Friday, September 30, 2011

Tak adil.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Semua orang dah move on.
Semua orang dah ada hidup masing-masing.
Termasuk dia.
Ye, termasuk dia.
Kadang-kadang aku terfikir.
Betul ke aku dah tak harap apa-apa dari dia?
Betul ke aku dah benar-benar lepaskan dia pergi?
Betul ke aku tak mahu terima orang lain bukan sebab aku tunggu dia.
Entah, aku tahu persoalan ni tak penting.
Kerap aku lari dari persoalan remeh ni.
Tapi kadang-kadang aku gagal untuk tak memikirkannya.
Beratnya melepaskan dia pergi.
Aku. Rindu. Dia.

Saturday, September 17, 2011

May I run as far as I want?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Bunyi sudu dan garpu yang berlaga seiring dengan suara mereka yang di meja makan. Aku hanya diam mendengar setiap isi yang diutarakan. Terkadang riuh mereka ketawa memenuhi ruang makan itu. Aku tersenyum mengikut rentak mereka. Khuatir mereka menghidu masalah aku.

Mereka khabarkan kepada aku bahawa aku telah banyak berubah. Kalau sebelum ni aku tak pernah merungut, sekarang aku dah pandai merungut. Kalau sebelum ni aku cukup marah kalau ada yang mencarut tapi sekarang aku pula yang dimarahi kerana mencarut.

Mungkin dalam diam mereka tahu bahawa aku sedang bermasalah. Entahlah, aku sedar kini aku bukan lagi aku yang dulu. Aku akui banyak perubahan yang aku rasakan pada diri aku sendiri. Tapi aku tak faham. Betul-betul tak faham dengan diri aku. Kenapa aku berubah? Aku tiada jawapan untuk itu.


Maaf kawan, aku tak pandai menjaga hati sesiapa. Dan ini memang tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

click, click, click! ;)

Sunday, September 4, 2011

Sia-sia.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Aku bercakap bukan sebab aku busybody tapi sebagai kawan, aku taknak kau hanyut. Aku taknak kau kecewa. Aku taknak kau syok sendiri. Aku taknak kau disakiti. Aku taknak kau terluka. Sikit pun tak terdetik dalam hati perasaan cemburu atau dengki. Aku tak mahu persahabatan yang terjalin nanti terputus macam tu je.

Bercakap pun kalau takde sesiapa nak dengar lebih baik diam. Buat habis air liur je. Bak kata pepatah, ibarat mencurahkan air ke daun keladi. SIA-SIA