Saturday, September 17, 2011

May I run as far as I want?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Bunyi sudu dan garpu yang berlaga seiring dengan suara mereka yang di meja makan. Aku hanya diam mendengar setiap isi yang diutarakan. Terkadang riuh mereka ketawa memenuhi ruang makan itu. Aku tersenyum mengikut rentak mereka. Khuatir mereka menghidu masalah aku.

Mereka khabarkan kepada aku bahawa aku telah banyak berubah. Kalau sebelum ni aku tak pernah merungut, sekarang aku dah pandai merungut. Kalau sebelum ni aku cukup marah kalau ada yang mencarut tapi sekarang aku pula yang dimarahi kerana mencarut.

Mungkin dalam diam mereka tahu bahawa aku sedang bermasalah. Entahlah, aku sedar kini aku bukan lagi aku yang dulu. Aku akui banyak perubahan yang aku rasakan pada diri aku sendiri. Tapi aku tak faham. Betul-betul tak faham dengan diri aku. Kenapa aku berubah? Aku tiada jawapan untuk itu.


Maaf kawan, aku tak pandai menjaga hati sesiapa. Dan ini memang tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang.

click, click, click! ;)

No comments: