Monday, June 27, 2011

Apa yang korang fikir tentang aku?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Aku sombong?
Ya.

Aku memilih?
Ya.

Aku jual mahal?
Ya.

Aku garang?
Ya.

Tapi itu tak bermakna aku takde life langsung.
Tak bermakna life aku tak sebahagia orang lain.
Bukan aku tak mencari.
Aku berusaha juga.
Aku mencari yang benar-benar layak.



click, click, click! ;)

Sibuk

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Jam berdenting 12 kali menandakan malam semakin larut. Kalau dalam cerita Cinderella, confirm si Cinderella tu terkedek-kedek lari sampai tertanggal kasut nak balik rumah. In reality, jangan haraplah nak balik seawal tu. Mungkin ada yang baru terjengket-jengket nak keluar rumah lepak dengan member tengok maharaja lawak dekat kedai mamak. Eh?

Fine, aku ketinggalan keretapi. Maharaja lawak dah habis. Surprisingly, Sepah menang. Okey, mungkin dia layak, tapi aku lagi suka Jozan. Heee, cakap banyak pun tak guna. Bukan aku dok mengundi pun.

Anyway, dalam masa beberapa hari ni aku rasa macam tak berapa nak sihat. Mental aku sedikit terganggu. I have a serious crush! Duhh~


For the very first time (I guess), I have a chat with my crush. Argghh serius aku tersengih-sengih lagi sekarang ni bila ingat momen tu. Macam kerang busuk!

Dan yang paling teruk sekali, bila tengok nama dia pun dah boleh buat aku bersemangat. Gila tak gila? Sangat gila. Aku search nama dia dekat FB semata-mata untuk tengok gambar dia. HAHA. Scary kan aku ni. Tsk tsk. Such a stalker! >.<


I am practically busy with this new life. Ececeh poyo gila ayat. But seriously, its true. Weekend pun menghadap report & assignment. Lepas tu nak kena baca nota untuk quiz. Pfffttt~

Tapi, tapi aku bukan merungut. Just for your info je. Ngahaha. Macamlah ada orang yang nak tahu. Till then, see ya!

click, click, click! ;)

Sunday, June 19, 2011

Mungkin lebih baik begini.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Mana agaknya yang lagi pedih?
Kehilangan orang yang tersayang hidup-hidup?
Atau kehilangan orang yang tersayang kerana dia pergi menghadap Ilahi?

al-fatihah kepada roh-roh yang beragama Islam. semoga mereka bersemadi dengan aman. amin ya Rabb.


click, click, click! ;)

Tuesday, June 14, 2011

Sejenak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Semester baru dah bermula selama seminggu. Kalau semester lepas aku relaks goyang kaki, kumpul lemak dekat rumah; semester ni, jangan harap. Kelas penuh. Pagi sampai tengah hari. Bawa ke petang. Ada yang sampai malam. Dan ada juga yang berturut-turut tanpa break.

Rasa macam nak putus nafas. Eh tapi rasanya tak ada lagi manusia yang mati belajar banyak-banyak. Ke ada? Entah. Pedulik hape aku. Haha.


To be honest, aku suka. Suka semester ni. Full. Sibuk dengan kelas, assignment, report, test blablabla. Kalau nak diikutkan penat, memang penat. Kadang-kadang balik dari kelas, sampai je rumah terus humban diri atas katil. Lepas tu tak sedar diri sampai subuh.

Okay, tipu sikit. Tapi hakikatnya macam tu lah lebih kurang. Teeheee.

Alhamdulillah setakat ni aku masih okey. Masih boleh "survive" bak kata orang kampung. Aku harap bolehlah survive sampai ke penghujung.


Somehow I regret my decision to quit teaching but I promise I'll do the best for this. For what am I doing right now. Please pray for me. Thanks.
For reading.
And your pray. :D

click, click, click! ;)

Monday, June 13, 2011

Hari ini hari bahagia kamu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

[skali skala nak mencapub dalam blog sendiri]

Peace yo! Haha. Eye bag bawah mata sesungguhnya bukan sebab tak cukup tidur, tapi sebab terlebih tidur. Itulah akibatnya duduk rumah sepanjang cuti 3 minggu.

Straight to the point. Hari ni hari bahagia si kawan rapatku. Bahagia bukan sebab dia nikah ke hape tapi sebab hari ni birthday dia. Happy birthday Janne! Semoga bahagia sentiasa bersama kamu.

[happy 22nd anniversary dear <3]

I'll bake tiramisu cake for you later okay. Promise. Teheee :D


click, click,click! ;)

Wednesday, June 8, 2011

Random thought.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


[kadang-kadang lebih mudah kalau kita tiada kaitan antara satu sama lain]


Jari jemari kanan mengetuk-ngetuk meja sementara tangan kiri menogkat pipi. Mata tajam memandang skrin yang penuh dengan tulisan. Otak ligat berfikir.


Sesungguhnya memang banyak soalan yang terperap dalam otak. Tapi, tak perlu bimbang, aku takkan bertanya pada korang jawapannya. Sebab aku dah ada jawapan aku sendiri.


Hidup penuh dengan warna. Kadang aku dapat berita gembira. Kadang aku dapat berita kurang gembira. Semua tu akan mempengaruhi minda segar aku. Buat aku berfikir manusia tak pernah puas. Sentiasa dengan masalah yang tak kebah-kebah. Datang pula masalah baru. Dilindungkan dengan kebahagiaan dan keceriaan orang sekeliling.


[terasa serabut yang teramat sangat]


Untunglah. Untunglah kalau korang jenis yang mudah bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Saat tu, aku terfikir. Adakah aku ni jenis orang yang menggembirakan orang lain? Atau sebaliknya?


Kalau tanya aku, aku akan jawab, "aku mahu jadi orang yang menggembirakan orang disekeliling aku". Nyata, semua orang akan jawab seperti apa yang aku jawab. Siapa yang tak mahu jadi orang yang bahagiakan orang lain? Lebih-lebih lagi orang yang kita sayang.


Dan tiba-tiba aku tersedar sesuatu.
"Saya yang salah, saya minta maaf"
"Saya minta maaf. saya tak patut cakap pasal tu"
"Saya tak tahu awak tak suka dia. saya takkan cakap pasal dia lagi. sorry?"
Kita akan mudah meminta maaf bila kita sayangkan seseorang. Walaupun kesalahan tu bukan terletak atas bahu kita. Jelas kan?


Ini pendapat aku. Bila seseorang tu terlalu ego untuk meminta maaf, maknanya dia tak sayang kau. Salah ke minta maaf kalau kau buat salah? Hilang ke segala harta benda kau kalau minta maaf? Atau kau malu, takut maruah kau jatuh bila ucap kata maaf? Ada pepatah menyatakan, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.


Tak perlu terlalu ego. "Siapa yang lebih ego, lelaki atau perempuan?"
Jangan tanya soalan seumpama itu. Lelaki dan perempuan sama je. Cuma jenis-jenis ego mereka berlainan. Bukan ke Allah ciptakan kita untuk saling melengkapi? Agaknya orang yang terlampau ego ni kenyang ye dengan keegoan mereka tu. Heh. Boleh jalan.


[bila apa yang dinanti tak kunjung tiba, silalah buka langkah dan pergi]


Sorong papan tarik papan, kalau u taknak I lagi tak hingin.
Aku tak reti berpantun. Harap maaf.



click, click, click! ;)

Tuesday, June 7, 2011

Tammat

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Hai u'olls. Sihat?
There's nothing much to say.
Cuma nak minta maaf tentang entry sebelum ni.
Kononnya nak suruh orang berubah.
Jangan jadi budak-budak lagi.
Tapi diri sendiri pun macam budak-budak juga.


"Lepas ni aku janji takkan publish entry pasal lelaki tu."
Janji tinggal sekadar janji.
Perkataan yang diucap dalam hati, tiada nilai.
Palsu.
Terasa aku memperbodohkan diri sendiri.


Mari buka buku yang baru.
Lembaran baru.
Dan teruskan menconteng.
Cantik atau tidak, pilihan ditangan masing-masing.


click,click, click! ;)