Wednesday, September 18, 2013

The End

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Lisa mencapai novel penulis  kegemarannya; Hlovate. Walaupun telah lama membeli novel itu tapi ini adalah pertama kali dia berhajat memulakan pembacaan. Bukan jemu tetapi tiada kesempatan untuknya meluangkan masa melakukan hobinya yang satu itu.

Dia menyelak kulit buku itu kemudian muka surat satu demi satu dibaca sepintas lalu. Matanya mula memfokus pada tulisan yang bersusun di dalam novel tersebut sebelum telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru masuk.

Biarlah, takde apa yang penting pun, monolog Lisa pada diri sendiri. Dia meneruskan bacaan. Sepuluh minit berlalu telefon bimbitnya kembali berbunyi tetapi kali ini bunyi itu menandakan ada panggilan masuk. Lisa pantas mencari telefonnya yang terletak di atas sofa. Nama yang tertera membuatkan dia terpana seketika. Akhirnya dia menyambut panggilan tersebut.

“Helo,”
“Kenapa tak reply mesej?” walaupun suara pemanggil jelas dipendengaran tetapi Lisa dapat rasa kesayuan dari nada si pemanggil.
“Tak perasan ada mesej,” Lisa berdalih. Hatinya sebal tiba-tiba.
“Sibuk ke? Kalau sibuk takpelah.” Si  pemanggil cuba memancing minat Lisa untuk berbual. Taktik yang Lisa sendiri sudah muak. Mulalah tu nak main tarik tali, Lisa mengetap gigi.
“Tak sibuk pun.”
Senyap menghuni ruang antara mereka.
“Kalau awak takde apa-apa nak cakap saya letaklah.” Lisa mula rimas dengan kebisuan si pemanggil.
“Sombong,” Lisa tersentak dituduh sebegitu.

“Awak yang sombong. Selalu buat tak tahu dengan saya, saya mesej tak reply, saya call tak dapat, saya tegur buat tak tahu. Macam saya ni halimunan pulak pada awak. Saya rasa macam orang bodoh tau bila awak buat saya macam ni. Awak ingat saya ni patung ke, yang takde perasaan? Awak ingat saya ni budak-budak ke, yang awak layan sesuka hati awak? Bodoh macam lembu yang kena cucuk hidung? Ikut aje cara awak, cuba paham keadaan awak, kena layan awak bila awak cari saya? Awak ingat…”

“Lisa.” Kata-kata Lisa terhenti. Pedih hatinya mendengar luahan Lisa. Dia tahu memang dia salah dan dia tak marahkan Lisa yang akhirnya menghamburkan kemarahan pada dirinya. Lisa juga manusia biasa yang ada perasaan. Tetapi bukan niat dia untuk mengabaikan perasaan Lisa. Kalaulah Lisa tahu setiap hari dia ingin menemani gadis itu. Apa jua yang dihadapi oleh gadis itu setiap hari, dia ingin Lisa kongsikan dengan dirinya. Dia tahu Lisa sudah lama bersabar, tak pernah merungut, tak pernah meminta, sentiasa memahami dan dia sendiri kasihan pada Lisa. Tetapi  apalah dayanya untuk sentiasa berada di sisi Lisa, meminta dan merayu agar Lisa faham dan terus bersabar atas kesibukan yang dia sendiri tak tahu dimana kesudahannya. Terdengar tangisan Lisa disebelah sana membuatkan dia tersentak.

“Saya minta maaf. Saya selalu buat awak sedih. Saya selalu janji taknak buat awak sedih lagi tapi saya sendiri yang mungkir dengan janji saya. Lisa, saya nak awak bahagia. Lisa, please jangan menangis. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf.”
“Untuk apa? Lepas tu awak akan ulang perkara yang sama. Saya dah bosan tau tak?! Awak pernah tak cuba paham keadaan saya? Bila saya sakit, bila saya ada masalah, apa yang saya nak, macam mana hari-hari yang saya lalui TANPA awak? Awak pernah pikir tak semua tu? Tak! Awak takkan pernah pikir sebab pada awak saya ni bukan siapa-siapa. Saya cuma kawan awak yang awak takkan kongsi masalah awak, berlagak hero macam awak takkan tersakiti oleh sesiapapun. Saya benci awak!”

Sebak dadanya, terasa mahu meletup mendengar kemarahan Lisa. Dia tahu satu hari pasti Lisa akan melampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hatinya. Dia sudah agak hari ini akan berlaku cuma dia tak tahu bila dan dia tak sangka Lisa senbenarnya sangat terluka. Selama ini, gadis itu amat memahami, menyayangi dirinya tanpa sebab. Menerima dirinya seadanya, tidak pernah meminta lebih dari apa yang dia boleh bagi tetapi hari ini Lisa berubah 360 darjah. Dan dia tiada hak untuk memarahi Lisa dengan apa yang berlaku kini. Malah dirinyalah yang harus dipersalahkan. 150 percent!

“Lisa, saya tahu awak kecewa. Saya paham. Saya…” Dia terdiam, tidak mampu baginya untuk meneruskan kata-kata. Esakan Lisa masih jelas kedengaran.
“Lisa, saya tak mampu buat awak bahagia. Mulai hari ni saya akan lepaskan awak dan biarkan awak mencari kebahagiaan awak sendiri. Saya minta maaf dengan..”
“Semudah tu? Semudah tu je awak lepaskan saya? Awak ingat baik-baik, ini bukan kali pertama awak buat macam ni. Lepas ni tak mungkin saya kembali pada awak lagi. Dan saya mminta supaya awak tak cari saya lagi. Itu pun yang awak nak kan? Puas hati awak bila saya dah takde apa-apa dengan awak! Awak lelaki paling pengecut pernah saya jumpa. Pengecut!”

Dia menelan kata-kata Lisa. Walaupun pahit, dia akur. Dia memang pengecut. “Saya takkan cari awak lagi.” Perlahan suaranya menusuk ke dalam hati Lisa. Peritnya tak tertanggung.
“Bagus, sebab saya dah lama ada pengganti awak. Lelaki pengecut macam awak tak layak dan takkan pernah layak untuk saya!” Lisa segera memutuskan talian telefon. Dia menggenggam kuat telefon bimbit di tangannya. Ikutkan hati mahu dihempas telefon kesayangannya itu. Esakan Lisa masih berbaki, menyesal, geram, sedih, terkilan segala perasaan bercampur baur menyesakkan ruang di dadanya. Benar dia menyesal dengan kata-katanya tetapi dia tidak mampu menarik kembali apa yang telah diucapkan.

Lisa, you have to be strong! You’ve been there, done that before. You can still do it now. Lisa bermonolog sendiri. Malam ini dia tidur bertemankan air mata.

The End

Teheee this is something I did when my house tiba-tiba blackout. Bosan, so I end-up typing this so-called 'cerpen'.

No comments: