Friday, October 21, 2011

Sesak

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.


Aroma Nescafe memenuhi ruang kamar. Mug digenggam erat. Panas. Dah masuk hari ketiga matahari seperti segan silu memancarkan cahayanya. Mug dibawa ke bibir. "Ouch !" panas. Mug diletak ke meja. Kali ini bungkusan asam dicapai. RM 2. Bungkusan kecil macam ni harganya RM 2? Bungkusan asam dibelek depan dan belakang. Khusyuknya seolah-olah sedang membaca maklumat pemakanan di bungkusan tersebut walhal, bungkusan itu hanya plastik jernih yang takde apa-apa tulisan pun.

Taraf hidup makin meningkat. Gula naik, minyak naik, ayam naik, cukai naik, segalanya naik. Darah juga naik, huh? Terasa macam hidup ni makin sempit. Apa nak buat? Usaha perlu lebih keras. Bukan untuk dunia sahaja, tapi untuk akhirat juga. Oh, tak. Akhirat lagi penting, kan? Sebab kat sana hidup kekal sampai bila-bila.

EdCoustic - Aku ingin mencintai-MU


Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa

*Entah mungkin karna aku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan
berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
untuk menghamba padaMu
betapa tak ada
apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa, dalam ucapan,
dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMu selamanya
sehina apa pun diriku
ku berharap
untuk bertemu denganMu Ya Rabbi.

Ulang *

Butang pause ditekan. Alhamdulillah, aku masih hidup. Masih diberi peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ya, aku sedang berusaha untuk ke arah yang lebih baik.



click, click, click! ;)

No comments: