Wednesday, January 26, 2011

Masih ada peluang.

It's 1:56 AM and I still awake.

Assalamualaikum semua. Kemalasan dan kesibukan membataskan tangan menaip di sini. Pheww banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu ni. Terbaru, aku putus semangat untuk jadi cikgu yang bagus. Atau dalam erti kata yang lain, aku gagal.


Bukan sengaja aku cakap macam tu. Bukan mahu minta simpati sesiapa. It was, I’m telling you the true! I’m a fail teacher. Yes, I do. Aku tak tahu cara nak bagi proses pengajaran dan pembelajaran jadi lebih menarik. Aku tak berjaya tarik minat mereka untuk dengar apa yang aku cuba terangkan. Aku tak pandai buat mereka teruja untuk meneroka ilmu tu. Aku tak boleh dan itu membawa maksud gagal.

Geram, marah dan kecewa dengan diri sendiri. Aku tak layak jadi cikgu jadi tolong jangan panggil aku cikgu. Betul ni, aku rasa aku tak sesuai dipanggil cikgu, teacher atau apa-apa yang berkaitan. Rasa bersalah dengan ibubapa mereka sebab tak dapat buat anak-anak mereka berjaya.

One thing for sure, I have to work harder. One day I’ll quit but I still have time to make it best.



Entry tamat. 2:22 AM.

No comments: