Sunday, August 28, 2011

kenapa tak pernah nak paham?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Jam: 12.22 pagi
Tempat: Jalan TAR

"Wei tengok sane! Awek cun dowh."
"Mane? Mane?"
"Tu" dengan muncung panjang sedepa menghala ke kanan, rakan-rakan yang lain tururt sama menyorot mata ke arah yang sama. Mata tak berkedip masing-masing, mulut ternganga sedap melayan panorama di depan mata.
"Hai u olls, meh la dekat sikit" Perghh nak tersembur air liur bila susuk tubuh yang di pandang berpaling ke arah mereka. Masing-masing angkat punggung, langkah seribu.
"Babi! tu mak nyah la sial!" maki seorang daripada mereka. Sejenak kemudian, meletuslah gelak tawa mereka. Sakan. Macam KL tu depa punya.

Deringan dari telefon milik Z mematikan tawanya. Teragak-agak menjawab panggilan dari sebelah sana. Butang hijau ditekan lambat.
"Helo?"
"Assalamualaikum"
"Wa'alaikumsalam"
"Kat mane ni? Bile nak balik?"
"Tak balik malam ni. Ktorang duduk kl je." telefon yang digenggam rapat ke telinga di jarakkan. Suara mak dah mulai tinggi. Mampuslah.
Z diam mendengar leteran mak. Sekadar menjawab sepatah pada berpatah-patah soalan dari mak. "Ye/Tau/Ok/Hmmm"
"Ha bagus, duduklah kat situ, tak payah balik-balik!" Tup! Talian di matikan.
Belum sempat tarik nafas lega telefon kembali berdering.
"Kau kat mane sekarang?" suara ayah terus menusuk ke telinga. Ibarat petir yang menyambar pokok, memang berdesing telinga dengar.
"Aku tanya kau kat mane??!"
"Kat jalan TAR"
"Kau tunggu situ, aku pergi amek kau. Kau paham tak? Jangan pergi mane-mane. Kau paham ke tidak?!"
"Ok," perlahan namun jelas. Serentak itu talian di matikan.


"Bapak aku nak datang amek aku"
"Hoiii giler tak best kau ni. Lepak kt luar sehari pun tak bley ke?"
"Ntah, tak syok betullah family kau ni! Macam duduk kat neraka bodo!"
Z mendiamkan diri. Menelan segala cacian dan makian rakan-rakan.
"Dah la, baik ktorang chow dlu. Kang tak pasal-pasal kena sembur dgn bapak kau dowh!"
"Jom! Chow, chow"
"Setan! Camni ke kawan? Blah la woii!" Z memaki rakan-rakannya yang semakin jauh meninggalkannya.

14 jam sebelumnya.
Jam: 10 pagi.
Tempat: Rumah
Situasi: Baru balik dari pasar beli barang-barang yang mak kirim.
Perlahan pintu dapur ditarik. Barang-barang yang mak kirim tadi dibiarkan di atas tabletop. Langkah kaki dibuka menuju ke bilik. Niat hati mahu sambung tidur. Sempat jugalah terlelap sekejap sebelum pintu bilik dihempas kuat. Ape jadah binatang haram mana yang dok hempas-hempas pintu ni? Hati Z dah panas.
"Wei kau bangun sekarang!" terkulat-kulat dia disergah namun badannya masih melekat di katil.
Buk! Satu tumbukan padu tepat tertepak dibahunya lantas membuatkannya bangun terduduk.
"Apehal kau ni?"
"Apehal, apehal kau? Motor tu aku dah cakap banyak kali kan jangan parking macam tu. Kau bodoh ke ape tak paham bahasa aku?" Sial la, motor je pun, marah aku macam aku langgar rumah ni guna lori! Z bangun capai kunci motor.
"Aku tak habis cakap dgn kau lagi la bangang!" kolar baju Z rentap kasar.
"Ape lagi?" Z menengking. Dia dan abangnya tak pernah sebulu. Ade je masalah antara mereka. Dan kebiasaanya, si abang yang selalu cari pasal.
Buk! Z tersandar ke dinding di tolak abangnya.
"Kau dengar sini eh, bila mak ngn ayah takde nanti kau jangan mimpilah nak duduk rumah ni. Aku akan halau kau keluar dari rumah ni. Kau dengar tak?"
Z lantas bangun dan blah keluar dari bilik. Dalam hati memaki hamun tak sudah pada abangnya. Usai mengalih motor dia mandi dan berambus dari rumah.


TIN! Lamunan Z tersentak. Perlahan dia bangun menapak ke kereta. Dalam kereta dia hanya diam mendengar leteran ayah. Dalam hati berdoa supaya ayah diam dan mak tak tunggu kat rumah untuk libas dia dengan getah paip.


click, click, click! ;)

No comments: