assalamualaikum n hi!
semalam(ahad) macam biasa, aku ada kelas. lepas kelas aku semak-semak buku dan buat nota sikit untuk kelas petang tu. perut aku dah banyak kali bagi warning tapi aku buat bodo je. biasala, aku dalam
mood "on diet" beberapa hari ni. tapi bila enzim dalam perut aku dah mula simbah asid, dah start rasa pedih-pedih, okey
fine. aku pun berhenti buat keje-keje yang memenat dan memeningkan.
melangkah ke dapur dengan malas. bukak tudung saji, takde pape. eyh, lupa lak mak takde. balik kampung ngan abang aku. bukak peti ais, jawapannya sama jugak. untuk kesekian kalinya aku telan air liur. aduhh ni dah betul2 naya ni.
last sekali aku bukak pintu almari
baju dapur.
yes, jumpa maggi. stok bila punya ntah, aku tak heran. aku pun didihkan air dalam periuk. sementara tu aku dengar ayah aku kejut adik aku suh beli lunch. geez, penat aku pusing-pusing je. memandangkan aku dah pun didihkan air, aku teruskan jugak usaha aku untuk memakan megi tgah hari tu.
tak sampai lima minit siapla hidangan utama aku untuk tengah hari tu. lepas baca doa makan ala kadar, aku pun makan dengan
lahapnya penuh tertib. satu suap, dua suap, tiga.... tiba-tiba aku dengar orang bagi salam.
'apsal tu? macam nak ajak perang je' monologku. mana tak nya, kelam kabut semacam. ayah aku yang
entertain orang tu. ohh rupanya jiran aku. aku pasang telinga.
"wa'alaikumsalam, Omar."
"ni Man, Mamat
**adik aku accident!"
"yeke? dia dengan sape?"
"tak taw, kat depan simpang sana"
Ya Allah! terbeliak mata aku. nafsu makan menjunam terus. gila ko tak cuak? ayah aku bergegas keluar untuk cari adik aku. sumpah aku nak ikut tapi memandangkan beberapa minit lagi kelas nak start aku pun redha je duk rumah sorang2 sambil berdoa untuk adik aku. megi yang tak berapa nak luak tu aku buang**erghhh membazir gila ko ni.
Alhamdulillah, lebih kurang setengah jam macam tu adik aku sampai rumah dengan motor dia. he was fine, cuma luka-luka ringan tapi motor? tak okey sangat tapi boleh la ditunggang. sementara menunggu kehadiran anak muridku, macam-macam soalan yang aku tanya dia. ayah aku yang tak sampai-sampai.
dia cakap ayah aku g hantar orang yang dia tak sengaja langgar tu ke hospital. dia kata orang tu takut sangat nak g hospital. aku pelik ah. rupanya sebab orang tu takde pasport. PETAI rupanya. pheww, lega sikit hati aku tengok adik aku tak apa-apa dan ada depan mata. alhamdulillah. tapi kes ni masuk kes polis ke? hmmm, harap2 tak la.
malam tu, untuk kelas bm aku mengamuk kat murid-murid aku. geram yang teramat sangat. kenapa la korang malas sangat? perkara paling teruk aku buat malam tu dan aku tak sangka aku akan buat macam tu. sumpah aku menyesal. my dearest students, please la. untuk apa kamu datang tuisyen kalau setakat nak melanguk je. asal aku suruh buat latihan je, muncung. ish!
footnote: hati berdetak kencang selalu. harap2 takde perkara buruk lagi yang berlaku. cukupla setakat ni je. aku tak boleh terima apa2 lagi.