Monday, August 29, 2011

Tok3, jom tengok apa aku buat sampai susah nak update blog.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Fuhhh fuhhh. Seriyes rindu dekat blog ni. Kalau boleh, banyak benda aku nak luahkan, curahkan, kongsikan kat sini tapi takde kesempatan. Kalau online pun sekejap-sekejap je. Semester ni memang sibuk giler! Kadang-kadang nak tidur pun tak sempat. Tapi sibuk sibuk aku pun masih boleh beriang ria dengan kawan-kawan. HAHA.

Aku rasa entry ni banyak gambar je kot. Let's leave the pictures do their work k? Layan.

around 19th July. MSU nak pecahkan record untuk martial art kick and we are involved as the communities.

in the morning by 8.30 a.m. we were here to settle the registration and started the activities.

going to kitchen class at 12.30 p.m. until 8 p.m.

11.00 p.m. stay at MSU to supervised the participants (supposedly) tapi dh ramai sgt yang jaga so ktorg duduk melangok je sampai jam 3 pagi. wehooo! esoknya kul 8.30 datang balik for classes and majlis penutup. phewww, memang panda giler la mata.

around 23th July if I not mistaken. we have community service at Kg Dusun Tua. Gonna help warga emas clean while repairing the house before Ramadhan.

departure from MSU to Kg. Dusun Tua; 23 july

arrived at Kg. Dusun Tua n having our breakfast.

started the activity

having lunch n departure to MSU

28th July, it's my birthday! a surprise party from my classmates was held at ICT. Thank you guys :) i had fun <3
28 july, I was surprised at that moment. honestly, terharu sangat.

they are my brothers and sisters :D

Ni je? Oh tak, banyak lagi sebenarnya tapi ni je yang sempat aku kongsikan. Now I have to prepared for balik kampung. Selamat hari raya pada muslimin n muslimat sekalian. Pada yang malas nak puasa tu, cerminlah diri sikit. Tak layak kot nak beraya. HAHA. #Butthurtjoke


Aku ambil kesempatan ni untuk mohon maaf kepada semua yang terasa hati dengan kata-kata dan perbuatan aku. Jarum yang patah jangan di simpan dalam peti, kalau ada (memang ada pun) silap n salah jangan disimpan dalam hati. Nanti sakit siapa yang susah? Aku jugakkk~ Okey tak lawak. so yeah, maafkan kesalahan aku ye. Aku manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan.


And oh oh, sorry too about the previous entry. That's sooo not me! HAHA. Akan ada sambungannya nanti. InsyaAllah, kalau aku ada masa dan idea. Sorry atas kata-kata kesat yang digunakan. Hiks.

Till then, see you in heaven :) hoping you guys have a nice hari raya and good days. May Allah blessed us.

click, click, click! ;)

Sunday, August 28, 2011

kenapa tak pernah nak paham?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Jam: 12.22 pagi
Tempat: Jalan TAR

"Wei tengok sane! Awek cun dowh."
"Mane? Mane?"
"Tu" dengan muncung panjang sedepa menghala ke kanan, rakan-rakan yang lain tururt sama menyorot mata ke arah yang sama. Mata tak berkedip masing-masing, mulut ternganga sedap melayan panorama di depan mata.
"Hai u olls, meh la dekat sikit" Perghh nak tersembur air liur bila susuk tubuh yang di pandang berpaling ke arah mereka. Masing-masing angkat punggung, langkah seribu.
"Babi! tu mak nyah la sial!" maki seorang daripada mereka. Sejenak kemudian, meletuslah gelak tawa mereka. Sakan. Macam KL tu depa punya.

Deringan dari telefon milik Z mematikan tawanya. Teragak-agak menjawab panggilan dari sebelah sana. Butang hijau ditekan lambat.
"Helo?"
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
"Kat mane ni? Bile nak balik?"
"Tak balik malam ni. Ktorang duduk kl je." telefon yang digenggam rapat ke telinga di jarakkan. Suara mak dah mulai tinggi. Mampuslah.
Z diam mendengar leteran mak. Sekadar menjawab sepatah pada berpatah-patah soalan dari mak. "Ye/Tau/Ok/Hmmm"
"Ha bagus, duduklah kat situ, tak payah balik-balik!" Tup! Talian di matikan.
Belum sempat tarik nafas lega telefon kembali berdering.
"Kau kat mane sekarang?" suara ayah terus menusuk ke telinga. Ibarat petir yang menyambar pokok, memang berdesing telinga dengar.
"Aku tanya kau kat mane??!"
"Kat jalan TAR"
"Kau tunggu situ, aku pergi amek kau. Kau paham tak? Jangan pergi mane-mane. Kau paham ke tidak?!"
"Ok," perlahan namun jelas. Serentak itu talian di matikan.


"Bapak aku nak datang amek aku"
"Hoiii giler tak best kau ni. Lepak kt luar sehari pun tak bley ke?"
"Ntah, tak syok betullah family kau ni! Macam duduk kat neraka bodo!"
Z mendiamkan diri. Menelan segala cacian dan makian rakan-rakan.
"Dah la, baik ktorang chow dlu. Kang tak pasal-pasal kena sembur dgn bapak kau dowh!"
"Jom! Chow, chow"
"Setan! Camni ke kawan? Blah la woii!" Z memaki rakan-rakannya yang semakin jauh meninggalkannya.

14 jam sebelumnya.
Jam: 10 pagi.
Tempat: Rumah
Situasi: Baru balik dari pasar beli barang-barang yang mak kirim.
Perlahan pintu dapur ditarik. Barang-barang yang mak kirim tadi dibiarkan di atas tabletop. Langkah kaki dibuka menuju ke bilik. Niat hati mahu sambung tidur. Sempat jugalah terlelap sekejap sebelum pintu bilik dihempas kuat. Ape jadah binatang haram mana yang dok hempas-hempas pintu ni? Hati Z dah panas.
"Wei kau bangun sekarang!" terkulat-kulat dia disergah namun badannya masih melekat di katil.
Buk! Satu tumbukan padu tepat tertepak dibahunya lantas membuatkannya bangun terduduk.
"Apehal kau ni?"
"Apehal, apehal kau? Motor tu aku dah cakap banyak kali kan jangan parking macam tu. Kau bodoh ke ape tak paham bahasa aku?" Sial la, motor je pun, marah aku macam aku langgar rumah ni guna lori! Z bangun capai kunci motor.
"Aku tak habis cakap dgn kau lagi la bangang!" kolar baju Z rentap kasar.
"Ape lagi?" Z menengking. Dia dan abangnya tak pernah sebulu. Ade je masalah antara mereka. Dan kebiasaanya, si abang yang selalu cari pasal.
Buk! Z tersandar ke dinding di tolak abangnya.
"Kau dengar sini eh, bila mak ngn ayah takde nanti kau jangan mimpilah nak duduk rumah ni. Aku akan halau kau keluar dari rumah ni. Kau dengar tak?"
Z lantas bangun dan blah keluar dari bilik. Dalam hati memaki hamun tak sudah pada abangnya. Usai mengalih motor dia mandi dan berambus dari rumah.


TIN! Lamunan Z tersentak. Perlahan dia bangun menapak ke kereta. Dalam kereta dia hanya diam mendengar leteran ayah. Dalam hati berdoa supaya ayah diam dan mak tak tunggu kat rumah untuk libas dia dengan getah paip.


click, click, click! ;)

Saturday, August 27, 2011

Facebook is a fakebook.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari al-Quran dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang al-Quran dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah kami wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam."

Let's return to the real book; al-Quran.

click, click, click! ;)