Tuesday, June 14, 2011

Sejenak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Semester baru dah bermula selama seminggu. Kalau semester lepas aku relaks goyang kaki, kumpul lemak dekat rumah; semester ni, jangan harap. Kelas penuh. Pagi sampai tengah hari. Bawa ke petang. Ada yang sampai malam. Dan ada juga yang berturut-turut tanpa break.

Rasa macam nak putus nafas. Eh tapi rasanya tak ada lagi manusia yang mati belajar banyak-banyak. Ke ada? Entah. Pedulik hape aku. Haha.


To be honest, aku suka. Suka semester ni. Full. Sibuk dengan kelas, assignment, report, test blablabla. Kalau nak diikutkan penat, memang penat. Kadang-kadang balik dari kelas, sampai je rumah terus humban diri atas katil. Lepas tu tak sedar diri sampai subuh.

Okay, tipu sikit. Tapi hakikatnya macam tu lah lebih kurang. Teeheee.

Alhamdulillah setakat ni aku masih okey. Masih boleh "survive" bak kata orang kampung. Aku harap bolehlah survive sampai ke penghujung.


Somehow I regret my decision to quit teaching but I promise I'll do the best for this. For what am I doing right now. Please pray for me. Thanks.
For reading.
And your pray. :D

click, click, click! ;)

No comments: