Wednesday, October 24, 2012

Le outing

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Terasa macam nak update belog pasal outing semalam tapi malas nak susun ayat.

What about just sharing few number of photos?
Good idea, isn't it? Heheee.

le appetizer

We went to UiTM Shah Alam to attend one of my friend's cousin punya project besides meet the lovely Ilaika! *excited*

le girlfriends

le soup

le main course

le dessert

Pergi dengan perut kosong bekeroncong rentak rock semua ada, pastu balik dengan perut kenyang senang hati. Ngehngeh~

Lepas makan masing-masing blur tak tahu nak pergi mana. Pergi la merayau dekat SACC Mall. Dan sebelum balik kitorang spend time dekat tasik. Snap satu dua gambar pastu haus. Gosip gosip sikit kat kedai kopi then balik. Hahaaa.

le friendship

"Don't walk behind me, I may not lead. Don't walk in front of me, I may not follow. Just walk beside me and be my friend." ~ Albert Camus
Hope to see both of them again. ^^v


click,click, click! ;)

Tuesday, October 23, 2012

I iz loser

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Minggu kedua cuti. Hmmm I think I gain weight. Uhuuu.


Kalau orang tanya apa yang aku buat sepanjang cuti ni, my answer will be "Tengok cite korea!". Ngehehe. Dah dua drama korea aku habiskan dalam minggu lepas.

The King 2 Hearts.

Cerita ni menarik bagi sesiapa yang minat cerita aksi. Heroin dalam cerita ni pun mainkan peranan dalam aksi-aksi ganas yang terdapat dalam cerita ni. Aku rasa heroin dia lagi banyak beraksi daripada hero. Ada juga part kelakar dalam cerita ni, nak nak lagi time hero suka perasan lelebih bajet macam dia handsome sangat. Bluerghh~

aku suka hero ni :)

Aku tak tahu cerita lain tapi aku rasa cerita ni agak panjang juga, ada 20 episod. Bila tiba part serius mat yus tu jadi bosan la. Aku skip je part part camtu. Ngehngeh.

Ending cerita ni unexpected. Sedih juga la endingnya. 4 stars out of 5.

Playful Kiss


Cerita ni sangat common. Cerita cinta yang santai dan tak pening kepala nak fikir. Cerita ni pernah ditayangkan kot kat 8tv. It's kind of old story juga la. Seorang gadis yang suka dekat seorang jejaka yang genius for four years in a row! Heh. Aku pernah suka dengan someone for about 7 years. Lame, I know. But at least gadis tu dapat juga lelaki yang dia minat. Ehh did I told the ending already? Ouhh backspace backspace! >_< 


Heroin dalam cerita ni sangat suka berangan dan agak clumsy. Ehem terasa macam cakap depan cermin. Teheheee. Anyway, ending dia sangat sangat dah boleh agak. K bye.

ilikehim. he's sooo sweet ^3^

3.5 stars out of 5. Banyak part yang aku skip dalam cerita ni. Sangat cliche dan bosan. As for me, best lagi cerita My Grilfriend Is a Gumiho.

Selain melayan handsome boy kat korea, aku main game! Game yang aku cari time bosan tahap gaban.


Takde faedah langsung post kali ni. Totally buang masa kan? Adik-adik jangan ikut perangai kakak okayyy. Annoyed. Noted. Dah bye. Bye.

click, click, click! ;)

Friday, October 19, 2012

Pilihan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Pintu bilik dikuak luas. Wajah sugul Siti muncul sejurus selepas itu.

"Muncung sedepa nampak, ape cite?"

"Penat." Siti meletakkan beg sandangnya di atas kerusi lalu badannya direbahkan di atas katil berdekatan dengan meja belajarnya. Zarina, teman sebiliknya setia  menjadi pemerhati.

"Penat?" Sunyi. Takde balasan dari Siti. Zarina tahu pasti ada yang tak kena dengan rakannya itu. "Hey, kenapa ni? Would you like my shoulder to lean on?" Bahu Siti diusap lembut, rupanya dia sudah beralih ke katil Siti.

"I don't understand people! How could they being so selfish? I'm sick of it, I couldn't bear it any longer. I think I'm going to explode!" sedikit tinggi suara Siti memeranjatkan Zarina.

"Wowowo, chill girl. What's the matter?" tangan Zarina masih lagi mengusap bahu temannya yang sudah bangun dari pembaringan.


"They didn't came to the discussion. They didn't showed up during the project, they didn't even care about it at all. Seriously what is wrong with them?" Kini Zarina faham kenapa Siti jadi macam orang tak tentu arah.

Of course! Deadline untuk project tu tinggal 2 hari dan takde sorang pun yang bagi full commitment untuk siapkan project tu. Hanya Siti dan Zaquan yang berhempas pulas mencari idea untuk menjayakan project berkenaan. Siti pernah cerita padanya tentang masalah itu. Zarina tahu, Siti bukan jenis orang yang suka buat kerja last minute. Dia faham perasaan Siti.

Ruang bilik sunyi. Takde siapa antara mereka yang bersuara. Zarina mencari ayat yang sesuai untuk menyejukkan jiwa temannya yang sedang hangat membara. Mata Siti yang berkaca memandang tepat ke arahnya. Meminta jawapan, mungkin.

"Ahh, I'm sorry. Aku tak patut marah kau." Siti menggeleng-gelengkan kepalanya sambil belakang tangannya mengesat mata yang berair.

"No, I get it. Tapi kau tak boleh ikutkan perasaan kau. Banyakkan istighfar, keep calm."


"What should I do? How should I act? Aku rasa aku dah tak boleh berhadapan dengan diorang lagi. Sakit hati aku tengok muka diorang. Silap haribulan aku cekik sorang sorang sampai..." Siti melepaskan keluhan berat. Terasa tahap kesabarannya dah sampai ke kemuncak.

Zarina bingkas bangun dari katil Siti. Kelakuannya membuatkan Siti tersentap. " Kau tau apa? Kau cuma ada dua pilihan je." Zarina menegakkan dua jemarinya di depan muka Siti menyebabkan Siti sedikit terundur kebelakang. Siti mengangkat kening. Jelas dia tidak sabar mahu mendengar apa yang Zarina mahu tuturkan seterusnya.

"Nak tahu?" Aii, boleh tanya lagi ke? Aku gigit juga awek ni karang, Siti menggumam rendah. Zarina memusingkan badannya dari menghadap Siti lantas dia tersengih. Lawak betul muka kawan aku sorang ni kalau sifat curiosity dia tahap petala kelapan.

Zarina mundar mandir di dalam bilik mereka, walaupun kawasan bilik itu tidaklah seluas mana. "Yang pertama..." Zarina kembali menatap wajah Siti dengan badan yang sedikit menunduk dan satu jari ditegakkan, dia menyambung. "...kau dengan Zaquan siapkan projek tu, just two of you. Lepas dah siap semua hantar je dekat Prof. Adlin. Dekat muka depan, kau letak nama kau dengan Zaquan je. Kalau Prof. tanya kenapa, kau ceritalah perkara sebenar."


Siti ternganga. Betul juga, benda simple macam tu pun dia tak boleh fikir? Nampak sangat stress nak siapkan projek sampai otak tak boleh fikir perkara se'simple' tu. Tapi... "What about the second choice?"

Zarina membulatkan matanya memandang Siti. "I thought my first opinion is enough for you." Dia menarik kerusinya dan duduk berhadapan dengan Siti.

"Indeed but since you said I had two choices, y'know." Siti buat muka comel. Seolah-olah beban yang dia tanggung semakin ringan. Zarina angkat bahu.

"Well then, your second choice is, let them be." Erkk, dahi Siti berkerut. Cuba mentafsir maksud sebenar sepotong ayat yang diluahkan oleh Zarina tapi dia gagal merungkainya.

"Huh? And what's that mean?"


"It means, kau buat je kerja tu sampai siap. Ikhlaskan hati kau sebab kalau kau nak minta diorang bagi komitmen pun dah tak sempat. Bila dah siap kau suruh diorang hantar. Maybe they will learn a lesson, maybe they not. Bila kau buat dengan hati yang ikhlas, minda yang terbuka dan berfikir secara positif, kau tak rasa terbeban. Lagipun pada aku, siapa yang buat lebih, dia akan dapat lebih. Kalau tak kat sini, kat akhirat nanti. Yang penting niat dalam hati kau." terkebil-kebil mata Siti memandang Zarina yang memberi penerangan panjang lebar. Seketika kemudian terukir senyuman di bibirnya.

"I think I'm going to proceed with the second choice." Zarina turut tersenyum mendengar keputusan Siti. Dia tahu Siti pandai buat keputusan. Tanpa sedar Siti memeluk Zarina dengan ucapan terima kasih yang dibisikkan ke telinga teman sebiliknya.


click, click, click! ;)

Thursday, October 18, 2012

Hey there!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Anyeong! Hehe dah lama tak merapu kat sini. Busy? Aku takkan jadikan tu alasan kenapa aku lama tak membebel kat sini. Malas? Yep, sangat tepat. :)


Anyway, oh thank God, it's holiday! Yeayyy ^^. Sebenarnya dah dekat seminggu aku start cuti. Banyak benda yang dah dirancang sebelum cuti tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Tak kisah la tu, selagi boleh bernafas pun dah kira Alhamdulillah.

Seperti semua sedia maklum, bulan ni, bulan depan dan bulan kedepan lagi adalah bulan yang akan ada banyaknyeeeee kenduri kahwin. I'm so excited since few of my friends get involve too! Heheeee. And not to forget my cousins.

What can I say? Hmmm nothing much, congrats! Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan, dapat zaujah dan zuriat yang menyejukkan mata dan hati, menjadi pengubat duka lara, dannn to make it simple, semoga bahagia dunia dan akhirat. Amin. InsyaAllah.

Aku baru tamat semester 3. Here are some activities that I did for the whole semester.

f&b project

f&b project againnn

Dua gambar kat atas adalah gambar selepas projek siap selesai done finish ohh legaaa. Got it? 5 subjek yang aku amek semester lepas dan dua daripadanya memang menguji ketahanan purse aku. Salah satunya subjek food & beverage service blehblehbleh (f&b) dan asian cuisine!

senyum itu sedekah walaupun poket rabak

tak egt apa nama menu ni tapi yumm


sizzling tofu

Yes gambar kat atas pula untuk projek asian cuisine.

Ehem! Lapar la pula tengok makanan kat atas. That's it Balqis kesat air liur yang meleleh tu, pergi makan kat dapur.

Okey bye!

Oh sebelum tu, selamat bercuti pada yang sedang bercuti. Enjoy your vacation and take care guys. Hope to see you all again next semester. Pada yang tengah exam, chaiyokk! Dan untuk yang baru start semester, perjuangan perlu diteruskan. Pada yang dah bekerja, nak kata-kata semangat juga ke? Belanja la dulu. Teheee.

Till we meet again. May God bless you ^3^

click, click, click! ;)