morning miracle ",
selamat pagi semua. aku curi masa sikit pagi ni untuk update blog. kebelakangan ni memang sibuk sikit. tujuh hari seminggu takde rehat. minggu lepas lagi la terkejar ke sana sini.
segarkan diri dengan keindahan ciptaan Tuhan
jumaat(23hb april) - ahad(25hb april) ada karnival adat rakyat selangor dekat shah alam. area2 stadium s.alam tu la. betul2 depan tesco. jumaat tu set up booth dan lepas tu termenung sebab takde orang. hari sabtu pun singgah sana sekejap. lepas abis je tusyen, aku paksa adik aku temankan g sana. kalau tak paksa, memang tak gerak ah. 12.30 pm sampai sana. tak ramai pun orang? mungkin diorang semua berlari ke danga bay. biasalah, kat sana lagi glemer. siapa kesah pasal adat ye dak? lepas makan ngan mak, lebih kurang pukul 3 pm aku ngan adik aku gerak balik sebab pukul 4 pm ada kelas dengan budak tahun 5 pulak. hari ahad boleh tahanlah banyak jugak sale. mak yang cakap. aku tak sempat pun nak g sana. alhamdulillah, timba pengalamankan? pengalaman bukan kita boleh beli kat mana-mana.
sarapan sebagai permulaan hari yang indah
hijau + merah = ??
harini mak nak minta tolong aku g pj lak. aihh aku memang dah malas. aku tolak keje tu kat abang aku. nasib baik dia nak g. bolehla aku tergolek rilek2 kat rumah harini. yes!!**tersenyum girang. terima kasih kerana memahami. ohh ye, nape ek yang aku asyik terkejar ke sana sini? sebenarnya, mak aku baru join MLM. bukan malam tapi multi-level marketing. nak taw ape benda alah tu, g la tanya pak cik google. malas lak aku nak cerita. mak join MLM produk kesihatan yang halal. tu yang penting. lain kali la kalau aku rasa-rasa rajin nak cerita aku cerita la. dah banyak masa yang aku curi pagi ni. so, adios!
footnote 1: lately ni hari selalu mendung. bestkan kalau hujan turun? tapi bagi sesiapa yang takde keje tu, dinasihatkan supaya tidak bermain dengan hujan. takut terkena kanser kulit. jagala kesihatan anda sebaik mungkin.
footnote 2: anak-anak kodek**nama kucing aku dah tinggal tiga ekor daripada enam ekor. sobs~
No comments:
Post a Comment