Saturday, February 22, 2014

Bertahan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

I should be doing my revision right now for my coming final semester examination next week. But here I am, writing something on my blog. It's been so long that I wrote something here. I apologies for that.

So for the previous entry, I talked about my new baby blog and I claimed to shared the link here. Sorry again for the long paused. I guess I will not update that blog anymore. I did it for the sake of my subject only. Heh~ but anyway, here is the link. Nothing much in there, just some reviews and recipes.

Adehh speaking london la pulak. Hiihii. Dah terbiasa update blog in english kt wordpress.


Sebenarnya this is my final semester in MSU. Wehooo!~ I'm going to finish my study yawww~ arghh happy toksah cakap la. Hahaha. But at the same time, I am so nervous to think about my practical soon. Sigh.

Will I be able to hang out freely with my friends? Can I meet them often like every time I met them in the class? Can we laugh like there's no tomorrow? Can we play around and tease like we always do now? Ahhh I'm gonna miss these moments forever.

And I'm gonna miss him. Selama ni selalu jumpa dalam kelas, makan sama-sama, jalan sama-sama, selalu hantar aku balik rumah, pendek kata kat mana aku ada, kat situ dia ada. Dia. Selalu ada dengan aku, layan perangai aku, tak pernah marah aku, bawak aku pergi mana je yang aku nak pergi, buat aku ketawa (ohh I'm cryinggg~). Sampai satu tahap aku rasa macam taknak jauh dari dia.

I always have this kind of thought. That during our practical, we will be apart. Aku dah jarang jumpa dengan dia, makan sama lagi la takde, nak pergi mana-mana hurmmm I don't think we will have time for that, hantar aku balik? Naaah dream on. I start to get prepared for that kind of situation. Unless we could find the same place to do our practical. But I don't know, he seems to be okay with not having the same place as mine.

This is what recently happened (wipe tears sambil layan lagu sedih). Enjoy.









Potluck with mentor. Lepas ni takde aktiviti dengan mentor dahhh. Wuuu~



Makan kat tempat mahal dengan my kakak!!~ Eheeee

My faculty family day :)





BBQ with besties! We are going to do this again aite???!! Please say yes!










OMG it's Qi Razali...!!! Yup, it is Qi Razali. Kitorang jemput dia untuk jadi moderator for our seminar "Food  Styling & Innovation". He's cool yaw~ heeee. Alhamdulillah our seminar success big time. Kahkah! I love my team so much. Okbyoiii~


click, click, click!

Sunday, November 24, 2013

Newborn

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

I am in the middle of setup another blog. Say whhhhaaatt?

Heh, it is wordpress to be specific. Why? Because my lecturer asked us to setup a blog that contain eight reviews of food and eight recipes to share. Dang!


Ada satu blog pun susah nak update. Ni kan pula dua blog. But hey, I guess my priority would be the new one la kan. Bukan sebab dia baru dan lagi best which I am not sure best ke tak tapi sebab it is part of my assignment u'olls. Grrr...

And 'us' here refer to all the students who taking FOOD CRITIQUE subject. So kalau nak buat review pasal food kena tangkap gambar makanan, aite? Mestilah! Takkan nak tangkap gambar diri sendiri (macam yang kat atas tu) pula kan? Well, my point here is, don't judge me as I'm having mental disorder okay? Pretty pleaseee. :P

Anyway, siapa yang buat article pasal orang yang tangkap gambar makanan ada masalah mental ni? Grrr... jeles lettew tak dapat makan best-best. Haha!

I'm  joking! Nanti kena saman tak pasal-pasal je.

Talking about my other blog, I am give-up on that for now. Sebab internet sangat tak membantu sekarang. Nanti blog dah siap setup cantik-cantik, aku share link kat sini kay!

Till then, have fun. Tatatititutu~


click, click, click! ;)

Thursday, October 3, 2013

Thanx

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Ngee, on the way nak exam ni lah aku demam. Dah lama tak demam tapi sekali kena naahh amekaww, tak boleh bangun lansung.

Alhamdulillah pagi esoknya tu dah sihat. Kalau tak, tak tau la gaya mana nak jawab paper pagi tu. Itupun jawab ntahpape sebab tak sempat baca notes. Wuuuuaaaa!~

Tak sempat pun sebab salah sendiri, ye dok Balqis? Eheh.

So semalam lepas habis jawab paper aku request nak g pantai. Againnn. Hikhik, I just love beaches, naturally. And yah, somebody willing to take me to the beach. Horayy!

PD again! ♥

Matahari tinggi lagi masa ni, taknak kena sunburn kitorang berteduh dulu belakang pokok kelapa. Hihii.  


sunset u'olls!

Sebelum balik Shah Alam pusing-pusing Seremban cari tempat menarik. Ermm Seremban is quite nice too.


And that, muka budak baru baik demam yang happy sebab dapat pergi pantai dan makan kek.

Till then, see ya! ;)

Monday, September 30, 2013

.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Heyya, miss me?

LOL it's a joke!

So starting this week and next week, I'm busy mending broken pieces of my life. Eh, macam tau je line tu. Wiwiwi.

Dua minggu ni adalah minggu exam sebenarnya. Oh well, student life kan? Kalau cakap pasal minggu exam, tak cukup tanah dibuatnya nak study. Konon... konon la..


In fact, aku sebagai student ni bukannya study pun. Duduk Shah Alam takdenye aku tatap nota nak exam. I was reading my all time fav author punya novel. Balik rumah last week pun, duk ngadap laptop. Konon tinggal novel kesayangan yang tak sempat habis baca lagi sebab nak revise subject yang nak exam minggu ni. Tapi... nan hadooo. Duk ngadap cerite korea adoooo. Hihii.

Spoiled kiddo, ey?

Sakit oii dapat penyakit M ni. Naknak subjek Research. Menangis! Satu ape pun tak paham as if aku x pernah belajar lansunglansung tup.. tup kena duduk jawab final! Sape tak nangis? Tapi masalahnya sekarang bukannya aku tak belajar lansung, aku tak paham lansung!

Nak kata tak masuk kelas, masuk je. Tak pernah skip kelas kot. Ngee. What on earth la kan boleh tak paham. Entah. I don't understand why is this happening. LOL.


Salahkan diri sendiri sebab tak jadi active learner. Okbai!

Oh by the way, wish me luck. I'm sooo nervous for this semester result. Fuhhhh~


click, click, click! 

Wednesday, September 18, 2013

The End

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Lisa mencapai novel penulis  kegemarannya; Hlovate. Walaupun telah lama membeli novel itu tapi ini adalah pertama kali dia berhajat memulakan pembacaan. Bukan jemu tetapi tiada kesempatan untuknya meluangkan masa melakukan hobinya yang satu itu.

Dia menyelak kulit buku itu kemudian muka surat satu demi satu dibaca sepintas lalu. Matanya mula memfokus pada tulisan yang bersusun di dalam novel tersebut sebelum telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru masuk.

Biarlah, takde apa yang penting pun, monolog Lisa pada diri sendiri. Dia meneruskan bacaan. Sepuluh minit berlalu telefon bimbitnya kembali berbunyi tetapi kali ini bunyi itu menandakan ada panggilan masuk. Lisa pantas mencari telefonnya yang terletak di atas sofa. Nama yang tertera membuatkan dia terpana seketika. Akhirnya dia menyambut panggilan tersebut.

“Helo,”
“Kenapa tak reply mesej?” walaupun suara pemanggil jelas dipendengaran tetapi Lisa dapat rasa kesayuan dari nada si pemanggil.
“Tak perasan ada mesej,” Lisa berdalih. Hatinya sebal tiba-tiba.
“Sibuk ke? Kalau sibuk takpelah.” Si  pemanggil cuba memancing minat Lisa untuk berbual. Taktik yang Lisa sendiri sudah muak. Mulalah tu nak main tarik tali, Lisa mengetap gigi.
“Tak sibuk pun.”
Senyap menghuni ruang antara mereka.
“Kalau awak takde apa-apa nak cakap saya letaklah.” Lisa mula rimas dengan kebisuan si pemanggil.
“Sombong,” Lisa tersentak dituduh sebegitu.

“Awak yang sombong. Selalu buat tak tahu dengan saya, saya mesej tak reply, saya call tak dapat, saya tegur buat tak tahu. Macam saya ni halimunan pulak pada awak. Saya rasa macam orang bodoh tau bila awak buat saya macam ni. Awak ingat saya ni patung ke, yang takde perasaan? Awak ingat saya ni budak-budak ke, yang awak layan sesuka hati awak? Bodoh macam lembu yang kena cucuk hidung? Ikut aje cara awak, cuba paham keadaan awak, kena layan awak bila awak cari saya? Awak ingat…”

“Lisa.” Kata-kata Lisa terhenti. Pedih hatinya mendengar luahan Lisa. Dia tahu memang dia salah dan dia tak marahkan Lisa yang akhirnya menghamburkan kemarahan pada dirinya. Lisa juga manusia biasa yang ada perasaan. Tetapi bukan niat dia untuk mengabaikan perasaan Lisa. Kalaulah Lisa tahu setiap hari dia ingin menemani gadis itu. Apa jua yang dihadapi oleh gadis itu setiap hari, dia ingin Lisa kongsikan dengan dirinya. Dia tahu Lisa sudah lama bersabar, tak pernah merungut, tak pernah meminta, sentiasa memahami dan dia sendiri kasihan pada Lisa. Tetapi  apalah dayanya untuk sentiasa berada di sisi Lisa, meminta dan merayu agar Lisa faham dan terus bersabar atas kesibukan yang dia sendiri tak tahu dimana kesudahannya. Terdengar tangisan Lisa disebelah sana membuatkan dia tersentak.

“Saya minta maaf. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu janji taknak buat awak sedih lagi tapi saya sendiri yang mungkir dengan janji saya. Lisa, saya nak awak bahagia. Lisa, please jangan menangis. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf.”
“Untuk apa? Lepas tu awak akan ulang perkara yang sama. Saya dah bosan tau tak?! Awak pernah tak cuba paham keadaan saya? Bila saya sakit, bila saya ada masalah, apa yang saya nak, macam mana hari-hari yang saya lalui TANPA awak? Awak pernah pikir tak semua tu? Tak! Awak takkan pernah pikir sebab pada awak saya ni bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan awak yang awak takkan kongsi masalah awak, berlagak hero macam awak takkan tersakiti oleh sesiapapun. Saya benci awak!”

Sebak dadanya, terasa mahu meletup mendengar kemarahan Lisa. Dia tahu satu hari pasti Lisa akan melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Dia sudah agak hari ini akan berlaku cuma dia tak tahu bila dan dia tak sangka Lisa senbenarnya sangat terluka. Selama ini, gadis itu amat memahami, menyayangi dirinya tanpa sebab. Menerima dirinya seadanya, tidak pernah meminta lebih dari apa yang dia boleh bagi tetapi hari ini Lisa berubah 360 darjah. Dan dia tiada hak untuk memarahi Lisa dengan apa yang berlaku kini. Malah dirinyalah yang harus dipersalahkan. 150 percent!

“Lisa, saya tahu awak kecewa. Saya paham. Saya…” Dia terdiam, tidak mampu baginya untuk meneruskan kata-kata. Esakan Lisa masih jelas kedengaran.
“Lisa, saya tak mampu buat awak bahagia. Mulai hari ni saya akan lepaskan awak dan biarkan awak mencari kebahagiaan awak sendiri. Saya minta maaf dengan..”
“Semudah tu? Semudah tu je awak lepaskan saya? Awak ingat baik-baik, ini bukan kali pertama awak buat macam ni. Lepas ni tak mungkin saya kembali pada awak lagi. Dan saya mminta supaya awak tak cari saya lagi. Itu pun yang awak nak kan? Puas hati awak bila saya dah takde apa-apa dengan awak! Awak lelaki paling pengecut pernah saya jumpa. Pengecut!”

Dia menelan kata-kata Lisa. Walaupun pahit, dia akur. Dia memang pengecut. “Saya takkan cari awak lagi.” Perlahan suaranya menusuk ke dalam hati Lisa. Peritnya tak tertanggung.
“Bagus, sebab saya dah lama ada pengganti awak. Lelaki pengecut macam awak tak layak dan takkan pernah layak untuk saya!” Lisa segera memutuskan talian telefon. Dia menggenggam kuat telefon bimbit di tangannya. Ikutkan hati mahu dihempas telefon kesayangannya itu. Esakan Lisa masih berbaki, menyesal, geram, sedih, terkilan segala perasaan bercampur baur menyesakkan ruang di dadanya. Benar dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia tidak mampu menarik kembali apa yang telah diucapkan.

Lisa, you have to be strong! You’ve been there, done that before. You can still do it now. Lisa bermonolog sendiri. Malam ini dia tidur bertemankan air mata.

The End

Teheee this is something I did when my house tiba-tiba blackout. Bosan, so I end-up typing this so-called 'cerpen'.