Assalamualaikum.
[kadang-kadang lebih mudah kalau kita tiada kaitan antara satu sama lain]
Jari jemari kanan mengetuk-ngetuk meja sementara tangan kiri menogkat pipi. Mata tajam memandang skrin yang penuh dengan tulisan. Otak ligat berfikir.
Sesungguhnya memang banyak soalan yang terperap dalam otak. Tapi, tak perlu bimbang, aku takkan bertanya pada korang jawapannya. Sebab aku dah ada jawapan aku sendiri.
Hidup penuh dengan warna. Kadang aku dapat berita gembira. Kadang aku dapat berita kurang gembira. Semua tu akan mempengaruhi minda segar aku. Buat aku berfikir manusia tak pernah puas. Sentiasa dengan masalah yang tak kebah-kebah. Datang pula masalah baru. Dilindungkan dengan kebahagiaan dan keceriaan orang sekeliling.
[terasa serabut yang teramat sangat]
Untunglah. Untunglah kalau korang jenis yang mudah bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Saat tu, aku terfikir. Adakah aku ni jenis orang yang menggembirakan orang lain? Atau sebaliknya?
Kalau tanya aku, aku akan jawab, "aku mahu jadi orang yang menggembirakan orang disekeliling aku". Nyata, semua orang akan jawab seperti apa yang aku jawab. Siapa yang tak mahu jadi orang yang bahagiakan orang lain? Lebih-lebih lagi orang yang kita sayang.
Dan tiba-tiba aku tersedar sesuatu.
"Saya yang salah, saya minta maaf"
"Saya minta maaf. saya tak patut cakap pasal tu"
"Saya tak tahu awak tak suka dia. saya takkan cakap pasal dia lagi. sorry?"
Kita akan mudah meminta maaf bila kita sayangkan seseorang. Walaupun kesalahan tu bukan terletak atas bahu kita. Jelas kan?Ini pendapat aku. Bila seseorang tu terlalu ego untuk meminta maaf, maknanya dia tak sayang kau. Salah ke minta maaf kalau kau buat salah? Hilang ke segala harta benda kau kalau minta maaf? Atau kau malu, takut maruah kau jatuh bila ucap kata maaf? Ada pepatah menyatakan, ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.
Tak perlu terlalu ego. "Siapa yang lebih ego, lelaki atau perempuan?"
Jangan tanya soalan seumpama itu. Lelaki dan perempuan sama je. Cuma jenis-jenis ego mereka berlainan. Bukan ke Allah ciptakan kita untuk saling melengkapi? Agaknya orang yang terlampau ego ni kenyang ye dengan keegoan mereka tu. Heh. Boleh jalan.
[bila apa yang dinanti tak kunjung tiba, silalah buka langkah dan pergi]
Sorong papan tarik papan, kalau u taknak I lagi tak hingin.
Aku tak reti berpantun. Harap maaf.
click, click, click! ;)
No comments:
Post a Comment