Assalamualaikum n Hi!
Wahh dah masuk tahun 2011. Macam tak percaya. Rasa macam baru semalam masuk bulan February 2010. Okey, ayat tipikal.
Sama ada kita sedar ataupun tak, masa memang cepat berlalu. Kalau kita luangkan dan gunakan masa sebaiknya, mesti kita akan rasa masa yang berlalu tu sangat berbaloi tapi kalau sebaliknya, you all fikir la sendiri. Assalamualaikum.
Eh, wait! Nak p mana? Cerita tak habis lagi ni. Meh ngadap tulisan aku balik. Hehe. You’re getting bored old lady.
[what the . . hey shut up you!]
Okey, tahun baru orang akan bercakap tentang azam, betul? Dan itulah motif aku sebenarnya. Sila jangan menguap. This gonna be a super bored entry ever.
Terus terang aku cakap, selama ni aku tak pernah ada azam. Tak percaya? Pecayalah. Hidup aku macam tiada arah tuju. Tak tahu apa aku nak jadi, tak tahu apa aku nak buat, tak tahu apa yang aku nak, tak tahu apa-apa.
Tettt, tipu je. Haha.
Eh tapi betul, aku tak pernah ada azam. Hidup takdelah sampai takde arah tuju kan. Bangun pagi fikir dalam otak hari ni nak jadi apa. Harimau ke? Ikan pari? Dugong ke? Panda ke? Orang ke? Tu je la. Azam mazam memang takde.
Tahun ni nak tukar style sikitlah. Tahun ni azam aku ialah aku nak ada azam. Okey tak?
Seriously, here are the lists
Aku nak jadi kawan yang pandai hargai kawan. Aku sedar, tanpa kawan siapalah aku. Cuma manusia yang membosankan dan menyedihkan. Aku jenis yang memilih kawan sebenarnya. Tengok je lah kat facebook friendlist aku. Tak sampai 200 friends pun. Eheh.
[pathetic]
Bukan apa, susah nak jaga hati orang. Kang salah cakap kang putus kawan la, kata belakang la dan macam-macam hal. Kawan aku ramai perempuan and I love them so much! Kawan lelaki pun aku sayang juga. Terima kasih pada yang sudi kawan dengan aku dan tahan dengan gurauan kasar aku kadang-kadang(kadang-kadang? Bukan selalu ke?).
Aku nak kurangkan tabiat merungut. Baca elok-elok, merungut ye bukan mencarut. Merungut ni bukan saje buat orang tak suka, Allah pun mungkar dengan orang yang suka merungut-rungut ni. Jadi, aku taknaklah jadi orang yang suka merungut. Itu tak bersyukur namanya. Kalau boleh taknaklah kurangkan je, nak hapuskan terus. Teeheee kalau boleh.
Aku nak kurangkan cakap benda-benda yang mengarut. I’ll keep my mouth shut when there is nothing worth to talk about. This is not an easy thing to be done. I’ll try my best.
Aku tak tahu nak tulis apa lagi. So far ni je lah azam aku. Wee tak sangka aku dah ada azam. Bangga dengan diri sendiri. Boleh?
[start of something new]
Tentang family, aku sentiasa cuba jadi yang terbaik untuk mereka. Tentang kerjaya dan masa depan, hmm, ikut haluan dan kehendak hati sesuai dengan keadaan semasa. Buat masa ni aku akan fokus kepada anak-anak murid aku. Mereka adalah kunci kejayaan aku(aiceh, ayat nak power je). Masa akan datang kita tak tahu lagi. Jadi usaha yang berterusan pasti mendatangkan hasil yang lumayan. Geez macam nak tanam tebu pula ayat aku ni. Pertanian adalah perniagaan. Heh. You olls, think positive please!
Haha cukuplah aku merapu. Kurangkan prestasi, tingkatkan kontroversi. Eh, terbalik pula. Korang backspace la sendiri, aku dah ngantuk. Haha.
Have a happy Monday you olls. Heh gedik tak sudah.