Tahu tak sekarang ni aku rasa masa sangat cepat berlalu. Rasanya baru dua hari aku tak update belog tapi sebenarnya dah lebih kurang dua minggu. Now, dah masuk minggu keempat dalam bulan Julai. Tak lama lagi puasa. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk berpuasa pada tahun ni. :)
Tak sabar nak puasa. Tadi students tanya ada kelas tak masa bulan puasa. Then, aku jawab tak tahu. Teringat masa kecil'' dulu. Kalau dah puasa tu memang malas nak buat apa''.
Semalam teman Eka pergi unisel untuk settlekan transkrip. Sambil menyelam minum air, kami singgah rumah ibu. Dah besar budak'' yang ibu jaga. Cik E-mah dah pandai cengeng, Cik Liya sudah pandai berjalan, En Fateh sekarang suka tengok tv. Kalau tengok tv tu, memang tak kisah dah dengan masyarakat sekeliling. Hahaha. Comelnya mereka.
Sebelum berangkat pulang kami bermesra dengan cik Emah. Pastu saja usik dia. Kami tinggalkan dia sorang dekat wakaf yang ayah buat tu. Pandai merajuk kau! Ceh, budak ni cubit pipi baru tahu. Hahaha.
e-ka, e-mah, e-ku. boleh? :P
Gambar yang lain aku upload lain kali. Al maklumlah, budak 'rajin'. Dikesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari lahir buat rakanku, Ina-chan yang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-21. Naa, dah dapat kunci kebebasan. Selamat maju jaya kawan. :)
footnote: kalau setakat add facebook aku untuk jadi stalker, sekian terima kasih je la. Aku taknak approve. Aku stalk orang takpe. Hahaha*tampar muka sendiri*
No comments:
Post a Comment