu kita akan jadi lebih baik.

[friendship award]


à Kalau rasa macam kita dah buat semuanya dengan baik dan sangat geram dengan apa yang di’condemn’ yang takde kaitan langsung dengan apa yang kita kerjakan, please jangan terus semburkan kemarahan. Sebaliknya, cakap dengan cara yang berhemah. Buat orang yang condemn kita tu malu dengan diri kita. Contoh? Let see, kalau si A kata kita buruk gila ah sampai tak lalu nak makan kalau kita lalu depan dia. Huishh ni memang betul nak buat gaduh ni. Kerek gile! Rileks dulu. Senyum je pastu balas,

[“Yeke? Tapi hati saya cantik.”]

Gerenti si A akan mencebik atau muka merona merah atau apa sajalah. Yang penting mulut busuk dia tu tersenyap. Haha. Contoh yang ntah pape. Nexttt!

@ think big

[I wish I were a catwoman]

à Jangan mudah berpuas hati dengan kerja yang telah kita laksanakan. Setiap hari cuba tingkatkan prestasi. Di sinilah pentingnya orang yang kuat meng’condemn’ tadi sebab kalau takde orang yang duk huha huha kerja kau tak bagus, takdenya kau nak baiki diri kau. Balik-balik kat takuk yang sama je. Nanti bintang kau mesti tak menyerlah. Jadi, kau patut berterima kasih pada makhluk yang ‘hon’ kau tadi. Eh! kau pula, kita la, kita. Haha.

@ senyum
à Malas nak taip panjang-panjang. Aku cadangkan korang dengar lagu ni. Senyum ( Smile). Pertama kali aku dengar lagu ni kat corong radio terus tersengih kemudian mula bermonolog dalaman, “Kreatif betul penulis lirik ni.”

Cukup. Sebenarnya aku rasa macam aku bagi tips untuk jadi pekerja terbaik sepanjang tahun. Kwang kwang kwang.


Tapi boleh juga guna untuk dapatkan hidup yang sihat kan, kan? Haha. Oh well, sempena tahun baru ni, kita kenalah berhijrah. Tak kan nak duduk kat takuk yang sama je. Tak fun la macam tu. Korang boleh cuba try tips yang aku senaraikan tu untuk hidup dengan sihat okey. Disamping tu, aku juga tengah memperbaiki lagi diri aku sendiri.

Till then, take care buddy. Nice to know that you read till the end. Thanks!

Friday, November 5, 2010

Penang oh Penang

Assalamualaikum n Hi!

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua bukan sahaja sihat sejahtera malah berada dalam keredhaan Allah s.w.t.

Seminggu yang lepas aku bersama keluarga berangkat ke Penang untuk mengiringi pak dan mak sedara ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji(cheh, padahal hantaq p Bayan Lepas ja, muahaha). Alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hasrat nak ke sana. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan selamat pulang. Amin.

Keesokkan harinya, kami sekeluarga dibantu oleh En. Fahmi(sepupu) mencari lokasi di mana aku dan mak berkursus. Chop! Sekeluarga? Kenapa mention aku dan mak je? Okey, kami memang sekeluarga tapi yang berkursus cuma aku dan mak. Sementara ahli keluarga yang lain berehat sambil menikmati pantai di Penang.

presenting my lovely family ;)

Fuh, aku rasa hebat je lepas hadiri kursus tu. Fuh sekali lagi. HAHA. Sedikit sebanyak ia meningkatkan tahap keyakinan aku yang macam dah takde tu.


Yes, yes, yes! I can do it! You can do it, we can do it. Yang penting pemikiran mesti sentiasa positif. Jujur, ikhlas dan sabar antara resepi utama untuk berjaya.

Tak kiralah apa saja yang kita buat, kita mesti buat dengan bersungguh''. Lepas tu baru kita akan rasa kepuasan dan kemanisan kejayaan kita tu.

This is the way I spent time with my family. I'm lovin' it! :)

Tuesday, August 24, 2010

Biawak says "Hi"

Assalamualaikum n Hi!

Sedang aku sibuk menyiang ikan di dapur, aku terdengar mesin basuh berbunyi menandakan baju sudah sedia untuk disidai. Aku membilas tangan dengan air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir kemudian bergegas ke luar rumah untuk sidai baju.

Aku kaget bila tengok kucing'' aku berkumpul dekat almari pinggan mangkuk macam ada sesuatu yang menarik kat bawah almari tu. Aku pun dengan rasa penuh ingin tahu menjenguk bawah almari tu.

Bila aku jenguk, kucing'' aku yang duduk berkumpul tadi lari lintang pukang. Wahh, apesal korang takut sangat ni? Aku tak nampak apa'' pula. Tapi apa yang kucing'' aku dok usha tadi? Aku tak puas hati, aku beralih ke belakang almari.

Oh! Itu dia. Tu dia yang kucing'' aku nampak tadi! Biawak?

Aku lari mendapatkan kucing aku untuk keterangan lanjut.


Aku
Kucing

Biawak tu buat apa kat sini?
Dia saja datang melawat. Dia cakap hai.
Oh.
Err…
Apa? Apa lagi yang dia cakap?
Dia cakap dia lapar. Dia bau ikan. Boleh tak bagi seekor ikan dekat dia?
Ah, kau! Banyak pula helah kau. Kau yang nak ikan tu, kau guna nama biawak tu pula. Bijak kau ni eh. Ikut perangai siapalah agaknya?
Ikut perangai tuan sayalah, semestinya (sambil angkat kening).

Hahaha

Maaflah, cerita mengarut. Aku demam. Dah tiga hari demam. Batuk, selsema, sakit perut, badan menggigil dan sebagainya. Alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa. Harap sangat aku akan cepat sembuh. Beberapa kali aku mengeluh bila batuk tak henti''.

Mak pesan, “ Ha, ni mesti ada buat dosa ni. Takpe, sakit tu menghapus dosa'' kecil.  Tu baru sakit sikit dah tak tahan.”

Mak senyum tengok muka kelat aku. Tapi beberapa saat kemudian aku pun sengih. Hmm, betul cakap mak. Jadi, aku kena terus kuat dan sabar. Allah kan sayang dengan orang yang sabar.

Jadi pada sesiapa yang sedang sakit sekarang ni, sabar okey? Banyakkan beristighfar dan ingat Allah selalu. Thanx for reading. See ya! :)

Footnote: Demam'' ni sedap juga kalau dapat kek aiskrim.

Sunday, May 2, 2010

kecapi berat badan ideal anda sekarang!

assalamualaikum n hi!

kalau korang semua ingat, aku ada cerita pasal business MLM yang mak aku join. kekeringan idea dan kesuntukkan masa menyekat pembikinan cerita aku.

produk terlaris keluaran worldwellness yang diasaskan oleh Dr. Nordin Darus adalah RxLite. RxLite adalah minuman koko yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak. ia mengandungi garcinia cambogia iaitu fiber yang membuatkan kita kenyang. L-carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. koko semulajadi bertindak sebagai antioksida untuk mengelakkan kanser. fructose oligisaccharides dan serat dnd.


korang boleh tengok info yang lebih lanjut kat sini. minuman ni sangat mudah disediakan. boleh dihidang sejuk atau panas. rasa RxLite ni sama je macam rasa milo. tak caya cubalah!

nampak sedapkan? memang sedap!

-klik untuk besarkan-

kat atas ni pelan pemakanan. means, macam mana atau bila masa nak minum RxLite ni? ha, ni la jawapannya.

1set+shaker


testimoni.

keratan akhbar berita harian.

kalau korang suka baca metro mesti perasan iklan ni. biasanya akhbar metro hari isnin, rabu dan jumaat. macam mana nak dapatkan minuman ni? contact 0193322075.

untuk pengetahuan umum, produk worldwellness ni bukan je keluarkan minuman koko ni je. banyak lagi. RxCoffe, RxWater(water filter), Rx-Tra, colostra, Rx17. ni antara produk-produk yang terlaris. boleh contact nombor kat atas untuk maklumat lanjut. nanti aku update lagi. kalau rajin. thihi~