Friday, January 14, 2011

Malas, malas, malas TITIK!

Assalamualaikum. Pagi tadi sejuk betul. Ikutkan hati, malas gila nak bangun. Nasib baik semalam mimpi indah. Aiceh, mimpi la konon. Tidur pun berapa jam je. Aku tak boleh tidur pun semalam. Jangan tanya kenapa, aku pun tak tahu.

[saya rasa saya akan sentiasa disamping awak. mungkin]

Cuaca mendung sehingga jam 11.00 pagi tadi tapi tak hujan. Sekarang barulah matahari menjengukkan mukanya dari tirai awan. Seakan malu mahu menyinari alam, ia kekal di sebalik tabir dan aku dah merapu.

Well, hari ni dah hari jumaat. Esok weekend. Ohh seronoknya kalau cuti. KALAU. Heh, aku kan cikgu(konon)kenalah chill. It’s not that bad.

Alhamdulillah students makin bertambah. Ada yang request aku ajarkan budak sekolah menengah. Entahlah, adik aku pun tak terajar apa lagi nak ajar anak orang ye dak? Aku fikir nak naikkan saham eh maksud aku naikkan yuran untuk satu subjek daripada RM15 kpd RM20 tapi . . tapi macam tak sampai hati pula.

Mak dah bising aku ambil murah sangat. Dah lebih setahun aku mengajar dan students aku menunjukkan peningkatan. Mak cakap aku pun kena ada peningkatan juga dari segi yuran. Dan sebelum ni pun bagi harga murah sebab kira macam trial version je tapi ini dah lebih setahun memang patut dah naikkan sikit yuran tu.

Mungkin nanti. Tangguh lagi.

[mari duduk dan bertenang. perjalanan tetap jauh, tak perlu dikejar]

Itu bukan masalahnya. Sekarang ni, aku lemas dengan pertanyaan mak-mak students aku tu. Curious bebeno diorang tentang aku.

“Taknak sambung study ke?” ini adalah soalan yang paling famous amos sekali a.k.a FAQ. Wajib tanya, kalau tak nanti mati seksa masuk api neraka. Haha cam siot je buat hukum sendiri. Sekadar gurauan. Jangan ambil serius. Duhh.

Nahh really, aku macam eh-kalau-saya-sambung-study-saya-guna-duit-makcik-ke? kannn. Kenapa nak tahu eh? Peliklah aku. Takpelah, positif je la. Mereka ambil berat.

Update lalala~ Sebenarnya, memang aku guna duit makcik-makcik tu pun untuk sambung study. Yelah, kan diorang bayar yuran tusyen, duit tu lah yang aku guna untuk continue study. Tak baik tauuu cakap camtu kat makcik-makcik tuuu.

“Sekarang ni buat apa? Duduk rumah je la ye?” ini juga buat aku lemas. Mungkin rasa rendah diri atau malu. Tapi duduk rumah tak salah kan? At least aku boleh settle all the chores since kedua-dua parents aku bekerja plus aku boleh jaga rumah. Ingat senang ke nak jaga rumah dalam kawasan hutan macam ni? Memang senang pun. Haha.

[duduk dalam hutan memang mendamaikan]

Banyak lagi soalan yang buat aku lemas. Malaslah nak senaraikan panjang-panjang. Tak worth pun. Tapi aku yakin korang pun ada diajukan soalan-soalan panas yang buat korang lemas en? Semua orang sssama je! Eh? Tiba-tiba nak emo. Sepak kang.


Aku rasa sebelum aku bertindak lebih emo baiklah aku blah. Korang rasa ini idea yang bagus tak? Oh tapi sebelum tu mari kita cakap rajin, rajin, rajin sebanyak 44 kali. Rajin! Enjoy your weekends :).

2 comments:

jannerozman said...

its my turn to say it loud?
yeahhhh!

here! im gonna shouttttt!!!!

"cik balqis, sile naik kan yuran anda!!!! YOU HAVE TO!

*aku pulak yg emo ;p
but seriously rm15 per subj is so cheap my dear..

aku nk bg ko kaye nihhhhh ;))

Qis said...

haha. my dear i'll think bout it later :)

thx for being such a sweet friend :D