Thursday, November 17, 2011

Thought

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.



Aku berteleku atas katil lepas berguling ke kiri dan kanan. Seriously, tak boleh tidur. Masuk kali ni entah berapa kali aku bangun dari pembaringan. Letih badan, letih otak tapi mata tak mahu pejam. Geram pun ada juga.

Kenapalah pergi bawa masalah masa nak tidur ni?


Kalau kita impikan kebahagiaan, beri kebahagiaan pada orang lain.
Kalau kita mahu dihormati, hormati orang lain terlebih dulu.
Kalau kita mahu disayangi, beri kasih sayang pada orang.
Pendek kata apa yang kita nak, kita kena bagi kat orang lain dulu barulah kita boleh dapat apa yang kita hajati tu.

Cakap senang tapi susah nak praktikkan. Berapa orang yang betul betul merasai ayat "ada hikmah disebalik setiap yang berlaku"?
Tell me, berapa orang yang betul betul sabar bila diuji?
Boleh kira dengan jari dan itu hanya perlukan sebelah tangan saja. I mean, tak lebih dari lima orang. Secara puratanya macam tu la.

Jangan mengaku diri beriman selagi belum diuji oleh Allah.


click, click, click! ;)

No comments: