Assalamualaikum n hi!
Mostly people cakap aku sombong(?). And, and most of them are guys. Why? Sebab aku malas nak mesej diorang. Pfftt sebab tu je ke? Fine, kalau macam tu, memang aku sombong. I admit it but I won’t change it for you guys’ sake. Heh.
[who cares?]
Lelaki ni ada satu tabiat iaitu ego. Ego memang taknak kalah. Bapak ah besar ego. Gajah pun kalah. Korang bayangkanlah, dia yang nak mesej ngan kita, tapi dia yang marah dan cakap kita sombong sebab tak mesej diorang. Bajet macam kita dah lupakan dia, macam kita taknak kawan langsung dengan dia. Oh! Dah besar kot. Takkan nak buat perangai macam budak-budak?
Aku memang serius annoying dengan orang yang ada perangai macam ni. Kalau kau rindu, mesej jelah. Perlu ke cakap orang tu sombong ke hape ke? Hey, benda kecil je kot. Kau nak gaduh dengan aku ape hal pula? Nak gaduh jom ah jumpa kat simpang!
[roarrr!~ err . .]
Eh emo tak aku harini? Haha. Takla, aku cuma nak lepaskan rasa geram dengan perangai lelaki ni. Memanglah, lelaki ke, perempuan ke semua ada kelemahan masing-masing tapi aku buat entry ni supaya lelaki yang jenis macam ni berubah. Ingat seronok ke kena cop sombong? Geram tahu? Rasa macam nak ketuk je kepala orang tu dengan baledi.
Aku dok sibuk suruh orang berubah tapi aku tak sedar-sedar, taknak berubah. Bajet hot tunggu orang mesej aku dulu. Macam bangkai juga perangai aku. Susahlah, aku memang tak suka ganggu life orang. Entah sejak bila entah aku bersikap macamni. Aku akan text bila ada hal penting je. Macam nak hangout sama-sama ke, bila dah rindu tahap gaban ke, bila ada benda nak settle ke. Ha, time tu memang laju jelah aku kacau orang. Kalau tak, memang berjanggutlah tunggu aku mesej.
[baik, lepas ni aku akan buat macam ni bila jumpa anda.]
Seriously, aku ni pentingkan diri sendiri ke? Hmmm.
No comments:
Post a Comment