Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Edisi bumper

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Adoii sekarang ni aku tak tahu la nak gelak ke nak menangis ke nak berguling kat lantai ke nak ape. Hidup sekarang memang huru hara. Sangat la!

Bayangkan, petang tadi aku hantar kereta pergi car wash. Memandangkan car wash tu bawah rumah je, aku pun cakap kat orang yang ambil kunci tu aku ambil kereta bila kedai dah nak tutup.

Guess what? Dah dekat pukul 11 baru aku teringat yang aku pergi basuh kereta and the best part is, kedai tu tutup pukul 10! Memang orang tu dah cakap dengan aku kedai tutup pukul 10 tapi tapi tapiii dekat pukul 11 baru teringat ape cite ni? Ngeee geget jari la aku.

***
Anyway, Selamat hari raya AidilFitri. Sesiapa yang terbaca, membaca dan dibacakan blog aku yang tak seberapa ni, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki lah kalau ada salah silap, terasa hati dengan ayat-ayat aku, terindu dengan updates aku, mohon dimaafkan ye.

Banyak sebenarnya benda nak share cuma tak sempat nak ngadap blog.


Mulakan dengan citer exam la ek. Exam ni masa bulan Ramadhan. Best exam masa Ramadhan tak payah fikir nak lunch kat mana, nak makan apa. Dari pagi sampai petang belajar je la. Berhenti untuk solat fardhu pastu sambung balik. Lepas buka pun sambung revised sampai ke sahur. Ok, sampai sahur tu tipu je. Heee ;p

But yeah, study group kat luar. Mana-mana je lah port kitorang, paling best kat food court tesco tu pun boleh buat notes. Gigih tak gigih la kan. Orang shopping barang-barang nak raya kau dok study. Tak best langsung life kau ni. Huh.

Tempat paling best study kat tanah lapang ni. Ada meja bawah pokok, redup berangin, so far tak riuh dengan suara-suara sumbang, aman, tenang. Huii nyaman! Memang fav port la selain library dengan burger king.

Okay next!



Habis je exam aku request nak pergi shopping cari kasut. Kasut raya la kononnya but the truth is kasut yang aku selalu pakai tu dah haus sampai bocor dah. Well, nothing last forever. Ececey sebenarnya kau yang tak reti jaga. Lol.

Pastu dah pusing satu mall, lepas buka apa semua members ajak makan aiskrim. Aku pun laju je la suka. Apa benda je yang kau tak suka sebenarnye? Ngehngeh. Ceyyy rupanya ajak makan aiskrim tu satu pakatan je nak wat surprise kat aku. Masyehh, memang surprised dan saya terharu. Wuuuu~

Kasut tak jumpa jugak on that day. Sokay, tak dapat kasut, dapat kek. Hehee.


The next two days, dah sibuk dengan event. Iftar Nur Ramadhan dengan Asnaf and anak anak yatim D'Raudhah. Kami panggil ustaz Syukri Yusoff untuk taklimat ringkas sebelum berbuka dan artis jemputan Nubhan. Awww Nubhan sangat comel tahu? Dia panggil budak budak naik pentas nyanyi lagu raya dengan dia. Ngeee melting! But after all, event kami ni banyak sangat kurangnya. Hurmmm...


Lastly, rayaaaa! Wa dapat duit raya cakap lu. Untung ramai sepupu yang dah keje, untung masih belajar. Huahua barulah nak rasa untungnya masih belajar. Raya kat kampung tak lama sebab tiga hari sebelum raya dah gerak balik kampung. Nak elak jam punya pasal. Tapi raya kat kampung memang best. Dengan ketupat, rendang, sambal goreng jawa, sambal kacang, kuah lodeh. Aduiii tak boleh lupa nikmatnya.

Dan hari ni raya rumah ibu...


...naik basikal.

Hahaa tipu jeee. I love them all. So much. Moga ukhwah terus terjalin. <3

Pheww panjangkan episod kali ni. Ngee counter balik la, dah sepelaung tak update kan. Okay, jumpa lagi di episod akan datang. Bila? Tunguuuu...

Adios amigos!

click, click, click! ;)

Thursday, October 7, 2010

jangan baca

Assalamualaikum n Hi.

nak update blog. tapi . . tapi . . ngantuk sangat dah ni.




cantik tak beg di atas? cantik tak? cepat cakap cantik! eh, nak tiru gaya cik Hamis Jalikha pula. haha. well biasalah, jadi stalker ni perkara mudah. apatah lagi nak meniru cara dia bermain dengan bahasa. bukan je cantik, pandai berbahasa lagi.

eh, okey. kembali pada beg di atas. beg tu beg adik aku. adik aku yang lelaki tu. alaa aku ada sorang je pun adik. yang agak'' macho tu. tak kenal ek? takpelah, tak penting pun

tapi, oh! beg ni dia jahit sendiri tau. eh, bukan. dia beli beg ni kat kedai. tapi kulit beg ni dah koyak sana sikit, sini sikit. so, dia dapat idea daripada kawan dia untuk koyakkan je kulit beg tu dan jahit dengan kain batik.

superb ah idea kawan dia. adik aku ni memang minat menjahit. kalau bab jahit-jahat ni sua la kat dia. seluar sekolah dia, semua dia jahit sendiri ikut fesyen dia. tapi kalau jahit lencana atau tanda nama kat baju, harapan laaa dia nak jahit sendiri. kakak dia juga jadi mangsa. sudahlah kakak dia ni tak pandai menjahit. membuta pandailah. ehehh jatuh saham aku. ciskek!

eh, cakap pasal kek . . sebenarnya, sehari lepas ( 5th Oct ) adalah hari lahir adik aku. sweet sixteen. persoalannya, sweet ke? haha. tahun depan baru nak spm. padan muka! haha. okey, aku kakak yang jahat. jangan tiru aksi ini di rumah.

doa aku, semoga dia sentiasa dalam peliharaan Allah. aku sayang dia. yelah, satu''nya adik yang aku ada. dialah tempat aku nak menggedik, nak gaduh pun dengan dia, main tarik'' rambut. akulah tempat dia membuli. haha. ada ke patut adik buli kakak. dah la selalu kena pow dengan dia. hampas kelapa dah habis santan betul budak tu.

eh, terkutuk pula. tengok, jahatkan aku ni. aihhh~

sebelum aku kutuk lebih mendalam lebih baik aku berundur diri. tapi sebelum tu, i wish my brother a happy life ever after (betul ke ayat aku tu? lantakk). bercita'' nak jadi IR. fuhh tinggi sungguh cita''mu itu wahai adikku. semoga berjaya kakakmu ucapkan. ceh, bermadah helah pula kat sini. okey, tunggu aku kena pergi ambil barang dengan dia baru aku belanja dia makan besar. kek, kek dah biasa sangat makan. haha. ayat poyo di situ.

nak gambar adik aku? harapannn. memang takdelah. aku nak tangkap gambar dia tadi, pastu dia segan sebab rambut dah kena gilis oleh cekgu. hambek kau. bela lagi rambut tu. tak padan dengan budak sekolah.

oh, terkutuk lagi. okey la, i better off now. have a sweet dream all.

gambar mak ayah aku ada la. sudi tengok tak? eheee :D

footnote: aku dah cakap, jangan baca. klik juga siapa suruh.
footnote2: okey, off now. NOW!

Saturday, July 24, 2010

Bumi berputar dengan kelajuan yang luar biasa.

Assalamualaikum n Hi!

Tahu tak sekarang ni aku rasa masa sangat cepat berlalu. Rasanya baru dua hari aku tak update belog tapi sebenarnya dah lebih kurang dua minggu. Now, dah masuk minggu keempat dalam bulan Julai. Tak lama lagi puasa. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa pada tahun ni. :)

Tak sabar nak puasa. Tadi students tanya ada kelas tak masa bulan puasa. Then, aku jawab tak tahu. Teringat masa kecil'' dulu. Kalau dah puasa tu memang malas nak buat apa''.

Semalam teman Eka pergi unisel untuk settlekan transkrip. Sambil menyelam minum air, kami singgah rumah ibu. Dah besar budak'' yang ibu jaga. Cik E-mah dah pandai cengeng, Cik Liya sudah pandai berjalan, En Fateh sekarang suka tengok tv. Kalau tengok tv tu, memang tak kisah dah dengan masyarakat sekeliling. Hahaha. Comelnya mereka.

Sebelum berangkat pulang kami bermesra dengan cik Emah. Pastu saja usik dia. Kami tinggalkan dia sorang dekat wakaf yang ayah buat tu. Pandai merajuk kau! Ceh, budak ni cubit pipi baru tahu. Hahaha.

e-ka, e-mah, e-ku. boleh? :P

Gambar yang lain aku upload lain kali. Al maklumlah, budak 'rajin'. Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat rakanku, Ina-chan yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-21. Naa, dah dapat kunci kebebasan. Selamat maju jaya kawan. :)

footnote: kalau setakat add facebook aku untuk jadi stalker, sekian terima kasih je la. Aku taknak approve. Aku stalk orang takpe. Hahaha*tampar muka sendiri*

Wednesday, June 30, 2010

She is priceless

Assalamualaikum n Hi!

Haahh, rindu nak merapu kat sini. Sibuk betul sepanjang minggu ni. Penat dan stress bertimpa-timpa sampai tak sempat nak sengih pun. Ceh, hyperbola sungguh.

Isnin lepas hari lahir mak aku tapi tak sempat nak wish pun. Anak derhaka betul. Kalau birthday boyfie, laju je mesej. Tak menyempat nak tunggu detik 12.00 tengah malam pun. Haha. Lawak dunia ni kan?

.:thanx Mr. Google:.

28 Jun lalu adalah ulang tahun kelahiran mak yang ke... jeng, jeng, jeng... 51 tahun. Naa, still young. Ramai orang tak percaya umur mak aku. Tengok anak la! Hahaha.

that's my mom, adik, and dad. :)

see, muda belia lagi mak aku. hehe

Happy birthday mak! I love you so much. You are the best mom I've ever had! :)

Semoga cepat naik haji, murah rezeki, amalan baik bertambah berganda-ganda-ganda-ganda(harap cekgu bm aku tak baca ni). Tak lama lagi boleh dapat cucu. Eceh, celah mana nak dapat cucu? Anak-anak mak muda-muda lagi. Kan? Kan? Cucu sedara ada la. ;)

love,

Sunday, June 13, 2010

Ingat aku hadap sangat duit kaw?

Assalamualaikum n Hi!

rainbow

Aku baru je selesai mengajar subjek sains tahun lima. Sorang budak je pun. Rileks sikit la. Tadi sebelum budak ni balik, dia ngadu kat aku; "Teacher, tadi saya ajak *** datang tapi dia cakap dia tak nak. Lepas tu dia tunjuk-tunjuk rumah teacher. Lepas tu dia cakap 'ala, kalau kita datang pun bukan teacher nak ajar kita pun.'" Aku sengih je dengar budak ni ngadu. Aku cakap kat budak ni, "dia dah lama benti, tak payah ajak dia lagi."

Actually, *** tak cakap pun yang dia berhenti. Tapi aku assume *** dah berhenti. Kejap datang, kejap tak datang. Apa dia ingat aku ni kilang buat chipsmore ke hape? Eh, takde kaitan.

chipsmore, more, more

Aku tak tahu la apa benda yang *** ni tak puas hati dengan aku. Tak habis-habis nak kondem aku. Nasib baiklah kau tu budak. Tapi ayat dia memang selalu buat aku touching. Selama ni kalau dia datang aku fokus giler-giler kat dia je. Kelas dia sepatutnya habis pukul 5.00 p.m tapi aku sanggup tunggu dia siapkan latihan sampai pukul 6.30 p.m. Tu ke maksud dia aku tak nak ajar dia? Damn! Macam longkang mulut kau budak. Isk!

Eh, terkasar bahasa pula. Okey, lupakan pasal budak mulut longkang(giggles sorang2) tu. Sekarang aku nak buat tag dari my dearest friend; Jannatul Rozman :). Oh ye, Hari ni birthday dia!

happy 21st year of anniversary dear!



1.What is your full name?



Balqis Abd Rahman.





2. When is your birthday?



28th of July 1989







3. What is your father's name?



Abd Rahman.







4. What is your mother's name?



Fadhilah.







5. How many siblings do you have?



Three. Abang, me, adik lelaki.







6. Where do you live?



Kuang, many people thought Kluang.







7. What is your favourite colours?



White, purple, pink, blue, orange, ALL! Haha.







8. Still studying?



Yep. Till the end of the world.







9. Do you have bestfriend?



Of course!







10. Do you love them?



Weyh! Name pn BESTfriend :D








11. Jazz or pop?



Jazz.







12. Chicken or beef?



Chicken wings!







13. Coke or 100plus?



100 plus!







14. What brand is your purse?



Night market.







15. How much do you have in your wallet now?



A dead butterfly.







16. High heels or flat?



Heels suit me better.







17. Skirts or jeans?



Jeans.







18. Shirt or blouse?



I can say, both.







19. Watch or bracelet?



Watch from him. White in colour. Eh, tak tanya ek?







20. Favourite watch's brand?
Don't know. Didn't think of any.







21. Do you have a girlfriend?



So many of them. Love, xoxo







22. Do you have a boyfriend?



So many of them.







23. Do you love him/her??



I do and I still do.







24. Did you ever kiss him?



Through the phone.







25. Facebook or myspace?



Facebook.





26. What is your dream?
Be a good daughter to my parents, a good teacher to my students, a good wife to my future husband, a good mother to my future kids, a good friend to my friends, and last yet the most important, a good muslim.



Terliur pula tengok chipsmore tu. Nak cari biskut ah kat dapur. Chow kit!