Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Lisa mencapai novel penulis
kegemarannya; Hlovate. Walaupun telah lama membeli novel itu tapi ini
adalah pertama kali dia berhajat memulakan pembacaan. Bukan jemu tetapi tiada
kesempatan untuknya meluangkan masa melakukan hobinya yang satu itu.
Dia menyelak kulit buku itu kemudian muka surat satu demi
satu dibaca sepintas lalu. Matanya mula memfokus pada tulisan yang bersusun di
dalam novel tersebut sebelum telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru
masuk.
Biarlah, takde apa yang penting pun, monolog Lisa pada diri
sendiri. Dia meneruskan bacaan. Sepuluh minit berlalu telefon bimbitnya kembali
berbunyi tetapi kali ini bunyi itu menandakan ada panggilan masuk. Lisa pantas
mencari telefonnya yang terletak di atas sofa. Nama yang tertera membuatkan dia
terpana seketika. Akhirnya dia menyambut panggilan tersebut.
“Helo,”
“Kenapa tak reply mesej?” walaupun suara pemanggil jelas
dipendengaran tetapi Lisa dapat rasa kesayuan dari nada si pemanggil.
“Tak perasan ada mesej,” Lisa berdalih. Hatinya sebal
tiba-tiba.
“Sibuk ke? Kalau sibuk takpelah.” Si pemanggil cuba memancing minat Lisa untuk
berbual. Taktik yang Lisa sendiri sudah muak. Mulalah tu nak main tarik tali,
Lisa mengetap gigi.
“Tak sibuk pun.”
Senyap menghuni ruang antara mereka.
“Kalau awak takde apa-apa nak cakap saya letaklah.” Lisa
mula rimas dengan kebisuan si pemanggil.
“Sombong,” Lisa tersentak dituduh sebegitu.
“Awak yang sombong. Selalu buat tak tahu dengan saya, saya
mesej tak reply, saya call tak dapat, saya tegur buat tak tahu. Macam saya ni
halimunan pulak pada awak. Saya rasa macam orang bodoh tau bila awak buat saya
macam ni. Awak ingat saya ni patung ke, yang takde perasaan? Awak ingat saya ni
budak-budak ke, yang awak layan sesuka hati awak? Bodoh macam lembu yang kena
cucuk hidung? Ikut aje cara awak, cuba paham keadaan awak, kena layan awak bila
awak cari saya? Awak ingat…”
“Lisa.” Kata-kata Lisa terhenti. Pedih hatinya mendengar
luahan Lisa. Dia tahu memang dia salah dan dia tak marahkan Lisa yang akhirnya
menghamburkan kemarahan pada dirinya. Lisa juga manusia biasa yang ada
perasaan. Tetapi bukan niat dia untuk mengabaikan perasaan Lisa. Kalaulah Lisa
tahu setiap hari dia ingin menemani gadis itu. Apa jua yang dihadapi oleh gadis
itu setiap hari, dia ingin Lisa kongsikan dengan dirinya. Dia tahu Lisa sudah
lama bersabar, tak pernah merungut, tak pernah meminta, sentiasa memahami dan
dia sendiri kasihan pada Lisa. Tetapi
apalah dayanya untuk sentiasa berada di sisi Lisa, meminta dan merayu
agar Lisa faham dan terus bersabar atas kesibukan yang dia sendiri tak tahu
dimana kesudahannya. Terdengar tangisan Lisa disebelah sana membuatkan dia
tersentak.
“Saya minta maaf. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu
janji taknak buat awak sedih lagi tapi saya sendiri yang mungkir dengan janji
saya. Lisa, saya nak awak bahagia. Lisa, please jangan menangis. Saya minta
maaf. Saya betul-betul minta maaf.”
“Untuk apa? Lepas tu awak akan ulang perkara yang sama. Saya
dah bosan tau tak?! Awak pernah tak cuba paham keadaan saya? Bila saya sakit,
bila saya ada masalah, apa yang saya nak, macam mana hari-hari yang saya lalui
TANPA awak? Awak pernah pikir tak semua tu? Tak! Awak takkan pernah pikir sebab
pada awak saya ni bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan awak yang awak takkan
kongsi masalah awak, berlagak hero macam awak takkan tersakiti oleh sesiapapun.
Saya benci awak!”
Sebak dadanya, terasa mahu meletup mendengar kemarahan Lisa.
Dia tahu satu hari pasti Lisa akan melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan
hatinya. Dia sudah agak hari ini akan berlaku cuma dia tak tahu bila dan dia
tak sangka Lisa senbenarnya sangat terluka. Selama ini, gadis itu amat
memahami, menyayangi dirinya tanpa sebab. Menerima dirinya seadanya, tidak
pernah meminta lebih dari apa yang dia boleh bagi tetapi hari ini Lisa berubah
360 darjah. Dan dia tiada hak untuk memarahi Lisa dengan apa yang berlaku kini.
Malah dirinyalah yang harus dipersalahkan. 150 percent!
“Lisa, saya tahu awak kecewa. Saya paham. Saya…” Dia
terdiam, tidak mampu baginya untuk meneruskan kata-kata. Esakan Lisa masih
jelas kedengaran.
“Lisa, saya tak mampu buat awak bahagia. Mulai hari ni saya
akan lepaskan awak dan biarkan awak mencari kebahagiaan awak sendiri. Saya
minta maaf dengan..”
“Semudah tu? Semudah tu je awak lepaskan saya? Awak ingat
baik-baik, ini bukan kali pertama awak buat macam ni. Lepas ni tak mungkin saya
kembali pada awak lagi. Dan saya mminta supaya awak tak cari saya lagi. Itu pun
yang awak nak kan? Puas hati awak bila saya dah takde apa-apa dengan awak! Awak
lelaki paling pengecut pernah saya jumpa. Pengecut!”
Dia menelan kata-kata Lisa. Walaupun pahit, dia akur. Dia
memang pengecut. “Saya takkan cari awak lagi.” Perlahan suaranya menusuk ke
dalam hati Lisa. Peritnya tak tertanggung.
“Bagus, sebab saya dah lama ada pengganti awak. Lelaki
pengecut macam awak tak layak dan takkan pernah layak untuk saya!” Lisa segera
memutuskan talian telefon. Dia menggenggam kuat telefon bimbit di tangannya.
Ikutkan hati mahu dihempas telefon kesayangannya itu. Esakan Lisa masih
berbaki, menyesal, geram, sedih, terkilan segala perasaan bercampur baur
menyesakkan ruang di dadanya. Benar dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia
tidak mampu menarik kembali apa yang telah diucapkan.
Lisa, you have to be strong! You’ve been there, done that
before. You can still do it now. Lisa bermonolog sendiri. Malam ini dia tidur
bertemankan air mata.
The End
Teheee this is something I did when my house tiba-tiba blackout. Bosan, so I end-up typing this so-called 'cerpen'.