Thursday, May 6, 2010

separuh jiwaku pergi

assalamualaikum n hi!

adoii pagi-pagi lagi dah hilang mood. bangun subuh tadi aku duk la membersihkan telinga. entah silap apa tetiba terasa pekak. pastu ngadu la kat mak.

mak korek telinga yang besi tu mana eyh?
nak buat apa?
nak korek telinga ni ha. rasa cam pekak da.
g klinik. bia doktor cek. t*** telinga berlambak!
=__="
cepat siap. pergi sekali dengan mak.
tak nak la, malas.

dan bermulalah leteren mak pagi tadi. nasib baik telinga aku pekak sebelah. kalau tak dah bernanah dah kot. hahaha. okey, gurau pagi.


dah lama tak luangkan masa dengan family. kalau dulu selalu je malam-malam duduk depan tv. tengok cerekarama, kelakarama, deritarama, rama-rama dan sebagainya. tapi masa macam tu dah takde. sobs~ serius rindu saat-saat macam tu.

eyh, aku tukar background lagi? well, well, fyi, aku memang seorang yang bosan cepat bosan. macam blog aku jugak. bosan. oh ye, hari tu aku ada pergi birthday party anak buah kawan aku. best sangat! jumpa dengan kawan-kawan lama yang dah terputus hubungan. rindu gile kat diorang. jom cuci mata!

fakhrul ashraf, birthday boy.

dari kanan: te'ah, farahin, kisz, elpi, as(tuan rumah).

dari kanan lagi: as, kisz, farahin, te'ah, zai, fatin, elpi.

dari... errr cuci mata je la ye.

kesian orang belakang. ;p

dah nak kahwin dah korang ye. sekarang jumpa dialog mesti camni
"ko buat apa eyh sekarang?"
"aku baru habis la. thun lepas."
"oh, sambung la pastu?"
"nanti la, rehat dulu. muda lagi kot. hahaha. ko dah habis gak kan?"

tunggu la dua tiga tahun lagi. dialog mula berubah.
"eyh, siapa budak comel ni?"
"anak aku la. yang nombor dua"
hahaha. rekaan semata-mata. wink!

.masa praktikal.

gambar dicopy dari facebook pak cik yang buat wink tu. aku telah ditag oleh beliau. tapi lepas tu akaun facebooknya deactivate. sempat aku copy gambar ni sebelum ianya lenyap. pak cik tak kisahkan saya copy? thihihi.

terjeling jam yang melekat kat dinding. OMG, i gotta go. nak beli sardin untuk kucing.

Sunday, May 2, 2010

kecapi berat badan ideal anda sekarang!

assalamualaikum n hi!

kalau korang semua ingat, aku ada cerita pasal business MLM yang mak aku join. kekeringan idea dan kesuntukkan masa menyekat pembikinan cerita aku.

produk terlaris keluaran worldwellness yang diasaskan oleh Dr. Nordin Darus adalah RxLite. RxLite adalah minuman koko yang membantu mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak. ia mengandungi garcinia cambogia iaitu fiber yang membuatkan kita kenyang. L-carnitine membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. koko semulajadi bertindak sebagai antioksida untuk mengelakkan kanser. fructose oligisaccharides dan serat dnd.


korang boleh tengok info yang lebih lanjut kat sini. minuman ni sangat mudah disediakan. boleh dihidang sejuk atau panas. rasa RxLite ni sama je macam rasa milo. tak caya cubalah!

nampak sedapkan? memang sedap!

-klik untuk besarkan-

kat atas ni pelan pemakanan. means, macam mana atau bila masa nak minum RxLite ni? ha, ni la jawapannya.

1set+shaker


testimoni.

keratan akhbar berita harian.

kalau korang suka baca metro mesti perasan iklan ni. biasanya akhbar metro hari isnin, rabu dan jumaat. macam mana nak dapatkan minuman ni? contact 0193322075.

untuk pengetahuan umum, produk worldwellness ni bukan je keluarkan minuman koko ni je. banyak lagi. RxCoffe, RxWater(water filter), Rx-Tra, colostra, Rx17. ni antara produk-produk yang terlaris. boleh contact nombor kat atas untuk maklumat lanjut. nanti aku update lagi. kalau rajin. thihi~

Friday, April 30, 2010

setiap yang hidup akan mati akhirnya.

assalamualaikum n hi!

kebelakangan ni kepala aku berat. banyak sangat ke benda yang aku pk? hmm. hari rabu lepas, aku, ayah dan mak balik kampung sebab mak sedara aku meninggal. sangat terkejut dengar berita tu dari mak subuh2 hari. lepas solat subuh kami bertolak.

-life goes on. still.-

sebenarnya dah lama dah arwah sakit. sejak balik dari kerjakan haji. dia terkena jangkitan kuman kat paru2. arwah selamat dikebumikan lepas zohor. semoga rohnya dicucuri rahmat. al-fatihah.


thanks awak sebab temankan saya sampai saya tertidur. just so you know, i love you so so much.  no promises, i understand.

thanks jugak pada kawan-kawan yang ucap takziah.

Tuesday, April 27, 2010

update!

assalamualaikum n hi!

morning miracle ",

selamat pagi semua. aku curi masa sikit pagi ni untuk update blog. kebelakangan ni memang sibuk sikit. tujuh hari seminggu takde rehat. minggu lepas lagi la terkejar ke sana sini.

segarkan diri dengan keindahan ciptaan Tuhan

jumaat(23hb april) - ahad(25hb april) ada karnival adat rakyat selangor dekat shah alam. area2 stadium s.alam tu la. betul2 depan tesco. jumaat tu set up booth dan lepas tu termenung sebab takde orang. hari sabtu pun singgah sana sekejap. lepas abis je tusyen, aku paksa adik aku temankan g sana. kalau tak paksa, memang tak gerak ah. 12.30 pm sampai sana. tak ramai pun orang? mungkin diorang semua berlari ke danga bay. biasalah, kat sana lagi glemer. siapa kesah pasal adat ye dak? lepas makan ngan mak, lebih kurang pukul 3 pm aku ngan adik aku gerak balik sebab pukul 4 pm ada kelas dengan budak tahun 5 pulak. hari ahad boleh tahanlah banyak jugak sale. mak yang cakap. aku tak sempat pun nak g sana. alhamdulillah, timba pengalamankan? pengalaman bukan kita boleh beli kat mana-mana.

sarapan sebagai permulaan hari yang indah

semalam pulak, pukul 4.30 pm jemput mak kat makmal. pastu g damansara, hantar barang. gila ah sesat! pusing-pusing atas jalan. berpusing otak aku. aishh~ lepas ke damansara g saujana utama lak. pastu g desa coalfield. pastu baru balik rumah. maghrib dah wey. ko nak duk atas jalan berapa lama lagi? mak terpaksa batalkan kelas mengaji untuk budak-budak tu. kesian korang ye.

hijau + merah = ??

harini mak nak minta tolong aku g pj lak. aihh aku memang dah malas. aku tolak keje tu kat abang aku. nasib baik dia nak g. bolehla aku tergolek rilek2 kat rumah harini. yes!!**tersenyum girang. terima kasih kerana memahami. ohh ye, nape ek yang aku asyik terkejar ke sana sini? sebenarnya, mak aku baru join MLM. bukan malam tapi multi-level marketing. nak taw ape benda alah tu, g la tanya pak cik google. malas lak aku nak cerita. mak join MLM produk kesihatan yang halal. tu yang penting. lain kali la kalau aku rasa-rasa rajin nak cerita aku cerita la. dah banyak masa yang aku curi pagi ni. so, adios!

footnote 1: lately ni hari selalu mendung. bestkan kalau hujan turun? tapi bagi sesiapa yang takde keje tu, dinasihatkan supaya tidak bermain dengan hujan. takut terkena kanser kulit. jagala kesihatan anda sebaik mungkin.
footnote 2: anak-anak kodek**nama kucing aku dah tinggal tiga ekor daripada enam ekor. sobs~

Monday, April 19, 2010

so down rite now

assalamualaikum n hi!

semalam(ahad) macam biasa, aku ada kelas. lepas kelas aku semak-semak buku dan buat nota sikit untuk kelas petang tu. perut aku dah banyak kali bagi warning tapi aku buat bodo je. biasala, aku dalam mood "on diet" beberapa hari ni. tapi bila enzim dalam perut aku dah mula simbah asid, dah start rasa pedih-pedih, okey fine. aku pun berhenti buat keje-keje yang memenat dan memeningkan.

melangkah ke dapur dengan malas. bukak tudung saji, takde pape. eyh, lupa lak mak takde. balik kampung ngan abang aku. bukak peti ais, jawapannya sama jugak. untuk kesekian kalinya aku telan air liur. aduhh ni dah betul2 naya ni. last sekali aku bukak pintu almari baju dapur. yes, jumpa maggi. stok bila punya ntah, aku tak heran. aku pun didihkan air dalam periuk. sementara tu aku dengar ayah aku kejut adik aku suh beli lunch. geez, penat aku pusing-pusing je. memandangkan aku dah pun didihkan air, aku teruskan jugak usaha aku untuk memakan megi tgah hari tu.


tak sampai lima minit siapla hidangan utama aku untuk tengah hari tu. lepas baca doa makan ala kadar, aku pun makan dengan lahapnya penuh tertib. satu suap, dua suap, tiga.... tiba-tiba aku dengar orang bagi salam. 'apsal tu? macam nak ajak perang je' monologku. mana tak nya, kelam kabut semacam. ayah aku yang entertain orang tu. ohh rupanya jiran aku. aku pasang telinga.

"wa'alaikumsalam, Omar."
"ni Man, Mamat**adik aku accident!"
"yeke? dia dengan sape?"
"tak taw, kat depan simpang sana"

Ya Allah! terbeliak mata aku. nafsu makan menjunam terus. gila ko tak cuak? ayah aku bergegas keluar untuk cari adik aku. sumpah aku nak ikut tapi memandangkan beberapa minit lagi kelas nak start aku pun redha je duk rumah sorang2 sambil berdoa untuk adik aku. megi yang tak berapa nak luak tu aku buang**erghhh membazir gila ko ni.


Alhamdulillah, lebih kurang setengah jam macam tu adik aku sampai rumah dengan motor dia. he was fine, cuma luka-luka ringan tapi motor? tak okey sangat tapi boleh la ditunggang. sementara menunggu kehadiran anak muridku, macam-macam soalan yang aku tanya dia. ayah aku yang tak sampai-sampai.

dia cakap ayah aku g hantar orang yang dia tak sengaja langgar tu ke hospital. dia kata orang tu takut sangat nak g hospital. aku pelik ah. rupanya sebab orang tu takde pasport. PETAI rupanya. pheww, lega sikit hati aku tengok adik aku tak apa-apa dan ada depan mata. alhamdulillah. tapi kes ni masuk kes polis ke? hmmm, harap2 tak la.

malam tu, untuk kelas bm aku mengamuk kat murid-murid aku. geram yang teramat sangat. kenapa la korang malas sangat? perkara paling teruk aku buat malam tu dan aku tak sangka aku akan buat macam tu. sumpah aku menyesal. my dearest students, please la. untuk apa kamu datang tuisyen kalau setakat nak melanguk je. asal aku suruh buat latihan je, muncung. ish!

footnote: hati berdetak kencang selalu. harap2 takde perkara buruk lagi yang berlaku. cukupla setakat ni je. aku tak boleh terima apa2 lagi.