Friday, April 8, 2011

Macam gampang yang aku maksudkan ialah macam senang. Aku guna bahasa Jawa hari ni.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Sekarang ni aku dalam proses menstabilkan mood aku.
Rasa dunia tak adil. Padahal dunia tak cuit pun aku.
Kenapalah aku boleh rasa macam tu? Bila aku rasa macam tu, aku rasa macam nak hentak kepala dekat dinding.
Mula hilang pedoman.
Doa supaya aku mati cepat.
Macam bodoh.

[i need help, indeed]

Itu hari aku terjelopok macam nangka busuk jatuh tangga tapi untuk elak dari terus jatuh tergolek sampai kaki tangga, aku berpaut pada tiangnya. Pautan yang kuat sehingga aku rasa macam taknak bangun.
Luckily Jan ada, dia tolong angkat aku dan lepas bangun tu aku tergelak. Walaupun masa tu kampus dah lengang dan yang nampak aku jatuh tu hanya dia, aku tetap rasa malu.
Tapi kenapa aku gelak?
Sebab aku taknak menangis. Boleh pakai kan alasan ni?

Selama ni semua perkara nampak macam mudah.
Selama ni aku ingat aku boleh buat semua perkara tanpa bantuan sesiapa.
Riak, angkuh, sombong.
Sekarang satu benda pun aku tak boleh buat.

Entah apa yang aku merapu tengah-tengah malam buta ni.
Mungkin terlebih tidur.
Atau mungkin tersalah makan ubat.
Perkara paling baik sekarang ialah mengundurkan diri.
Tapi aku janji aku akan kembali.

Apehal dengan emosi aku ni?
Apa kata kita bako, kita bako je. HAHAH!

click, click, click! ;)

Monday, April 4, 2011

Kenapalah manusia pentingkan diri?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hi u'olls, panas oh cuaca hari ni. Malam semalam pun terasa bahang je badan aku.
Mungkin tu bahang ABPBH kot. Kannn.
Tapi hari ni memang panas sungguh. Bukan cuaca je yang panas, hati aku pun panas juga.

Tadi masa aku otw ke kampus, adalah sebiji kereta depan aku ni. Kereta boleh tahan cantik menarik tertarik kau memang da bom ah kan, tapi perangai tuan punya kereta sikit punya buruk!
Ada ke patut dia buang sampah keluar dari tingkap kereta dia.
Ikutkan hati, nak je aku capture gambar kereta dia tayang dalam facebook. Tapi takpe, sabar je. Kan tak baik sebarkan aib orang.

Aku memang pantang sangat-sangat kalau orang buang sampah merata-rata.
Nampak macam takde adab.
Pada aku taraf mereka ni sama macam orang yang meludah merata-rata. Atau lagi teruk kencing merata-rata.
Haaa tu dia. Rendah tak rendah la taraf mereka ni di mata aku en.
Lantakkk, siapa suruh buat perangai macam tu.

Lek lu, lek lu. Jangan marah aku sebab aku cakap camtu, ce tengok video ni. Ce tengok, ce tengok.


layannn~

Tapi tapi tapi part monyet tu aku rasa tak kesian la.
Monyet-monyet kat rumah aku sangat ganas. Selongkar tong sampah macam hape je.
Kalau tak dapat sampah mesti depa mengamuk sampai goncang goncang gate rumah orang.
Grr sakitnya hati.

[ayuh jaga bumi kita demi generasi yang akan datang]

Moral of the story, janganlah buang sampah merata-rata. Tak kesian ke kat bumi kita yang dah makin tua dan sakit ni?

click, click, click! ;)

Sunday, April 3, 2011

Menjemput bidadari.

[kita sama tapi tak serupa]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Wah semangat pula aku update blog pepagi ni kannn.
Takde apalah yang nak diupdate sangat pun, cuma nak berkongsi lagu dengan korang.
Do enjoy it okey. :D




Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba,

Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga



Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu ketemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...



Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata



Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri



Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan



Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


"Dengarlah lagu tu. Kut la boleh buat inspirasi bagi kepala kau tu settle sikit"
"Uh Hairi... kau ni bagi aku dengar lagu nak nasyid orang nak syahid ke...? Aku nak menikah bro, bukan nak pergi perang..."
"Ashraff..."
"Ye?"
"Your other half tu bukan kau punya bidadari ke?"
"Oh?"

Segera kan kujemput engkau bidadari

Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari
Mengisi hari...


[semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya]

HAHA. I ROFL at this part on Versus. Susah juga nak kahwin ni sebenarnya ek.
Eh kahwin senang je kan? Nak nikah tu yang payah. Okey, mengarut.
Dah, bye korang ;)

Footnote: crazy over Versus ke hape aku ni? blurff~

click, click, click! ;)

Saturday, April 2, 2011

Review novel Versus karya Hlovate.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai u’olls.
Hari ni aku nak buat review pasal novel yang aku baru habis baca semalam; Versus karya Hlovate.
Versus is not just a novel. Pengisiannya penuh dan sangat menyentuh hati aku.

Basically, jalan ceritanya tentang penghijrahan. Semua orang tahu maksud hijrah right? Maksudnya berubah angin, beralih dari satu tempat ke tempat yang baru, berpindah dan sebagainya.
Dan ye, dalam novel ni memang ada penghijrahan yang seperti dinyatakan di atas.

[always feel the appreciation in your heart]

Tapi ia tak terhenti setakat tu, apa yang lebih menarik pada aku adalah jalan cerita mengenai penghijrahan hati.
Fulamak, hebat tak ayat aku? HAHA.
Okey, serius.
Penghijrahan hati which I mean, change for good.
Dari tak berapa nak baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik as stated in this novel, “there’s always a room for perfectionist” – Versus.

Senang cerita, takde manusia yang sempurna dalam dunia ni sebab yang sempurna tu hanya Dia tapi itu tak boleh dijadikan alasan untuk kita lemah dan berputus asa.
Atau cepat berpuas hati dengan perubahan yang kita dah lakukan.

Bumi ni luas dan banyak lagi yang perlu kita belajar. Ibarat lautan yang luas, ilmu kita hanyalah seperti buih dipermukaan laut tu je. Terlalu sedikit.

[don't just lay back, make a move!]

Semua orang nak berubah ke arah yang lebih baik.
Siapa yang taknak? Jangan tipulah, aku siku nanti baru tahu. HAHA.
Okey, tak lawak.
Cuba tengok keadaan dan situasi keliling kita, yang miskin berusaha nak jadi kaya, bila dah kaya nak kaya lagi, mana cukup.
Barang pula naik harga, lepas beberapa bulan naik harga lagi. Taraf hidup semakin tinggi dan kita perlu sentiasa pertingkatkan skill-skill yang kita ada.

Same goes to ourself. Dunia ni sementara. Kita mesti sedar yang suatu hari nanti, mungkin tahun depan, mungkin sepuluh tahun lagi, mungkin seabad lagi, dunia akan menghadapi hari kehancuran derr.
So, taknak ke berubah untuk kebaikan? Dari segi jasmani, rohani, akhlak, peribadi and so on?

Tapi semua orang akan cakap (including myself), “gila, susah kot nak berubah!”
Now, ce cite sikit apa benda yang senang dalam dunia ni?
Nak makan pun susah. Sebelum makan kena masak dulu, sebelum masak kena prepare bahan-bahan masakan. Kalau takde bahan, kena pergi kedai, beli. Nak beli kena ada duit. Kalau kedai dekat, jalan kaki, selamat ah duit minyak tapi kalau kedai jauh? Duit minyak lagi. Balik rumah siap siap nak masak, eh tertinggal satu bahan. Ah sudah, kan dah kena patah balik ke kedai. Tak ke susah tu?

[don't waste your time. it's priceless]

See? To make it short, memang takde benda yang mudah dan senang dalam dunia ni.
Usaha tangga kejayaan. Allah suka pada hamba-Nya yang sentiasa berusaha. Kalau niat kita baik, pasti kita akan dapat pertolongan dari-Nya.

Eh panjang pula review ni ek. Aku ingat nak buat pendek je tadi cane ntah boleh jadi karangan pula.
Aku suggest sesiapa yang suka baca novel tu, mesti miliki Versus ni. Dan kepada sesiapa yang tergerak hati nak berubah tu, Versus bagi aku boleh jadi sumber inspirasi korang.
Honestly, it's inspire me a lot.

That's it. Thanks sebab gigih baca entry ni sampai habis. Harap aku tak buang masa korang. HAHA.
Enjoy your weekend buddy :)

click, click, click! ;)

Friday, April 1, 2011

Makan dengan cik Nadia.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Hai u’olls, dah lama tak menaip tiba-tiba rasa kekok pula. HAHA.
Okey tak. Saja nak ngenagade.
Siapa lagi yang nak layan ngengade I kalau bukan u'olls kannn. HAHA.

[muka sah-sah minta penampar]

So, cane dengan hari-hari korang? Me?
Bosan. Travelling sorang-sorang. Tak sabar nak tunggu Jan balik Malaysia.

Semalam aku keluar dengan kawan lama dari sekolah menengah.

[meet my friend, Nadia]

Happy kot dapat jumpa dengan dia. Sekarang ni memang susah nak lepak dengan kawan-kawan sekolah. Masing-masing busy and ada komitmen so, nak berkumpul ramai-ramai tu memang mimpilah. Plus, kami ni bukan jenis yang rajin nak buat gath.

[@ big apple airport Subang]

Tapi mak cik ni memanglah. Tak pernah seumur hidup aku, lepas pergi makan, cari lagi tempat makan yang lain. Oh memang first time kot.
Mula-mula I met her dekat kedai tepi jalan je. Kitorang order cendol n makan mee rebus dan laksa. Then dia ajak pergi big apple pula. Aku serius dah ternganga. Biarlah benar dia ni, badan keping je.

Pastu masa kat big apple macam-macamlah kitorang cerita sampai aku tercakap tak pernah makan meatball dekat ikea tu. Lame, i know. Terus tau dia heret aku pergi ikea.

Ingat nak take away je meatball tu but then tak boleh take away. Oh baru aku tau ikea tak bagi take away diorang punya makanan. Alang-alang dah sampai takkan nak pulang dengan perut seperempat kosongkan, haruslah makan kat situ juga! Pastu perut pun penuh dengan segala jenis makanan.
Nasib baik sebelum tu tak pergi subway, kalau tak memang tak bergeraklah aku.

Rupanya, kawan aku yang sorang ni memang suka makan. Kalau keluar, mesti makan. Lepas makan, makan lagi. Lepas tu tengok wayang, lepas tu cari donut. Lepas tu makan benda lain pula. HAHA.
Kalau aku, mesti shopping! Shopping, shopping! Biasalah, perempuan~
Kalau takde duit, duduk diam-diam kat rumah.

[main aci redah je lepak pakai MSU "uniform"]

Okey, cukup mengarut. Till then see ya!
Have a great weekend :)

click, click, click ;)