Assalamualaikum.
Detik waktu kian berlalu
Pantas
Seolah sedang berlari dikejar sesuatu yang sangat mengerikan.
Aku masih begini
Masih berpijak di tanah yang sama
Masih berjalan pada kelajuan yang sederhana
Langsung tidak mempedulikan waktu yang berlari pantas
Tidak seiringan sama sekali.
Namun akhirnya,
Aku tersedar jua
Dari mimpi yang mengasyikkan
Dari angan yang mendamaikan
Dari tidur yang melenakan.
Alangkah ruginya aku
Tanpa sedar aku sudah jauh ketinggalan
Kenderaan manakah yang selayaknya aku sewa
Agar aku selari dengan waktu?
Aku tak mahu di takuk yang sama
Yang lama
Yang ketinggalan
Aku mohon KAU bantu aku.
click, click, click! ;)
No comments:
Post a Comment