Assalamualaikum.
Sabtu pagi. Seawal jam 7.00 pagi, aku dan kawan-kawan dah bangun siap-siap nak keluar rumah. Kami sepatutnya ada meeting dengan kak Ayu. Don't bother who kak Ayu is. Aku harap dia hanya iklan yang tak laku dalam hidup aku.
Kenapa iklan yang tak laku? Sebab iklan tak laku takkan ditayangkan berulang-ulang kali. Kan? Ke tak?
Okay, back to the topic!
Bila kitorang dah siap dan bergegas pergi ke tempat yang dijanjikan, kak Ayu boleh cancel pula meeting tu. At the moment, kitorang dah pun ada kat tempat yang dijanjikan tu. Macam apa je perangai kakak ni. Sabar je lah dengan manusia macam ni.
Hidup tak pernah mudah, malah makin lama hidup makin menghimpit dada membuatkan kita sukar nak bernafas. Syukurlah, aku tak keseorangan. Alhamdulillah, Allah gives me friends who always stick around and concerned about myself.
Memang tak dinafikan kadang-kadang kami berselisih faham, terasa hati, melukai satu sama lain dan seangkatan dengannya. Tapi hei, mana ada manusia yang sempurna!
Mungkin kadang-kadang apa yang mereka cakap tu betul tapi kita terlalu ego untuk menerima nasihat dari mereka yang membuatkan kita berkecil hati. Padahal apa yang mereka cakap itu sememangnya baik untuk kita.
Sebab itulah pentingnya
Dan apa yang lebih teruk lagi bila diri dah dipulaukan, kita letakkan kesalahan atas bahu orang lain. Menuding jari menyalahkan orang lain. Membuat kesimpulan bahawa orang lain terlalu ego, berlagak bagus dan sebagainya. Kesian dengan orang macam ni.
Anyway, aku takde lagi kawan yang macam ni. Kawan-kawan aku semuanya jenis yang memahami dan suka memberi sokongan disamping menerima pendapat orang lain.
[dari kanan: amir, que, ella, hani]
Mereka di atas antara kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku. Aku dengan diorang dah macam adik beradik.
Oppss, jangan sedih kalau gambar kawan-kawan aku yang lain tak termasuk dalam ni. Aku tetap sayang dan hargai kehadiran korang dalam hidup aku. Terima kasih sebab masih jadi kawan aku walaupun aku tak ambil berat pasal korang.
Nasihat korang, sikap prihatin korang, kasih sayang korang sentiasa jadi penguat semangat untuk aku terus tabah jalani kehidupan yang entah bila penghujungnya ni.
Not to forget my family members who always support me in any situation, condition, circumstance and what not(it's all carry the same meaning anyway!) HAHA. Much love! ♥♥♥
click, click, click! ;)
No comments:
Post a Comment