Monday, August 9, 2010

Simple update

Assalamualaikum n Hi!

Jumaat lepas aku dengan whole family pergi I-City. Woott, woott~ sangat excited okey! Sebab ianya hadiah birthday aku. :)

No pictures to share, FULLSTOP

Aku kan pemalu. Low profile. Hahaha. Okey, tipu.

Actually, gambar'' yang diambil semuanya tak menjadi. Maklumlah, guna camera phone je.

Oh ye, cakap pasal hadiah birthday teringat dekat one of my bestfriend, Azli. Thanx for the present. Nanti I pakai masa raya okey? :)

Oh cakap pasal raya pula, lusa dah puasa! Ni lagi buat aku excited. Tak sabar nak puasa tahun ni.


marhaban ya ramadhan

Selamat menyambut kedatangan bulan mulia ini. Semoga keberkatan bulan mulia ini kita gunakan sebaiknya. Okey skema.

Sebelum aku merepek sambil makan kerepek kat sini baik aku bawa diri dulu.

Ya Allah, semoga kami mendapat malam lailatulqadar. Amin.

Tuesday, August 3, 2010

Dibuli

Assalamualaikum n Hi!

Tadi aku pergi HQ beli stok barang'' mak. Nampaknya aku kena ambil alih tugas abang aku sejak dia dah mula bekerja. It's a good thing. Really happy for him. Aku harap sangat dia kekal dengan kerja yang dia baru dapat tu. Dapat gaji jangan lupa belanja. Dah la tak bagi kek masa birthday orang T_T

Okey, stop menyimpang. Aku g beli barang'' dengan adik aku. Agak lambat sebab dia balik sekolah pun dah pukul 3.30 p.m. Dipendekkan cerita, masa on the way balik dari beli barang'' tu, jalan agaklah sesak sebab traffic light merah plus orang baru keluar office. Aku yang tengah khusyuk sembang dengan adik aku tetiba tersirap bila ada satu motor menyelit dekat kereta'' yang tengah beratur rapat'' tu.

Aku dok usha je motor tu dari side mirror. Aku bajet dia takkan lepas nak lalu sebelah aku sebab kereta sebelah kanan aku memang rapat. Aku ingat dia nak berhenti. Tup, tup, dia langgar side mirror aku. Macam hampeh! Pastu main blah camtu je.

Aku tahu la aku perempuan, so what? Kalau perempuan yang bawa kereta boleh suka'' hati je ke nak buli? Sabar je lah aku dengan pembuli jalanan ni. Nak, nak lagi kalau In--

Okey, tak payah sebut, nanti cakap aku racist pula.

Tu je untuk hari ni. Sebelum aku akhiri entry ni, aku nak bagi korang semua tengok gambar budak pemalu.

kuku panjang, kena sekolah dengan aku

Pemalu sungguh dia ni. Tapi bila part menge'pow' aku, hilang segala malu. Tapi aku relakan je. Sayang punya pasal. :D

Sunday, August 1, 2010

Lain kali

Assalamualaikum n Hi!

Tik. Tik. Tik. Jam dinding menunjukkan pukul 8:21 a.m. dan aku masih cuba untuk melupakan kesedihan kerana tidak dapat bertemu dengan si dia. Tsk.

"Lain kali je," katanya untuk pujuk aku. Entah bila lain kali tu akan muncul.

Dan aku pun pujuk hati sendiri untuk terus gembira. "Takpe, lain kali masih ada."

Lain kali, bila kamu nak muncul? Saya sangat rindukan dia.


Sunday, July 25, 2010

Kasih Sejati.

Assalamualaikum n Hi!

Baru lepas tengok cerekarama ; Kasih Sejati sorang''. Kesiankan aku tengok tv sorang''. Takde siapa yang sudi teman. Huks.

By the way, korang tengok tak cerekarama tu? Tak? Memang! Memang rugi. Kenapa? Kita kenalah support industri tempatan, maklumlah, sekarang ni kan barang banyak naik--- Okey, takde kaitan.

Pada pandangan aku, cerita tu memang best. Takdelah 'memang' sangat. Tapi boleh la nak bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Haha. Fauziah Gous agak plastik. Aku suka Jue Aziz, nampak natural. Dan aku kalah sebab dia. Kalah? Apehal kalah pula? Sebab nangis masa Jue nangis. Oh, it was so touched okey. Aku dah la tak boleh tengok orang nangis.

Tapi kalau pasal duit memang ramai yang rabun, buta dan seangkatan dengannya. Sanggup buat apa saja demi duit. Kenapa? Tak sedar ke yang dunia ni hanya sementara? Duit tu tak boleh bawa mati. Dah mati, nak shopping apa lagi? Kan?

"Bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun lagi, beribadah seperti kita akan mati pada esok hari"

Cuba seimbangkan dunia dan akhirat. Lagi satu, kalau minta doa pada Allah janganlah minta "nak kaya, mudahkan perjalanan hidup atau panjangkan umur" je. Ingat, dunia ni sementara. Kalau nak minta, minta macam ni ; rezeki yang melimpah ruah supaya dapat bersedekah pada jalan-Mu, permudahkan perjalanan hidup di dunia dan akhirat, kesihatan yang berkekalan supaya dapat beribadah dengan khusyu' dan yang sama waktu dengannya.

Sesungguhnya Allah maha pemurah. Kita minta, Dia beri. Cuma, lambat atau cepat je. So, jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar ye Balqis. :D

Okey done. Cuma nak bagitahu yang aku kalah tengok drama ni. Ada la beberapa kali kesat mata supaya air mata tak mengalir. Wahaha. Oh ye, tadi tengok iklan macam akan ada cerita Syurga Cinta the series je. Lagenda Budak Setan pun sama. Huh, melekat je lah kat depan tv nanti.

footnote: cepat'' update sebab nanti malas nak update kalau diperam lama''
footnote 2: aku bukan baik sangat tapi tak salahkan berkongsi? Kalau nak tunggu jadi baik baru boleh kongsi, sampai kiamat la tak dapat kongsi. Manusia tak sempurna.

Saturday, July 24, 2010

Bumi berputar dengan kelajuan yang luar biasa.

Assalamualaikum n Hi!

Tahu tak sekarang ni aku rasa masa sangat cepat berlalu. Rasanya baru dua hari aku tak update belog tapi sebenarnya dah lebih kurang dua minggu. Now, dah masuk minggu keempat dalam bulan Julai. Tak lama lagi puasa. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa pada tahun ni. :)

Tak sabar nak puasa. Tadi students tanya ada kelas tak masa bulan puasa. Then, aku jawab tak tahu. Teringat masa kecil'' dulu. Kalau dah puasa tu memang malas nak buat apa''.

Semalam teman Eka pergi unisel untuk settlekan transkrip. Sambil menyelam minum air, kami singgah rumah ibu. Dah besar budak'' yang ibu jaga. Cik E-mah dah pandai cengeng, Cik Liya sudah pandai berjalan, En Fateh sekarang suka tengok tv. Kalau tengok tv tu, memang tak kisah dah dengan masyarakat sekeliling. Hahaha. Comelnya mereka.

Sebelum berangkat pulang kami bermesra dengan cik Emah. Pastu saja usik dia. Kami tinggalkan dia sorang dekat wakaf yang ayah buat tu. Pandai merajuk kau! Ceh, budak ni cubit pipi baru tahu. Hahaha.

e-ka, e-mah, e-ku. boleh? :P

Gambar yang lain aku upload lain kali. Al maklumlah, budak 'rajin'. Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat rakanku, Ina-chan yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-21. Naa, dah dapat kunci kebebasan. Selamat maju jaya kawan. :)

footnote: kalau setakat add facebook aku untuk jadi stalker, sekian terima kasih je la. Aku taknak approve. Aku stalk orang takpe. Hahaha*tampar muka sendiri*