Saturday, December 8, 2012

Belum pulih

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


"Ehem, maaf. Tolong senyap sikit boleh tak? Tak pun pergi settle kat tempat lain ke..."

Teringat peristiwa yang pertama kali berlaku dalam hidup aku. Bergaduh besar dengan teman sebilik, sebantal, sekatil. Waktu makan kami selalu duduk sama-sama. Berkongsi apa yang kami ada, dari lauk hingga pelbagai cerita tentang kehidupan. Kebiasaannya, aku lebih suka mendengar perbualan mereka. Sesekali tu ada jugalah aku mencelah memberi pendapat tapi memang kebiasaanya aku lebih senyap dan memasang telinga. Aku lebih selesa macam tu.

Ahh tapi semua tu dulu. Lepas dari bergaduh besar tu, aku jadi tawar hati untuk kembali menjadi seperti apa yang pernah kami jadi sebelum ni. Bukan aku tak memaafkan tapi sukar untuk aku lupakan apa yang dah jadi. Kadang-kadang aku rasa bersalah sangat sebab bersikap macam ni. Dia cuba untuk berbaik semula namun kekerasan hati aku mengatasi niat baik dia. Aku rasa tak berbaloi untuk kami rapat macam dulu.

Entah kenapa. Mungkin perasaan takut membelenggu. Takut apa yang terjadi tu berulang kembali. Semua tu macam mimpi. Mimpi yang sangat ngeri untuk aku ulang tayang balik. Bukan aku tak sayang tapi pada aku sayang tu perlukan kepercayaan. Aku tahu dan aku cukup sedar yang kesalahan bukan terletak pada dia je. Aku juga bersalah. Ye, aku mengaku. Aku bertindak diluar kawalan malam tu. Kata-kata aku, perbuatan aku dan tindak balas aku memang diluar jangkaan. Mungkin sebab dah lama bersabar.

Aku bukan orang yang naik angin sewenangnya tapi bila aku dah start, it leads to nowhere. Dan bila aku membenci, aku benci semahunya.

Betul, niat dihati aku mahu berkawan kembali tapi tidak mungkin serapat dulu. Namun entah kenapa sukar untuk menurut kata hati. Mungkin hati ni belum pulih sepenuhnya.

notakaki: kenapa kau selalu pentingkan diri kau? kau rasa hati kau akan pulih kalau kau tak benar benar memaafkan? jangan berlagak bagus, Balqis!

click, click, click ;)

No comments: