Cuti semester dah tamat. Sebulan lebih duduk kat rumah memang tak thrill langsung. Macam mana pun, bila nak naik semester baru ni rasa macam lebih baik duduk kat rumah je. Urghh I'm gonna miss my bedroom. HAHA.
[in reality, it's not my room but in fantasy, yes it is!]
Anyway, result semester lepas dah pun release dan alhamdulillah mak dan ayah happy dengan result aku. Bagi aku result tu belum cukup memuaskan hati lagi. Kesal sebab satu subjek tu aku pandang remeh je padahal aku mampu untuk buat lebih baik. Well I guess, I have to learn my lesson.
InsyaAllah next semester aku akan buat mak dan ayah tersenyum lagi. Dengan doa dari mereka dan bantuan kawan-kawan. For the previous semester, alhamdulillah, terima kasih untuk semua lecturer yang membantu.
Aku berteleku atas katil lepas berguling ke kiri dan kanan. Seriously, tak boleh tidur. Masuk kali ni entah berapa kali aku bangun dari pembaringan. Letih badan, letih otak tapi mata tak mahu pejam. Geram pun ada juga.
Kenapalah pergi bawa masalah masa nak tidur ni?
Kalau kita impikan kebahagiaan, beri kebahagiaan pada orang lain.
Kalau kita mahu dihormati, hormati orang lain terlebih dulu.
Kalau kita mahu disayangi, beri kasih sayang pada orang.
Pendek kata apa yang kita nak, kita kena bagi kat orang lain dulu barulah kita boleh dapat apa yang kita hajati tu.
Cakap senang tapi susah nak praktikkan. Berapa orang yang betul betul merasai ayat "ada hikmah disebalik setiap yang berlaku"?
Tell me, berapa orang yang betul betul sabar bila diuji?
Boleh kira dengan jari dan itu hanya perlukan sebelah tangan saja. I mean, tak lebih dari lima orang. Secara puratanya macam tu la.
Jangan mengaku diri beriman selagi belum diuji oleh Allah.
"Siapa yang nak masuk syurga?" suara cikgu Zamri lantang bertanya. Penghuni kelas 5 Melor kesemuanya mengangkat tangan. Muka semua berseri. Ada yang berbisik sesama sendiri membuatkan kelas sedikit riuh.
"Siapa yang takut mati?" soalan cikgu Zamri masih belum habis. Cikgu Zamri yang mengajar matapelajaran Sains itu entah macam mana boleh menukar topik setelah murid-muridnya menyiapkan tugasan yang diberi.
Kali ini semuanya senyap. Tiada bayang lambaian tangan di udara yang kelihatan seperti tadi. Terkesima kot. "Siapa yang takut mati?" Kali ini suaranya naik lagi tinggi.
Satu.
Dua.
Tiga, dan seterusnya ramai lagi yang mengangkat tangan. Cikgu Zamri menggeleng kepala. Muka yang sokmo serius itu mengukir senyum.
"Macam mana awak semua nak masuk syurga kalau awak tak mati?" muka murid-muridnya dipandang silih berganti. Ada yang mengangguk dengan soalan dia. Ada yang buat muka tak faham. Ada yang tak ambil peduli pun.
"Kan? kalau awak semua takut mati, macam mana awak semua nak masuk syurga?"
Riuh kembali kelas dengan soalan cepumas dari cikgu Zamri. "Jadi, tak perlu takut dengan mati. Semua orang akan mati. Buatlah persediaan dari sekarang." Cikgu Zamri mengemas peralatan mengajarnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran sudah tamat.
"Saya tanya lagi sekali, siapa yang takut mati?" soalan mengharap, mungkin. Berharap tiada lagi muridnya yang mengangkat tangan. Namun, jangkaannya meleset apabila ada seorang muridnya mengangkat tangan.
"Nak masuk syurga tak?" soalnya dengan pembaris panjang a.k.a 'roti john' dihalakan ke arah aku.
Angguk.
"Habis nak takut apa? Kalau nak masuk syurga, kena mati dulu. Bersedia je la." cikgu Zamri melangkah ke pintu.
Ketua kelas mula bangun, "Bangun semua, terima kasih cikgu!" tanpa menunggu murid-murid lain bangun, ketua kelas cepat bersuara. Bayang cikgu Zamri sudah hilang namun murid-murid masih berlagu mengucap 'terima kasih'.
Entah kenapa aku teringat memori zaman kanak-kanak. Seronok jadi budak-budak. Tak banyak yang kita kena fikir.
Dan bila dah besar macam ni aku tahu, memikul tanggungjawab sebagai seorang guru bukanlah mudah. Kerana seorang guru bukan hanya perlu mengajar tetapi mereka juga ditugaskan untuk mendidik anak bangsa.
Aku pernah pikul tanggungjwab tu. Ye, pernah. Aku ingat aku tak boleh jalankan tanggungjawab tu dengan baik jadi aku berhenti jadi seorang guru. Sekarang aku rindu murid-murid aku. Rindu nak mengajar dan mendidik mereka.
Semoga Allah berikan kekuatan pada guru-guru untuk terus mendidik anak bangsa.
I used to think one day we'd tell the story of us, How we met and the sparks flew instantly, People would say, "They're the lucky ones." I used to know my place was a spot next to you, Now I'm searching the room for an empty seat, 'Cause lately I don't even know what page you're on.
Oh, a simple complication, Miscommunications lead to fall-out. So many things that I wish you knew, So many walls that I can't break through.
[Chorus:] Now I'm standing alone in a crowded room and we're not speaking, And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah? I don't know what to say, since the twist of fate when it all broke down, And the story of us looks a lot like a tragedy now.
Next chapter.
How'd we end up this way? See me nervously pulling at my clothes and trying to look busy, And you're doing your best to avoid me. I'm starting to think one day I'll tell the story of us, How I was losing my mind when I saw you here, But you held your pride like you should've held me.
Oh, I'm scared to see the ending, Why are we pretending this is nothing? I'd tell you I miss you but I don't know how, I've never heard silence quite this loud.
[Chorus:] Now I'm standing alone in a crowded room and we're not speaking, And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah? I don't know what to say, since the twist of fate when it all broke down, And the story of us looks a lot like a tragedy now.
This is looking like a contest, Of who can act like they care less, But I liked it better when you were on my side. The battle's in your hands now, But I would lay my armor down If you said you'd rather love than fight. So many things that you wished I knew, But the story of us might be ending soon.
[Chorus:] Now I'm standing alone in a crowded room and we're not speaking, And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah? I don't know what to say, since the twist of fate when it all broke down, And the story of us looks a lot like a tragedy now, now, now. And we're not speaking, And I'm dying to know is it killing you like it's killing me, yeah? I don't know what to say, since the twist of fate 'cause we're going down, And the story of us looks a lot like a tragedy now.
The end.
Life is short, live it.
Love is rare, grab it.
Anger is bad, dumb it.
Fear is awful, face it.
Memories are sweet, cherish it.
Memang tak masuk dek akal langsung. Cinta tu boleh buat manusia jadi buta dan bodoh. Sanggup disakiti, dilukai dan berlagak seolah-olah semuanya okay.
Memaafkan bukan perkara yang mudah tapi demi seseorang yang dicintai, maaf tu sangat senang nak diucapkan apatah lagi diterima. Walaupun kesalahan bukan dari diri sendiri.
Sungguh, aku teringin sangat hilang dari hidup dia. Aku teringin sangat buat dia tertanya-tanya mana aku pergi. Kenapa susah sangat nak buat macam tu?
Oh ye, sebab aku sayang dia. Aku sayangkan hubungan yang kami pernah ada dulu. Aku sayangkan persahabatan aku dengan dia. Sakit macam mana pun ia, aku tetap cuba hadapinya.
Satu yang aku kesalkan, dia tak pernah sedar yang dia permainkan perasaan aku. Dia tak pernah sedar yang dia beri aku harapan dan janji. Dia tak pernah sedar yang dia sakiti aku.
" saya tak suka awak jadi lemah sebab lelaki. kuat la. letak satu prinsip. "
Aku akan buktikan. Aku bukan selemah yang dia fikir.
Maaf. Kalau jadi seorang yang bertimbang rasa itu, buat kalian geram dan sakit hati.
Maaf. Kalau cuba untuk jadi yang lebih baik itu, menyusahkan kalian.
Maaf. Kalau menyayangi mereka itu dianggap keterlaluan bagi kalian.
Ada yang saya mahu kalian tahu.
Saya sayang kalian dunia dan akhirat. Dalam doa saya sentiasa ada kalian. Saya bersyukur sebab Allah kurniakan kalian pada saya. Saya bertuah ada kalian. Saya berdoa agar saya akan terus menyayangi kalian selamanya.