hidup umpama mawar. mekar, indah, wangi dan semestinya berduri. tapi akhirnya kan layu juga.
cinta. kenapa kita akan jadi tak tentu arah bila kita dilamun cinta? sanggup buat apa je semata-mata untuk si arjuna atau si bidadari? ye, apa saja. walaupun kita tahu sesuatu yang buruk akan berlaku atas perbuatan kita tu. semuanya kita lakukan kerana sayang kepada si arjuna atau si bidadari. sayang yang melebihi segalanya. kadang-kadang sampai sanggup ketepikan ibu bapa atau keluarga hanya kerana cinta padahalnya mereka adalah darah daging kita sendiri. kita langgar suruhan Allah, kita abaikan hukum-hukum Allah, kita selamba je lakukan larangan-Nya. padahal, Dialah yang menciptakan kita. bayangkan, kalau Dia tak ciptakan kita atau orang yang kita cintai tu, wujud ke rasa cinta tu? betul, rasa cinta juga datang dari-Nya tapi ada batas-batas yang perlu kita jaga. tak kiralah kita ni bangsa apa sekalipun atau apa saja anutan kita. pasti ada batas-batasnya. haih, penat nak bercakap pasal benda yang sama. susah bercakap dengan orang yang tak paham bahasa. susah. kadang-kadang rasa macam lebih baik hidup tanpa orang yang disayangi
**selain keluarga. kalaulah boleh. bosannya hidup kalau macam tu. jadi orang yang takde perasaan. Ya-Allah, lindungilah kami dari kejahatan diri kami sendiri dan dari kejahatan orang-orang disekeliling kami dan dari kejahatan syaitan yang direjam. amin.
No comments:
Post a Comment