Saturday, March 19, 2011

Camwhoring @ MSU

[with Jan @ MSU]

Assalamualaikum. Hi u'olls. Rindu I tak? HAHA. Okey, aku gedik.

Semalam aku n Jan dengan suka hatinya pergi melawat swimming pool dekat MSU. Yela masa orientasi tak buat pun detour @ MSU, jadi ktorang round la sendiri.


[@ swimming pool, MSU]

Tapi swimming pool ni ada satu je? Cane aku nak berenang? Kena campur laki ngan perempuan ke?
Eceh beriya tau aku ni. Padahal berenang pun tak reti. HAHA

Bilik mayat  pun tak dapat masuk. Tsk, I teringin tau masuk bilik mayat tu. Tengok otak yang senior-senior kata terendam dalam air.
Baca leklok eh. Bukan nak tengok otak senior, tapi nak tengok otak yang ada dalam bilik mayat tu. Paham?
Pastu boleh jadi zombi makan otak.
Otak, otak, otak~
Heh.


For the next two weeks aku akan ulang alik sorang-sorang je la sebab Jan akan ke Mekah mengerjakan umrah dengan keluarganya yang tercinta. Selamat pergi dan balik dear. Gonna miss you <3

Nanti kau dah balik kita hang out dengan Eka okey :)
Can't wait for that moment.

click, click, click! ;)

Tuesday, March 15, 2011

Pakej C.A.N.T.I.K adalah pakej lengkap untuk kecantikan dan kesihatan.

Assalamualaikum. Hai u'olls. Sihat hari ni?
Tiga hari lepas (Sabtu, 12 March) aku ke SACC untuk meraikan sambutan ulang tahun Worldwellness(WWN) yang ke-8 yawww.

[happy 8th anniversary WWN]

Banyak gak ah aktiviti yang dijalankan masa Fantastika ke-8 ni.
Antaranya, penerimaan anugerah bagi kenaikan pangkat usahawan-usahawan(I la tu HAHA), pelancaran tiga (3) produk terbaru, cabutan bertuah, sampel produk percuma diberikan dan macam-macam lagi la.

To be honest, bukan aku sorang yang dapat anugerah. HAHA. Ramai lagi yang dapat anugerah.
Pangkat aku pun takde ah tinggi mane. Biase ah budak baru nak up. :P

Now, aku nak cerita pasal produk baru yang dilancarkan pada hari tersebut. WWN memperkenalkan pakej C.A.N.T.I.K. yang mengandungi tiga produk baru.
C.A.N.T.I.K stands for
Ceria
Anggun
Natural
Tarikan
Inspirasi dan
Keajaiban J

Produk pertama, jeng jeng jeng… aiceh nak jugak jeng3.

Mempersembahkan Super RxLite.

Apa bezanya Super RxLite ni dengan RxLite sebelum ni? Curious tak, curious tak?
Okey, Super RxLite ni ada dua bahan tambahan iaitu Jati Belanda dan Hoodia dan kesannya dua kali ganda dari RxLite.

Cara minum,

Actually kalau nak ambil Super RxLite saja pun boleh. Tapi untuk kesan yang lebih kebaboom, pantas dan efektif bolehlah ikut cara kat atas.

Next, RxYoung drink


Kesan dari pengambilan RxYoung drink ni kedut berkurangan, kulit lebih lembut dan licin, tenaga dan kekuatan bertambah, memori bertambah baik, mengurangkan penyakit kronik dan aura positif meningkat. Kalau nak tahu, kesannya boleh dilihat dalam masa 15 hari! (angkat" kening)
Minum segelas sehari sudah memadai.

Last but not least,

[RxYoung creme]

RxYoung creme ni haruslah dipakai pada waktu pagi dan malam. Kalau nak pakai setiap kali lepas solat pun boleh. Tapi malam memang KENA pakai sebab waktu malamlah sel-sel kulit kita di'regenarate' dan di'retreatment'. Kesannya lebih kurang sama dengan RxYoung drink.

Apa yang penting.. Kerjasama! HAHA.
Tak, sebenarnya yang penting produk-produk ni bukan hanya menjaga kecantikkan je malah ia jugak sesuai untuk menjaga kesihatan. Mana nak dapat produk-produk yang ada pakej macam ni kalau bukan kat sini? Ce cite, ce cite.

Orait, sampai sini je lah celoteh aku. Anything just email me at balqisqishi@yahoo.com.
Till then see ya! :D

click, click, click! ;)


Friday, March 11, 2011

Tamat sudah orientasi.

Assalamualaikum. Hai u'olls. Amacam, sihat? Alhamdulillah.
Hari ni adalah hari terakhir orientasi di MSU.
Apa? Dah hari terakhir?
Sebelum ni tak story pun nak masuk MSU. Alaaa, bukan apa aku nak tengok dulu MSU ni macam mana gempaknya. Kalau okey baru aku storyboard.

Haaa, nampak nampak? Ada udang disebalik mee. By the way, MSU syiok okey!
Tolak segala jenis yuran dan jammed kat Shah Alam. HAHA.
So far okey la. Aku dah excited nak mula kelas walaupun belum jumpa lagi kawan-kawan yang satu program dengan aku. Mungkin sebab dah lama sangat cuti kot itu yang excited gila nak belajar balik tu. Teheee.

[I want to be a shining star]

Honestly, banyak gila benda yang aku nak kongsi, yang aku nak cerita, yang aku nak merapu tapi takut panjang sangat pula entry ni nanti.

Esok aku akan terima anugerah.
Anugerah apa? Haaa tu yang kita nak tahu. Later on aku update. Kalau rajinlah.
Hopefully dengan penerimaan anugerah ni aku akan lebih agresif untuk menerima anugerah seterusnya dalam masa yang singkat.

I want to beat the best! Till then, see ya :)

Saturday, March 5, 2011

I need money!

Assalamualaikum.
Hi u'olls. Sihat? How's life? Me?
Oh biasalah, bumi kan sfera. Sentiasa berputar.
Sebab tu hidup diibaratkan seperti roda. Kadang kita kat atas, kadang kita kat bawah. Apa nak heran. Semua orang akan rasa sakitnya jatuh dan lapangnya dada bila berada di puncak.

Ada orang kata duit bukan segalanya.
Duit tak boleh beli kasih sayang. Duit tak boleh beli kegembiraan.
Duit tak boleh beli.. tak boleh beli.. tak boleh beli apa lagi? HAHA tiba-tiba buntu.
Malapetaka apakah >__<''

[tengok, tengok, siapa kata duit adalah segalanya?]

Ulat bawah batu pun boleh hidup. Tak payah pakai duit pun. Ha, ce cite ce cite.
C'mon lah, takkan la nak samakan diri kau dengan ulat?
Ulat makan apa? Ulat pakai baju ke? Ulat perlu letrik ke? Ke dia mati kalau tak boleh online? Ce pike ce pike.

Tak dinafikan, memang duit bukan segalanya, tapi segalanya adalah duit. Zaman sekarang ni, nak berkumuh pun kena keluarkan duit.
Kau tau tak berkumuh tu mende? Alaa buang air la. Bukan buang air mineral atau air fresh oren. Adoii tak payah terangkan la.
Senang cite, kalau kau kat tempat awam, kau nak pergi tandas awam, kau kena bayar kan? Kan? Ha, tu lah maksud aku.

Dari sekecil-kecil benda ke sebesar besar benda mesti kena bayar. Nak nak kalau kau sakit. Nak buat check-up pun kena bayar. Eh, pendek kata segalanyalah perlukan duit.
Tiba-tiba tension pulak bila sebut "bayar, bayar". Huh.

[saja letak gambar ni nak bagi tenang sikit HAHA]

Sekarang ni aku dalam proses mencari duit. Nak sambung belajar en, kenalah ada duit. Memandangkan aku dah stop tuisyen nampaknya haruslah aku cari jalan lain untuk kumpul duit.
Duit, duit aku seru namamu datanglah kau dalam hidupku.
HAHA. Tak macam gelabah pulak en buat cani.
Tak, tak aku tak obses dengan duit. Dan aku juga bukan mata duitan atau kaki kikis atau pisau gillete atau yang sewaktu dengannya. Jangan risau. Meh meh jadi kawan aku meh.

Entry ni sumpah buat aku nampak macam desperate. Adoii. Tapi ada tak benda dalam dunia ni yang free?