Tuesday, December 13, 2011

Better

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


I supposed to working on my assignments right now but my mind is not focus on those.
Why?
Entah, banyak benda yang aku perlu ambil berat tapi aku abaikan.
Aku ingat bila aku abaikan, aku boleh lepas dari benda-benda yang membebankan.
Tsk, betapa aku pentingkan diri sendiri.
Membiarkan orang lain memikirkan masalah aku dan sekali gus mencari jalan penyelesaian.



"Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita." Sumber.



Nangis.
Perjalanan hidup aku sekarang tak seindah yang aku lakonkan.
Senyuman dan gelak tawa yang aku lemparkan bukan ikhlas.
Maaf, aku tak berniat untuk menipu, tetapi aku tidak mahu menambah beban pada kalian.
Cukuplah kiranya aku memeningkan kepala kedua orang tuaku.
Cukuplah keprihatinan yang kalian berikan kepadaku.

Fahamilah bahawa bukan niatku ingin menjauh dari kalian.
Aku dah terlalu banyak bergantung pada kamu yang disekelilingku.
Sehingga terasa diri ini tak mampu untuk hidup sendirian.
Aku harap kalian mengerti bila aku memilih untuk bersendirian.


Aku harap hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini.


click, click, click! ;)