Sunday, July 17, 2011

Pelan-pelan saja

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Erkk, esok dah nak balik Shah Alam. Walaupun x jauh mana tapi susah nak tinggalkan rumah. Macam mana lah orang lain yang jauh-jauh tu agaknya. Aku yang dekat ni pun x mampu nak tanggung homesick. Uwaaaa!


Anyway, aku nak share lagu ni. Pelan-pelan saja by Kotak kumpulan dari Indonesia. Ye, pelan-pelan je. Lama, lama mesti boleh lupa sakit tu. Hikhik.

Till then, see ya! Take care.
click, click, click! ;)

Saturday, July 16, 2011

My life as a student.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

[classmate in the kitchen]

[egg and breakfast at 7pm]

[enjoying cleaning the kitchen after cooked]

[the siblings in the house that I live for this semester]

[my roommate, Hani the talkative :P]

[me with variety of potatoes]

[release the tense out; karaoke time!]

[instant noodle and students cannot be separated]

[craziness ;)]

[last but not least, one of my besties. forever and ever]

This is the simplest entry ever (mungkin lambat nak load sebab byk gambar) from me. Random pictures explaining my activities recently. Sorry, the pictures are not in order due to my laziness. I just finished my weekly report. Going to catch my accounting assignment now. Next week there's a lot of quizzes waiting for us. Aja-aja fighting!

click, click, click! ;)

Sunday, July 10, 2011

Mana mungkin saya bencikan awak.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Semalam, sedang khusyuk aku mengahadap lappy, handphone yang sedang di'charge' berbunyi perlahan menandakan mesej baru masuk. Pantas aku mencapai handphone dan mematikan suis charger.

"Salam..saya akan bertolak ke syria pd esk mlm..sy mnta maaf atas segala kesalahan saya..doakan saya disana. syukran"

Awak! Rupanya mesej dari awak. Terima kasih sebab ingat kat saya.

Seringkas mungkin aku balas sebab masa tu dah tak fikir apa. Fokus hanya pada tugasan yang perlu dihantar lagi dua hari.

Sebelum tidur aku teringat balik mesej tu. Bila difikir-fikirkan, aku tak mungkin boleh membenci dia. Hikhikhik. Fine, aku memang gedik.

Awak, semoga awak baik-baik je kat sana. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan awak. Semoga doa saya dan kawan-kawan awak yang lain serta ahli keluarga awak termakbul. Awak jaga diri ye. Bila balik Malaysia nanti saya harap kita akan kembali seperti dulu-dulu. Awak tetap kawan yang paling saya sayang.


click, click, click ;)

Saturday, July 9, 2011

Detik waktu

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Detik waktu kian berlalu
Pantas
Seolah sedang berlari dikejar sesuatu yang sangat mengerikan.

Aku masih begini
Masih berpijak di tanah yang sama
Masih berjalan pada kelajuan yang sederhana
Langsung tidak mempedulikan waktu yang berlari pantas
Tidak seiringan sama sekali.

Namun akhirnya,
Aku tersedar jua
Dari mimpi yang mengasyikkan
Dari angan yang mendamaikan
Dari tidur yang melenakan.

Alangkah ruginya aku
Tanpa sedar aku sudah jauh ketinggalan
Kenderaan manakah yang selayaknya aku sewa
Agar aku selari dengan waktu?
Aku tak mahu di takuk yang sama
Yang lama
Yang ketinggalan
Aku mohon KAU bantu aku.

click, click, click! ;)

Sunday, July 3, 2011

Cari kehidupan awak sendiri boleh?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Kelakarkan awak ni? Awak buang saya dari hidup awak semata-mata sebab tahu saya masih berhubung dengan dia. Tapi kenapa tiba-tiba awak cari saya balik untuk tahu segala-galanya tentang dia? Sakitnya hati saya. Saya tak kisah kalau awak cari dia balik. Itu hidup awak. Semua keputusan di tangan awak. Saya sikitpun tak kecil hati awak tanya tentang dia pada saya. Saya bahagia kalau awak bahagia. Jadi apa masalahnya? Bodoh tak rasa kalau awak buang saya sebab dia dan awak datang balik pada saya pun sebab dia? Saya benci awak. Jadi, saya sakitkan hati awak. Biar awak rasa apa yang saya rasa. Maaf, mungkin bukan niat awak nak sakitkan hati saya. Tapi takkan awak tak malu datang balik pada saya dan tanya pasal dia? Saya benci awak. Tolonglah teruskan kehidupan awak dan jangan cari saya lagi. Takut nanti lagi teruk saya buat awak sakit hati semata-mata nak balas dendam pada awak. Saya bukan jenis yang suka berdendam. Jadi tolonglah. Saya minta awak jangan cari saya lagi. Saya tak mahu lagi tukar nombor semata-mata nak lari dari awak. Tolonglah faham. Saya benci awak!

footnote: Orang kata, kalau sayang berpada-pada. Takut suatu hari nanti jadi benci pula.


click, click, click! ;)