Sunday, July 11, 2010

Waka-Waka = wakakaka

Assalamualaikum n Hi!

Mata berat gila. Specially baru lepas makan. Rasa macam nak membuta je tapi kang terlajak sesia je budak takde kelas. bertahan-bertahan.

zzZZ

Oh ye! Mak dengan ayah dah balik rumah. Hoyehhh! Erk? Tak tahu nape happy semacam. Rindu kot dengan "morning kiss" mak di awal pagi. Heh.

Dalam kelas tadi galak sungguh budak-budak ni nyanyi lagu Shakira-Waka-Waka. Sumpah annoying. Siap buat gaya lagi part chorus. Hampeh!

Nak tergelak juga aku tengok tapi tak boleh sebab masa tu tengah marah so, kena maintain muka serius. Konklusinya, telinga diorang jadi habuan sebab taknak stop nyanyi lagu tu. Selamba je aku sentuh diorang kan? Takpe-takpe, parents diorang dah bagi green light. : )

kucing'' aku tak secomel ni

Sekarang ni musim orang pelihara sugar glider. Aku pun nak! Hmm, kenapalah sugar glider takde yang kampung punya? Kalau kucing kampung tu free je kutip kat tengah jalan. Isk.

Alamak student dah datang, bye! ; )

Friday, July 9, 2010

I miss him but...

Assalamualaikum n Hi!


Okey, aku tahu dah lama sangat dah aku tak update blog. Jerawat beratur kat dahi menandakan stress menimpa. Seriously, aku bukan nak cerita pasal jerawat. ;)


Mak dengan ayah takde kat rumah sebabalik kampung sehingga Ahad. Saya nak ikuttttttt! : (


Tak payah nak sedih sangat. Mengada!


Maaflah, takde apa yang menarik nak dikongsi. Otak blur sejak beberapa minggu yang lepas. Agaknya dah termakan racun kot, sebab tu jadi camtu. Tak pun otak dah kena racun. Eh, tak sama ke? Sama je kan?


Okey, apa-apa je. Siapa kisah?


focus on the quote

Ya Allah, seksanya rasa bila rindu kat seseorang tu tapi tak boleh nak contact dia. Sangat sakit. Tapi bila sabar dan fikir Allah sentiasa ada dengan aku, I feel better. Aku tahu semua ni tak sia-sia.


I move on  for the better. Aku buat semua ni sebab aku sayang dia sangat. Mungkin aku sorang je yang sayang dia. Bak kata pepatah, "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" atau dalam bahasa yang mudah, aku syok sendiri. Ouch, tak boleh terima kenyataan tu. Sakit! Tolonglah faham. Ni pehal tetiba nak emo ni?


Back to the topic,


Aku tukar nombor supaya kami tak boleh berhubung lagi. Tambah pula, dia dah delete aku dari facebook dia beberapa bulan lepas. Jadi, kami memang dah terputus hubungan. Oh, aku nak nangis : ( (. Tambah lagi aku malas nak on ym setiap kali aku online sebab kesihatan internet celcom beruk(nama manja) aku tak berapa baik. So, nampak tak kami memang dah takkan contact each other lagi. Okey, air mata dah mula menitik. 


Kenapa nak nangis? Bukan ke kau yang mula lari dari dia?


Takpela Balqis, sabar je lah banyak-banyak. Allah menjanjikan sesuatu yang baik bila kita sentiasa bersabar. Cuma, aku berharap yang dia tak benci aku. But, what if he does?



please be happy


footnote: impossible by shontelle tear up my heart

Wednesday, June 30, 2010

She is priceless

Assalamualaikum n Hi!

Haahh, rindu nak merapu kat sini. Sibuk betul sepanjang minggu ni. Penat dan stress bertimpa-timpa sampai tak sempat nak sengih pun. Ceh, hyperbola sungguh.

Isnin lepas hari lahir mak aku tapi tak sempat nak wish pun. Anak derhaka betul. Kalau birthday boyfie, laju je mesej. Tak menyempat nak tunggu detik 12.00 tengah malam pun. Haha. Lawak dunia ni kan?

.:thanx Mr. Google:.

28 Jun lalu adalah ulang tahun kelahiran mak yang ke... jeng, jeng, jeng... 51 tahun. Naa, still young. Ramai orang tak percaya umur mak aku. Tengok anak la! Hahaha.

that's my mom, adik, and dad. :)

see, muda belia lagi mak aku. hehe

Happy birthday mak! I love you so much. You are the best mom I've ever had! :)

Semoga cepat naik haji, murah rezeki, amalan baik bertambah berganda-ganda-ganda-ganda(harap cekgu bm aku tak baca ni). Tak lama lagi boleh dapat cucu. Eceh, celah mana nak dapat cucu? Anak-anak mak muda-muda lagi. Kan? Kan? Cucu sedara ada la. ;)

love,

Thursday, June 24, 2010

Kusut

Assalamualaikum n Hi!

Kepala disengetkan ke kiri kemudian ditegakkan balik. Lepas tu ke kanan. Hmm, apa kena dengan aku ni? Satu badan terasa panas dan menggigil. Rasa macam nak demam.

Tadi lepas makan aku duduk kat meja sementara menunggu mak habis mesej customer dia. Geez bosan betul sejak mak aku tak habis-habis bisnes ni. Harap mak tak baca ni. Huuu.

Tiba-tiba handphone dalam genggaman mak berbunyi. Aku buat dunno. Dah? Handphone mak, tak kan aku nak angkat. Lagipun handphone tu dalam tangan mak. Aku ingat customer mak. Tapi bila tengok mata mak duk lekat dekat aku, aku dah berdebar. Siapa pula yang call mak ni? Jangan-jangan...

Tepat jangkaan aku bila mak sebut nama dia. Oh my God! Rasa macam nak pecah dada aku. Bulat mata aku pandang mak. Humphh.

Bila mak letak call, aku dah tergelak-gelak. Tutup malu. Daus call mak. Kenapa?

Rindu. Aku rindu dia. Hmm, aku rindu Daus. Esok dia kelik Kelantan. Aku ingat dia kat Kelantan sekarang. Kalaulah...

Sorry Daus. This is the best for us. Jangan lupakan Qis.


Wednesday, June 23, 2010

if i could turn back the time

Assalamualaikum n Hi!

will you be my sunshine forever?

you're my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey
you never know dear
how much i love you
please don't take my sunshine away


the other night dear
as i lay sleeping
i dreamed i held you
in my arms
when i awoke dear
i was mistaken
so i hung my head
and cried

"betul, senyuman aku sekarang adalah satu penipuan. but aren't you happy when you look at people around you with their smiling or laughter cause of your smile? hmm?"

"..." senyap tanpa jawapan. oh my... what am i doing? talking with a cockroach in a toilet??

gila! adakah aku sedang dalam proses untuk masuk hospital bahagia? geez.

off to bed.

footnote: gonna miss my nabila, zuhdi n hanif. they are my fav students. ;)