Wednesday, October 13, 2010

pink dan kucing lagi

Assalamualaikum n Hi!

entry kali ni aku nak merapu pasal warna bukan kegemaran aku.

haha. aku pun tak tahu kenapa aku perlu buat pengenalan macam tu. sengal ye dok?

okey, terus terang aku cakap, aku tak gemar sangat dengan warna pink. serius ni. tapi bila aku check it out gambar'' lama aku*termasuk juga yang terbaru*, baru aku perasan yang aku sebenarnya sangat banyak baju dan tudung serta selendang warna pink.





okey, gambar last tu caption memang takleh blah. kenapa? aku edit gambar tu. so, tak payah nak kagum sangat dengan kulit licin dalam gambar tu. bohong je semua tu. haha. tapi tu pun takdelah licin sangat. nampak tak jerawat masak kat hidung aku? haaa siap dengan mata lebamnya sekali. layannn~

pelikkan? aku ingat aku tak suka pink. tapi bila pilih baju atau tudung atau selendang atau . . okey, berhenti sekarang. haa mesti nak pilih warna pink. mesti warna pink jadi rebutan dulu. aku pun tak paham kenapa.

************

okey, cukup pasal pink dan aku. jom tengok kisah kucing kami pula.

tadi mak masuk bilik aku sambil menggayakan tudung baru yang kawan beliau jual. aku duduk dekat hall sambil layan Asmara. tiba'' dengar mak bising. aku pun berlari masuk bilik. ingatkan mak marah sebab bilik aku bersepah ke hape, rupanya, beliau duk marahkan . .

si KE mucukk ni~

sedap'' badan dia je nak tidur atas katil aku. landing taknak pula kat atas cadar je. dibantainya landing atas sejadah. ciskek betul la. tapi bila tengok muka dia yang kesian tu, aku biar je la dia tidur kat atas tu.

sejadah boleh dibasuh tapi hati yang bersih sukar dicari. ahak! geli kot buat iklan kat sini.

yang landing atas katil boleh tahan lagi. meh tengok part yang tak tahan.





haha ni mesti otak kuning niii.

okey, di atas bukan corak bunga untuk lantai bilik aku tapi tapak kaki kucing kami yang sekor lagi. tsk tsk
-__-

cukuplah aku merapu. penat juga merapu ni. thanx for readers. bye.

Thursday, October 7, 2010

jangan baca

Assalamualaikum n Hi.

nak update blog. tapi . . tapi . . ngantuk sangat dah ni.




cantik tak beg di atas? cantik tak? cepat cakap cantik! eh, nak tiru gaya cik Hamis Jalikha pula. haha. well biasalah, jadi stalker ni perkara mudah. apatah lagi nak meniru cara dia bermain dengan bahasa. bukan je cantik, pandai berbahasa lagi.

eh, okey. kembali pada beg di atas. beg tu beg adik aku. adik aku yang lelaki tu. alaa aku ada sorang je pun adik. yang agak'' macho tu. tak kenal ek? takpelah, tak penting pun

tapi, oh! beg ni dia jahit sendiri tau. eh, bukan. dia beli beg ni kat kedai. tapi kulit beg ni dah koyak sana sikit, sini sikit. so, dia dapat idea daripada kawan dia untuk koyakkan je kulit beg tu dan jahit dengan kain batik.

superb ah idea kawan dia. adik aku ni memang minat menjahit. kalau bab jahit-jahat ni sua la kat dia. seluar sekolah dia, semua dia jahit sendiri ikut fesyen dia. tapi kalau jahit lencana atau tanda nama kat baju, harapan laaa dia nak jahit sendiri. kakak dia juga jadi mangsa. sudahlah kakak dia ni tak pandai menjahit. membuta pandailah. ehehh jatuh saham aku. ciskek!

eh, cakap pasal kek . . sebenarnya, sehari lepas ( 5th Oct ) adalah hari lahir adik aku. sweet sixteen. persoalannya, sweet ke? haha. tahun depan baru nak spm. padan muka! haha. okey, aku kakak yang jahat. jangan tiru aksi ini di rumah.

doa aku, semoga dia sentiasa dalam peliharaan Allah. aku sayang dia. yelah, satu''nya adik yang aku ada. dialah tempat aku nak menggedik, nak gaduh pun dengan dia, main tarik'' rambut. akulah tempat dia membuli. haha. ada ke patut adik buli kakak. dah la selalu kena pow dengan dia. hampas kelapa dah habis santan betul budak tu.

eh, terkutuk pula. tengok, jahatkan aku ni. aihhh~

sebelum aku kutuk lebih mendalam lebih baik aku berundur diri. tapi sebelum tu, i wish my brother a happy life ever after (betul ke ayat aku tu? lantakk). bercita'' nak jadi IR. fuhh tinggi sungguh cita''mu itu wahai adikku. semoga berjaya kakakmu ucapkan. ceh, bermadah helah pula kat sini. okey, tunggu aku kena pergi ambil barang dengan dia baru aku belanja dia makan besar. kek, kek dah biasa sangat makan. haha. ayat poyo di situ.

nak gambar adik aku? harapannn. memang takdelah. aku nak tangkap gambar dia tadi, pastu dia segan sebab rambut dah kena gilis oleh cekgu. hambek kau. bela lagi rambut tu. tak padan dengan budak sekolah.

oh, terkutuk lagi. okey la, i better off now. have a sweet dream all.

gambar mak ayah aku ada la. sudi tengok tak? eheee :D

footnote: aku dah cakap, jangan baca. klik juga siapa suruh.
footnote2: okey, off now. NOW!

Tuesday, October 5, 2010

Kalau dia masuk meminang, awak terima tak?

Assalamualaikum n Hi!
ini adalah kisah luahan perasaan. kalau rasa geli dengannya, anda dipersilakan pergi


Bila bercerita soal cinta, aku hanya tersenyum gembira mendengar kisah teman'' yang sedang bahagia, aku sekadar meluahkan ketidakpuasan atas layanan yang tidak sepatutnya diterima oleh teman'', aku girang tertawa lucu dengan pengalaman teman''.

Jarang sekali aku nak buka mulut menceritakan tentang kisah cinta aku dan si dia. Melainkan jika teman'' bertanya. Itu pun aku jawab sekadar yang perlu sahaja. Sepatah ditanya, sepatah jugalah aku jawab. Terkadang aku cuba lari dari menjawab soalan'' itu. Mengubah topik perbualan.

Seorang teman tidak berpuas hati dengan jawapanku lalu dia bertanya “Kalau dia masuk meminang, awak terima tak?” Segera aku menjawab, “Ye” disulami gelak keliru. Huh, si dia nak masuk meminang ke? Datang rumah pun tak pernah. Macam'' alasan yang dia beri kalau aku undang si dia ke rumah.

Tapi kalau si dia datang meminang, semestinyalah aku akan terima. Kenapa tak? Dah lama kami jalinkan hubungan. Apa motifnya perhubungan yang kami bina selama ni kalau aku tolak pinangan si dia?


Geez, berfikiran terlalu jauh. Si dia tak pernah mengaku pada teman''nya bahawa aku adalah kekasih hatinya. Sedih, sakit, rasa seperti dipemainkan. Jadi, aku tidak meletak harapan yang tinggi untuk terus bersamanya.

Aku lepaskan dia pergi. Aku minta kebebasan dari dia. Aku tak mahu teruskan perhubungan yang tak pasti ni. Bukan sebab dia tak luangkan banyak masa dengan aku, bukan sebab dia tak uar''kan kisah cinta kami, tapi sebab hati dia masih belum bersedia untuk memberi komitmen pada cinta. Atau…. mungkin sebab aku rasa si dia mencintai gadis lain.

Tersentap aku bila alasan yang aku berikan untuk putus dengan si dia, tak boleh diterima oleh si dia. Aku menggunakan alasan yang sama ketika mana aku mengambil keputusan untuk menukar nombor dan lari dari si dia. Kata si dia, “Tak suka dengar alasan tu,” dan si dia menganggap aku ada lelaki lain. WTH?

Helo, bukan ke dia yang taknak mengaku yang dia ada hubungan dengan aku? Shit! I hate him! I hate him! Oh, I wish I could :(


What ever it is, life must go on. Aku tak pernah menyesal mengenali si dia, menjadi kawan si dia dan akhirnya jatuh cinta dengan si dia. Tapi mungkin dah tertulis bahawa aku dan si dia tiada jodoh. Jadi hubungan kami berakhir di sini. Aku sentiasa doakan kebahagiaan si dia. Walau dengan siapapun si dia bersama.


Footnote: Aku bukan baik sangat. Bila hati dah panas, bahasa yang tak enak dikeluarkan. Maaflah
Footnote2: Kalau awak baca ni, saya minta maaf. Mungkin saya yang salah sebab tak mampu bertahan sehingga ke penghujung.
Footnote3: Ayat'' dalam entry ni serius geli. HAHA !
-__-'

Monday, October 4, 2010

Mine-Taylor Swift & my cats

Assalamualaikum n Hi!




Uh, uh, uh oh

Uh, uh, uh oh


You were in college working part time waiting tables
Left a small town, never looked back
I was a flight risk with the fear of fallin'
Wonderin' why we bother with love if it never lasts

I say "Can you believe it?"
As we're lyin' on the couch
The moment I can see it
Yes, yes I can see it now

Do you remember we were sittin' there by the water?
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Flash forward and we're taking on the world together
And there's a drawer of my things at your place
You learned my secrets and you figure out why I'm guarded
You say we'll never make my parents' mistakes

But we've got bills to pay
We've got nothing figured out
When it was hard to take yes, yes
This is what I thought about

Do you remember we were sitting there by the water?
You put your arm around me for the first time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Do you remember all the city lights on the water
You saw me start to believe for the first time
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Uh, uh, uh, oh

And I remember that fight 2:30 AM
You said everything was slippin' right out of our hands
I ran out crying and you followed me out into the street

Brace myself for the goodbye
Cause that's all I've ever known
Then you took me by surprise
You said "I'll never leave you alone"

You said
"I remember how we felt sittin' by the water
And every time I look at you it's like the first time
I fell in love with a careless man's careful daughter
She is the best thing that's ever been mine"

(Hold on, we'll make it last)
(Hold on, never turn back)
You made a rebel of a careless man's careful daughter
You are the best thing that's ever been mine

Do you believe it?
We're gonna make it now
And I can see it
(Yeah, yeah, yeah)
I can see it now (see it now, see it now)



Baru berkesempatan nak tengok lagu terbaru Taylor Swift kat youtube. Nice song. Sweet gila music video dia.

The time lelaki tu propose gadis tu, dan masa mereka sekeluarga berkelah. Ohh so sweet.

Haihh~ Berangan je yang kau tau.

Okey, jom tengok gambar yang telah dirakam petang semalam. Gambar kucing'' kesayangan aku. *masa comel je aku sayang, masa nakal memang takde harapan nak sayang''*









Gambar'' diambil menggunakan kamera dari telefon bimbit (skema gila guna ayat telefon bimbit) jadi, jangan tanya kenapa gambar'' ni tak lawa.


Till then, see ya!

Thursday, September 30, 2010

bebel sajeee

Assalamualaikum n Hi!

Blablabla.

Hari ni aku takde hot story nak cerita. Cuma melawat blog'' yang aku dah follow dan menjadi stalker blog'' yang ramai pengikut. Tapi takdan pun nak baca banyak''. As always, internet di bawah tahap beku. Aku pun tak tahulah apa masalah internet ni. Mungkin upload video banyak sangat kottt.

Badan letih la. Rasa nak membuta je sekarang ni. Tapi mak ajak g somewhere pula. Haihh ni la masalah aku. Tak boleh berjalan banyak tempat sikit, balik je mesti lumpuh satu badan. Eh, tak la sampai lumpuh. Na’uzubillah. Haha, orang dah biasa duduk rumah macam tu la jadinya.

Sabtu ni aku harap sangat dapat ke rumah ibu dengan kawan-kawan yang terdekat ni. Tapi nampak gayanya macam tak tercapai je hasrat aku tu. Jangan cik Eka tu pun tak jadi ikut sudah la. Mereng aku sat g. Hahah! Okey, rasanya cukuplah aku merapu. Readers mesti kurang faham dengan apa yang aku bebelkan ni. So, daaa!~